BERITA BAIK!!!

Ahad, 11 Disember 2011

Experience travel dengan SENANDUNG LANGKAWI


Awesome!!!!! 5 tahun saya di Miri, balik kampung hanya tahu dengan AIRASIA atau MAS saja...tapi kali ini setelah QISTINA DAMIA sudah faham erti BALIK KAMPUNG, saya dan suami planning pulang ke kampung dari Kuala Lumpur ke Kedah dengan menggunakan perkhidmatan KTMB.  Dengan cara Online tiket melalui laman web KTMB, kami berjaya mendapatkan tiket 1st class untuk keretapi SENANDUNG LANGKAWI.  Perjalanan ini adalah berenam iaitu saya, suami, anak, bibik serta papa dan mama saya. Siapa kata membosankan???Ok jugak ape untuk perkhidmatan 1st class, 1 bilik 2 katil ada sinki, TV, aircond n bilik berkunci.  Bagi saya begitu selesa jugak la memandangkan setelah tamat cerita cartoon Tom n Jerry yang ditayangkan anak saya dan saya terlelap sehingga bunyi ketukan dipintu oleh pihak KTMB memberitahu destinasi kami akan tiba.  Dengan kata lain tidur jer tak perlu risau yang anda akan terlepas destinasi kerana pihak KTMB memberi perkhidmatan membangunkan penumpang 1st Class dan 2nd class. Bayaran tambang merangkumi beberapa kategori.  Bagi;
  Dewasa KATIL ATAS: RM 92.00
  Dewasa KATIL BAWAH: RM 101.00
  Kanak-kanak (4 tahun ke atas): RM 57.00-66.00
  Warga tua (60 tahun ke atas):  50% potongan daripada harga dewasa

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang travel dengan keretapi Senandung Langkawi di dalam bilik 1st class kami.

 Qistina tengah tengok TV

 Saya dengan anak kesayangan

Qistina dengan Mama Tok 

 
Bibik lepak di katil atas 

 
 Di hadapan pintu bilik

 Qistina main game sampai tertidur

sangat selesa kiranya sempat juga saya melayan novel

Pengalaman travel dengan KTMB membuatkan saya berfikir akan meneruskan perkhidmatan ini kerana selain selesa, ia juga dapat menjimatkan tambang berbanding menggunakan perkhidmatan AIRASIA dan MAS sekiranya harga tiket mahal.  Selain dapat menjimatkan tambang, saya juga tidak perlu bermalam di LCCT mahupun KLIA untuk menunggu penerbangan pagi dari Kuala Lumpur ke Alor Setar kerana dengan menaiki keretapi jam 11.30 malam di KL Central kita akan tiba di Alor Setar pada jam 6.30 pagi.  Selain itu, kita juga dapat tidur dengan lena dan menikmati rehat yang secukupnya tanpa bimbang akan di ragut dan sebagainya ketika tidur atau tertidur.  Oleh yang demikian, saya dan hubby bercadang travel dari kampung nanti kami akan menggunakan perkhidmatan KTMB sekali lagi tetapi kali ini akan bersama SENANDUNG MUTIARA pula dari Bukit Mertajam ke KL Central.  Train yang akan kami naiki akan datang harganya berbeza lebih mahal sedikit berbanding Senandung Langkawi.  Saya mengharapkan perkhidmatan yang disediakan juga berbeza kerana harganya yang berbeza.  Nantikan ENTRY saya akan datang "Experience Travel dengan SENANDUNG MUTIARA".

13 ulasan:

  1. salam...sy mmg tcari2 blog yg ada entry psl ktmb..nk try blk aloq star bln 5 ni...sy tggl kt sabah n b4 dis mcm awak juga, blk kedah je naik air asia or MAS...boring plak, kali ni nk tukau angin...hehe..cuma sy nk tny detail psl bilik, st bilik ada 2 katil kan? sy ada anak umur 3thn setgh so xyah kena bli tiket utk dia? just bli utk katil atas n bwh for me n hubby je ke? tq for ur info...btw nice blog!!!

