BERITA BAIK!!!

Memaparkan catatan dengan label Mommy and Baby. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mommy and Baby. Papar semua catatan

Ahad, 26 Februari 2012

Today Mama Mia Mummy 4 two barbie and 1 kent

Macam biasa, today kan Sunday. Dah tentu aktiviti saya day out dengan Qistina Damia. Tapi, today Qistina not alone....happy sangat2x macam org yang “mengantuk disorongkan bantal”. Saya rasa dia dah ready untuk jadi kakak melihat cara dia melayan Wafiq dengan Zahidah nie.
 Zahida & Qistina


  seronok nie kalau mama & papa buat satu kat rumah


  wafiq training life guard

 ala2x minah saleh pulak si zahida nie konon2x nak berjemur...x panas la!!!

  aksi kepenatan mengawal adik2x

 happy sampai ajak balik pun x nak

 terpaksa ikut abang kalau x kena main sorang2x

 sesi coaching

  layan blues

 alhamdulillah...x sedap minum air kolam tadi

 melayan perasaan

 straw nie pun sedap????

  baiknya anak sapa nie???

 ada amoi tanya "ini budak perempuan anak u ka dua2x?". "Rambut banyak cantik...jangan kasi potong ok"


kakak Qistina, Wafiq dan Zahida

Isnin, 6 Jun 2011

UNBELIEVABLE

She Request For BARBIE doll
Memang sangat-sangat tidak percaya, mana taknya tiba-tiba ja request *Barbie doll*. Bagi sesiapa yang kenal Qistina Damia dah tentu juga agak kurang percaya. Satu perkembangan yang bagus ni.  Takkan baru sekali join Wonder Art Class dah jadi GIRL anak aku nie. Sebelum nie kalau aku beli toys yang ala-ala keperempuanan tak heran sangat dia nak main, kalau main pun macam dipaksa jer.  Toys yang biasa dia minta aku beli mesti yang budak-budak lelaki main punya likes cars, thomas, lego, game, boll n..bla..bla...bla.  Toys for girl yang dia suka dan selalu main just 'Star Kitchen'.


But today, apa yang keluar dari mulut Qistina Damia Binti Ahmad Fairus is "Mummy, Mia rasa nak beli Princess boleh tak????.  Mummy belanja la Mia".  Bukan aku jer terkejut, husband aku juga naik hairan.  Dan hari ini juga aku rasa pelik and ajaib bila dia sendiri minta bibik dia yang dia nak pakai *skirt*.kalau tak mesti berperang punya lah. What ever, ALHAMDULILLAH.......
BARBIE- I can be lifeguard

Nak pilih babie tu pun hampir 1 jam.  Tapi aku tak kisah because ini adalah mainan kanak-kanak perempuan yang pertama kali dia request dan pilih sendiri.  Biasanya kalau dia nak  beli sesuatu aku akan 'say no' dahulu kerana dah tentu whatever yang dia pilih tu tidak berkenan dihati aku.  Today dalam sejarah dia dah buat keputusan yang betul bagi aku as a girl.

Jumaat, 20 Mei 2011

Selamat Hari Ibu...& Selamat Hari Guru



Mempunyai anak yang lasak dan pelbagai karenah menyukarkan aku melatih anak bersikap positif.  Begitu juga dalam melatih si kecil bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik-baik.  Ketika ini kanak-kanak muda terpengaruh dengan persekiarannya.  Mereka mudah terikut dengan apa yang didengarnya.

Aku memang GURU tetapi mungkin hanya terbaik untuk pelajar disekolah sahaja...benarlah kata orang sukar mengajar anak sendiri kerana memerlukan kesabaran yang sangat tinggi...Setiap ibu semestinya mahukan yang terbaik untuk anaknya...begitu juga dengan aku...Seboleh-bolehnya aku mahukan KESEMPURNAAN untuk anak aku tetapi aku mesti menerima hakikat bahawa tidak ada yang sempurna di muka bumi ini melainkan Tuhan Yang Satu sekurang-kurangnya aku mencuba untuk melakukan yang terbaik sehingga 99.99% kepada anak aku..Kerisauan selalu timbul dihati apabila melihat anak yang semakin membesar apatah lagi bila memandang dengan mata kepala sendiri sikap anak didik di sekolah...


Cabaran sebagai seorang GURU juga tiada tanding hebatnya....guru memang penyuluh hidup pelajar tetapi tidak diri sendiri...menerangi alam orang lain tetapi menyurami diri sendiri..sanggup membakar diri sendiri demi menyelamatkan orang lain..menghiasi orang lain tanpa mempedulikan pengorbanan jiwa sendiri......