BERITA BAIK!!!

Khamis, 15 Disember 2011

Sawa Dee Ka.....Hatyai!!!


Trip to Hat-Yai nie actually tidak ada langsung dalam listing programe cuti sekolah saya kali ini tapi mungkin disebabkan terlalu lama saya bercuti dikampung al- maklumlah saya dan suami keduanya orang KEDAH maka dah tentu dua-dua family kami nie berada di Kedah menyebabkan percutian yang panjang ini we all spent time about 1 month jugalah di Kedah.  Kedah nie dekat dengan Thailand macam saya di Miri jugalah dekat dengan Brunei.  Bila dah dekat tu paham2 jer la sure selalu punya jalan-jalan di sana kan????^__^.


Kebiasaannya kalau saya balik kampung saya dan suami cuma akan ke Bukit Kayu Hitam, Danok, Sadou or Padang Besar sahaja.  Tapi cuti sekolah musim ini langkah kaki semakin panjang terus ke SONGKHLA, HAT-YAI n CHANA nasib baik tak terus ke Patani dan Yala.  Dah lama sangat x ke sana semenjak kes bom mengebom, tembak-menembak di sana family sebelah PAPA saya yang berada di Patani belum membenarkan kami ke sana kerana katanya keadaan di Patani dan Yala masih agak merbahaya.

Thailand nie sebenarnya Syurga Shopping kerana barangnya sangat-sangat murah terutamanya barang-barang branded like Scholl yang susah untuk kita dapat discount di Malaysia kalau di sana sale kadang-kadang sehingga 50%.  Bayangkanlah kalau harga kasut tu 2000 Bath =+- RM 200 kalau discount 50%?????Di Malaysia jangan haraplah 10% discount pun belum tentu ada.
Dah melalut sudah...saya sebenarnya nak story about my trip yang tidak dirancang ini.  Family abang saya yang ajak last minute 2 days 1 night kat sana...rugi oooooo x cukup.  I suggestkan U all yang ada hati nak ke sana better at least 3 days 2 night ok kalau tak menyesal.

Day 1

Songkhla ZOO

We all terus ke SONGKHLA.  Tempat utama yang dituju....hehehe Zoo Songkhla.  Kononnya reason join juga trip nie coz kat sana ada Zoo sekurang-kurangnya ada juga entertaiment untuk Qistina Damia bukan mak bapak jer yang enjoy.
First experience!!!! Dalam banyak-banyak Zoo yang pernah saya pergi, I never seen zoo yang ble kita explore dengan menggunakan kereta sendiri.  Biasanya kena jalan kaki or guna kenderaan yang disediakan oleh pihak zoo sahaja.  Enterence tiket pun too cheap for me just 100 Bath lebih kurang RM10 for adult n 50 Bath/RM5 for child.  Murah siuuuuuuttttttttttttt..Bukan setakat binatang di zoo tu jer kita ble lihat harga tiket yang kita bayar tu including Water Park.  Just imagine dalam zoo ada Water Park. Hehehehe....Sungguh berbaloi-baloi kan????



















Floating Market Hat-Yai
Setelah penat explore zoo n bermandi-manda di sana, saya sekeluarga dah tentu lapar.  So, my brother bawa kami jalan-jalan cari makan di Floating Market.  Memang best la tengok penjual-penjual di sana jual makanan dalam perahu.  Untuk pengetahuan semua, pasar ini cuma boleh didapati pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja bermula jam 4.30 petang.  Tengoklah gambar-gambar di bawah nie, macam-macam ada. 







Ops!!!Bukan jual vase tapi jual air dalam vase

semua berniaga dalam perahu

 

 air dalam buluh 20 Bath kalau dalam vase 25 Bath

pakcik nie jual ais krim dalam vase 20 Bath jer




 comel kan???colorfull

 sweet dekat straw siap letak orkid tu

 telur yang kiuuuut

kiut sangat sushi nie nak makan rasa sayang jer ha

nie semua kuih muih...cantik sangat

Setelah perut kenyang, we all kembali ke Grand Plaza Hotel near Central shopping complex. Murah wooooo just RM75/night standard 4 star hotel tu swimming pool pun ada.  Kenapa??? X pecaya??? Saya pun x pecaya mula2, bila dah lihat bagai Alor Setar dengan Peraklah saya cakap.  Kalau kata langit dengan bumi melampau sangat.  Dengan harga tu memang saya guarantee x akan jumpa di Malaysia hotel macam tu.  Setelah rehat, saya just night walk di sekitar hotel tu sahaja.  Macam2 ada.  Suasana lebih kurang macam Petaling Street juga la tapi more happening lagi la di sini.




Day 2
Pasar Hat-Yai
Saya breakfast di gerai makan atas Pasar nie.  Harga yang terlalu murah dengan makanan yang boleh tahan sedap....sungguh berbaloi-baloi.  Price makanan di bawah yang saya makan antar 15 Bath - 40 Bath jer.

Nasi campur

Laicikang

Tomyam campur

My favourite Kuteaw sup siam

Then, we all jalan-jalan di sekitar pasar “Window Shopping”...Hehehe yer la sangat.  Tengok apa yang saya beli nie....just 400 Bath for 2 pair.  Sangat cantik n sangat murah loorrrrr.


3 plastik just 50 Bath



Big C Hat-Yai
Kepada mereka-mereka yang suka beli lampu or perabot di IKEA, no need la jauh-jauh ke Damansara tu kalau stay kat Kedah.  Di Home Mart Big C Shopping Complex nie macam-macam ada dan harganya jauh lebih murah dari IKEA.




Chana
Sedar tak sedar jam menunjukkan 4.00 petang.  Huhuhu sedih..belum puas shopping n jalan2.  Papa saya dah bising ajak pegi Chana rumah sedara di sana.


            Banyak tempat yang belum saya pergi.  Tak puas rasanya bercuti di sana.  I will make sure for next time kalau pulang ke kampung, kami akan pergi lagi ke sana.  Yang paling sedih tak sempat saya nak ke ICE DORM dan Aqua Park.  Takpe-takpe  next time ok...muhasabah diri sekejap.  Bukan saya tak pernah ke Hat-Yai sebelum nie.  Dah lama x pergi sana.  Kali terakhir saya ke sana masa  tahun 2001 mana best kan....belum kerja mana bley shopping suka hati time tu. Banyak perbezaan dulu dan sekarang cuma Pasar jer sama.  Ok lah, sampai sini saje ENTRY saya.  Next time kalau sampai Hat-Yai lagi saya akan story again.  Apa-apa pun kepada sesiapa yang belum pernah ke sini saya suggestkan melanconglah ke Hat-Yai kerana perbelanjaan melancong serendah RM500 sudah memadai untuk membuatkan percutian anda di Hatyai bersama family sungguh bermakna dan menyeronokkan.  Selamat BERCUTI........adios

Tiada ulasan:

Catat Komen