    BalasPadam
  2. o....ok liza:kanak2 4 tahun ke bawah x dikenakan apa2 bayaran....dalam satu bilik tu memang ada 2 katil. u ble beli tiket online jer..contohnya if you buy tiket katil 2A make sure your hubby punya katil 2B. nomber mesti sama itu means you all akan stay 1 bilik. A tu maksudnya ATAS and B tu BAWAH. Saya hari tu kebetulan jer nak bagi anak saya merasa naik kereta api...tapi alhamdulillah sebab that experience membuat kan saya rasa nak balik nanti pun nak guna perkhidmatan KTMB pasal harga nya kira ok la..nak dapat tiket MAS or AIR ASIA below RM100 bukannya senang kena booking awal2 kan...sebenarnya sama jer naik AIR ASIA or MAS u tetap sampai alor setar awal pagi yang bezanya kalau naik kapal terbang kita terpaksa mid night kat airport AIRASIA atau MAS la tapi kalau naik keta api kita dah ble tidor atas katil x payah pening2 kepala nak lepak kat airport atau takut anak jalan sana sini..lagipun bilik tu boleh kunci dan bila nak sampai ada yang datang kejutkan kita :)))

    BalasPadam
  3. Liza: katil tu double decker tapi ok la...i tidur bawah dgn anak I...

    BalasPadam
  4. salam. cari punyer cari info pasal senandung langkawi ni,akhirnya sampai ke sini. kalau tak keberatan, nak tanya sikit.kalau ambik 1st class ni,1 bilik 2 katil kan, so kalau 2 dewasa 2 kanak-kanak, macam mana pula tu ?

    Lagi satu boleh ke kita beli 2 tiket dewasa 1st class, 2 orang kanak2 plak tumpang sebilik dgn kita?

    tq

    BalasPadam
  5. Mr Penyubiru

    kena lihat la saiz badan anak2 encik kalau anak2 encik di bawah 5 tahun saya rasa masih selesa kalau beli 2 tiket adult tapi kalau ikut peraturan pihak KTM kena bayar juga harga tiket untuk kanak2 tapi price dia berbeza kerana kanak-kanak tu hanya menumpang jer bilik kita.kalau nak lebih selesa beli jer 4 tiket...harga budak tak mahal....

    BalasPadam
  6. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  7. As'salam..terima kasih untuk info..saye mahu bertanye..tambang yang tertulis di atas untuk 1 way ke atau 2 ways?

    BalasPadam
  8. Byr ikot kepala ke??

    BalasPadam
  9. Hi there! This article could not be written any better! Reading through this post reminds
    me of my previous roommate! He always kept preaching about this.

    I most certainly will forward this post to him. Fairly certain he's going to have a very good read. Thanks for sharing!

    Also visit my site :: vietnam holidays

    BalasPadam
  10. I've been exploring for a little bit for any high quality articles or weblog posts on this sort of area . Exploring in Yahoo I at last stumbled upon this site. Studying this information So i am glad to express that I've a very
    excellent uncanny feeling I discovered exactly what I needed.
    I so much indubitably will make certain to do not fail to remember this website and give it a glance on a relentless basis.


    Here is my homepage ... vietnam weather forecast,

    BalasPadam
  11. Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you writing this article and also the rest
    of the site is really good.

    Visit my web blog; Tour Vietnam

    BalasPadam
  12. I'm really enjoying the design and layout of your website. It's a very easy
    on the eyes which makes it much more enjoyable for me to come here and visit more
    often. Did you hire out a developer to create your theme?
    Superb work!

    My web blog - http://www.cleanroomforum.com

    BalasPadam
  13. I like what you guys are up too. This type of clever work and reporting!
    Keep up the great works guys I've included you guys to blogroll.

    Take a look at my page gobookface.com

    BalasPadam