BERITA BAIK!!!

Sabtu, 28 Julai 2012

SABAH WITH LOVE PART-4

Pasti ada yang tertunggu-tunggu Sabah With Love Part-4 ni kan??? I'm sorry coz sibuk sangat sehingga entry nie tertangguh-tangguh lamanya...  Baru hari ni berkesempatan nak up date itu pun sebab Mama Mia tengah buat kerja dan rasa penat sangat otak.  Sambil menyelam orang tua-tua kata minum airlah.  Mama Mia mengambil kesempatan terus up date blog Mama Mia nie.


Untuk hari ke-4 aktiviti pertama Mama Mia dan kawan-kawan dah tentu check out Dragon Inn Floating Resort....



Kemudian kami berjalan kaki tak sampai 5 minit menuju "Scuba Junkie", travel agen kami untuk ke Pulau Mabul.




Untuk tahu sebahagian pakej yang disediakan oleh agensi "Scuba Junkie" boleh lihat di bawah...:))



Inilah boat pertama kami yang digunakan menuju ke Pulau Mabul....dengan boat kayu jer hehehe....apa pun enjoy.  Sebenarnya salah kami juga sebab confirm lewat dan time cuti sekolah pula dah tentu ramai pelancong what ever....we all tetap enjoy sekurang-kurangnya ada juga pengalaman menaiki boat kayu selama 1 jam untuk ke Pulau Mabul.




Antara pemandangan yang dapat Mama Mia dan kawan-kawan dapat lihat sepanjang menuju ke Pulau Mabul....




Mama Mia dan kawan2 dah sampai kat Pulau Mabul....so kami akan check in di Scuba Junkie Mabul Beach Resort





Oleh kerana we all sampai awal, dah tentu bilik not yet ready sebab ada yang baru check out and need time untuk house keeping kemas bilik.  Ini bukan pengalaman pertama Mama Mia di Pulau Mabul jadi Mama Mia ajak la kawan2 Mama Mia jalan2 sekitar perkampungan Pulau Mabul nie.  Untuk pengetahuan pembaca-pembaca blog Mama Mia...sebenarnya di Pulau ini ada 2 perkampungan. Yang pertama BAJAU LAUT (masih kurang bertamadun) dan yang kedua SULUK (agak bertamadun). Menurut orang2 kampung di sini, perkampungan Bajau LAut tidak mempunyai sekolah tetapi perkampungan SULUK terdapat sekolah. Di bawah nie merupakan gambaran sekitar perkampungan BAJAU LAUT yang Mama Mia dan kawan2 lawati.


Inilah cara kanak-kanak Bajau Laut ini bermain sesama mereka.




Orang Bajau Laut mendirikan rumahnya sendiri


Kedai runcit dalam kampung BAJAU LAUT


Kedai di atas menjual cenderahati barang-barang dari laut.  Ada kulit cenkerang, batu karang, pearl dan pelbagai barangan yang lain.


Perkhidmatan Reflexology ada ditawarkan di perkampungan BAJAU LAUT


Gambar di atas adalah kebun orang BAJAU LAUT.


Mama Mia sempat bergambar bersama kanak2 Bajau Laut


Bersebelahan perkampungan Bajau Laut ada 2 Resort.  Salah satunya Sipadan Water Village Resort..  Resort nie la yang Mama Mia dengan Family menginap masa petama kali berkunjung ke Pulau Mabul dulu (tahun 2008).  Memang terbaik lah.....Makan, minum, experience semua best tapi agak mahal sikit la.






Masa untuk check in....Di bawah ini adalah gambaran chalet yang Mama Mia dan kawan2 menginap di Scuba Junkie Mabul Resort ni.  







Setelah selesai mandi, sembahyang dan makan tengah hari, Mama Mia dan kawan-kawan menuju ke laut untuk aktiviti "snorkeling".  Oleh kerana terlalu excited, jadi terlupa pulak nak candid gambar banyak2.




Permandangan di waktu senja di Pulau Mabul......

So, enough for Sabah With Love Part-4. Nanti episod seterusnya......Sabah With Love Part-5.

1 ulasan: