BERITA BAIK!!!

Rabu, 13 Jun 2012

SABAH WITH LOVE PART-3

Entry nie tentang hari ke-3 percutian Mama Mia di Sabah.  Seawal 6 pagi group Mama Mia dah ready menyusun barang di dalam kereta sambil memanaskan enjin kereta untuk meneruskan perjalanan Kota Kinabalu ke Semporna.  


Tepat 6.30 pagi kami semua menuju ke tingkat 6 Court Yard Hotel untuk breakfast.  Seperti yang Mama Mia mention dalam entry yang lepas penginapan Mama Mia di Court Yard Hotel include breakfast.



Variety jugalah makanan untuk breakfast yang disediakan oleh pihak Court Yard Hotel.  Yang bestnye rasa setiap makanan yang disajikan secara buffet ini memang boleh membuatkan diri seolah-olah berada di semenanjung.  Sangat-sangat "asian taste".


Anak Mama Mia boleh habiskan 2 pinggan mee goreng



Mama Mia sangat suka dengan pisang goreng dan apam nie.



Mee kari nie Mama Mia dan husband setiap orang 3 kali repeat




Mama Mia dapat melihat permandangan ini sambil breakfast di Court Yard Hotel.


7.30 pagi setelah selesai breakfast terus kami ke lobby hotel untuk urusan check out.  Lebih kurang jam 8.00 pagi baru Mama Mia dan kawan-kawan bertolah ke Semporna.


Tips!!!
Untuk ke Semporna perlu search GPS atau guna direction ke TUARAN, KUNDASANG, RANAU, SEMPORNA atau TAWAU.


Jangan risaulah...untuk ke Semporna hanya ada satu jalan sahaja apapun paling senang tengok signboard kundasang jer dulu lagi senang.


Sepanjang perjalanan dari Kota Kinabalu ke semporna apa yang Mama Mia ble kongsikan bersama pembaca-pembaca blog Mama Mia dah tentulah permandangan GUNUNG KINABALU yang Mama Mia candid dalam kereta...





Tanpa Mama Mia dan kawan-kawan sedari penjalanan kami ke Semporna rupa2nya merentasi Banjaran Crocker.  





Banjaran Crocker merupakan kawasan pergunungan tertinggi di Sabah yang mana Gunung Kinabalu merupakan sebahagian daripada Banjaran tersebut.

Berjalan pada waktu siang barulah dapat kami lihat betapa merbahayanya perjalanan melalui jalanraya merentasi Banjaran itu, terlebih lagi bagi mereka yang tidak biasa melaluinya. Namun terasa berbaloi apabila melihat keindahan panorama di atas Banjaran tersebut.

Akhirnya....


Inilah mercu tanda SEMPORNA.... perjalanan kami dari Kota Kinabalu ke Semporna mengambil masa lebih kurang 9 jam jugalah termasuk 2 kali berhenti yang pertama di stesen minyak Shell Beluran dan keduanya berhenti makan di pekan Lahad Datu. (2 kali berhenti tersebut = 1jam 30 minit).  Kalau dihitung sebenarnya perjalanan dari Kota Kinabalu ke Semporna adalah lebih kurang 6 jam sahaja.  Tapi dinasihatkan perjalanan tersebut perlu berhenti untuk rehat sekejap disebabkan keadaan memandu sepanjang jalan yang bengkang-bengkok dan berbukit bukau itu adalah agat memenatkan.


Inilah pekan Semporna. Dan Mama Mia dan kawan2 bermalam di......


  Dragon Inn Floating Resort.....



Inilah gambaran chalet Dragon Inn Floating Resort dari luar...



Muka-muka keletihan baru sampai Semporna dan nak check in Dragon Inn...




 

Besar jugalah Dragon in Floating Resort ni... Bagi yang teringin nak bermalam di Long House, Dragon Inn Floating Resort boleh bagi service ni pada anda...:)


Inilah keadaan bilik chalet kami.....Mama Mia rasa berbaloi jugalah sebab harga semalam menginap di sini cuma RM88 termasuk breakfast untuk 2 orang..



Inilah keadaan luar bilik penginapan kami



Ikan di belakang tu adalah yang sebenar dan telah di awet.



Dragon Inn Souvenir Shop ada menyediakan perkhidmatan 't-shirt printing' yang boleh request gambar sendiri..


Dragon Inn juga mempunyai satu kawasan 'life akuarium' sendiri dan ianya percuma untuk tetamu yang menginap di Dragon Inn Floating Resort.



Malamnya, Mama Mia dan kawan2 dah penat tetapi perut yang lapar minta diisi.  Dah tentulah nak makan sea food.  Cadangan awalnya nak makan di Kampung Tampi-Tampi tempat filem Duyung tu tapi kerana masing-masing dah keletihan jadi perancangan tersebut ditunda kepada malam terakhir di Semporna nanti.  Jadi, kami semua hanya dinner di Dragon Inn Restaurant sahaja...Makan di sini kira oklah sebab dah tentu semuanya fresh.  Cakap jer nak makan ketam??? udang??? ikan??? lobster??? semuanya fresh mereka tangkap bawah restaurant Dargon Inn ni sahaja dan terus masak.  Masa Mama Mia request nak pilih ikan dibawanya Mama Mia ke sebelah restoran dan pelayan tersebut menggunakan bakul khas menangkap ikan di bawah restoran tempat kami makan. Bestkan???





Licin??? Dah pasti sebab semua tengah lapar dan rasa makanan juga boleh tahanlah cuma.......harganya agak MAHAL.  Macam nie jer dah RM350.++.  Selesai makan kami semua keluar jalan-jalan sekejap ke Guardian kerana ada yang nak Cari Sun Block dan sebagainya.  Kami cuma jalan kaki sahaja kerana lokasi hanya di belakang resort.





Masing-masing dah kepenatan kami semua terus balik resort dan lena untuk mimpi-mimpi yang lebih indah untuk perjalanan seterusnya.


So, enough for Sabah With Love Part-3.  Nanti episod seterusnya......Sabah With Love Part-4.


ASTA LAVISTA BABE.......

Selasa, 12 Jun 2012

SABAH WITH LOVE PART-2

Mama Mia nak ceritakan aktiviti hari kedua Mama Mia di Sabah untuk trip percutian ke Sabah baru-baru nie... Hari ke-2 nie konon2nya just nak window shopping n aktiviti santai2 jer lah sebab esoknya dah nak jalan jauh terus ke Semporna kan...Seawal jam 10.00 pagi dan kerana semalam we all just 'sweet dream' kat Tune Hotel jer dah tentu tak ada breakfast...Semalam juga our group dah tawaf  seluruh 1 Borneo dan pelbagai dugaan di depan mata sehingga perut yang tak lapar pun segera merintih-rintih nak makan itu ini...akhirnya keputusan dibuat untuk sarapan pagi destinasi pertama.....




Bagi mereka yang bermastautin di Semenanjung Malaysia The Chicken Rice Shop memang tak ada dalam listing langsung lah tapi bagi Mama Mia dan kawan2 yang tengah berumah dan bertangga di Sarawak nie....dah tentu outlet nie menjadi salah satu yang dirindui kerana The Chicken Rice Shop tak ada di Sarawak.


Bila perut dah kenyang.... salah satu tempat yang juga tak ada dalam schedule awal journey kami, telah kami lawati apabila tetiba salah seorang dari group Mama Mia nie teringin nak pergi Akuarium kat UMS.  Tapi mungkin bukan rezeki dia lah sebab 29 Mei adalah Public Holiday sempena Perayaan Pesta Keamatan dan akuarium kat UMS tu tutup...apa2 pun kerana permandangan di UMS nie memang cantik tepi pantai so we all lepak2 lah sekejap di UMS nie...






Lokasi seterusnya kami....



Takdelah excited sangat Mama Mia nak datang muzium nie sebab ini bukan kali pertama Mama Mia mengunjungi muzium Sabah tapi oleh kerana salah seorang dari group Mama Mia nie adalah 'First Time' holiday kat Sabah nie jadi Mama Mia just nak bawa dia jalan2 tapi tujuan sebenarnya lebih kepada nak bersiar-siar di....


Kampung Warisan dan Muzium Sabah nie sebenarnya berjiran...entrance tiket ke Muzium Sabah adalah sama untuk ke Kampung Warisan dengan kata lain you  BUY 1 get 1 FREE :)).  Di kampung warisan nie apa yang boleh kita lihat ada pelbagai jenis rumah mengikut kaum di Sabah







Ada di antara rumah-rumah di Kampung Warisan ini di dalamnya terdapat jualan cenderamata 'hand craft' oleh penjaga-penjaga rumah berkenaan




Mama Mia bergambar dengan penjual cenderamata di dalam salah satu rumah di Kampung Warisan ini.  Adik2 ini kebetulan membantu ibunya menjual barang-barang 'handicraft' sempena cuti sekolah.


Sulap Bangkawan merupakan tempat menempatkan koleksi tengkorak manusia yang dahulunya digantung pada kasau rumah seorang Kadazandusun. Kadang kala siput laut dan tulang-tulang binatang juga ditambah pada koleksi tersebut.  Ia juga merupakan satu peninggalan zaman memotong kepala yang menjadi kepercayaan bagi pemilik bangkavan bahawa dengan menggantungkan bangkavan tersebut akan membawa tuah kepada keluarganya.  Satu jamuan yang dipanggil magang akan diadakan setiap 5 tahun sekali untuk menenangkan roh-roh tersebut.  Upacara seumpama ini dilakukan oleh bobohizan atau pawang wanita dengan melafazkan mentera untuk menghalau roh-roh yang jahat dan upacara ini dilangsungkan selama 7 hari di sini.

Mama Mia dan kawan2 yang lain sangat bertuah melawat Kampung Warisan pada hari tersebut kerana ketika berjalan2 di Kampung Warisan kami sempat berborak2 dengan salah seorang pegawai di situ dan dimaklumkan agar kami mengunjungi Dewan KDCA kerana di sana kami akan berkesempatan meraikan Perayaan PESTA KEAMATAN bersama-sama suku kaum Sabah.  Ikhlas cakaplah...ini bukan pertama kali Mama Mia holiday di Sabah on June tapi ini adalah pertama kali Mama Mia diberitahu dan berpeluang merasai perayaan Pesta Keamatan yang disambut oleh suku kaum Sabah.




Pesta keamatan yang Mama Mia dan kawan-kawan pergi ini adalah Pesta Keamatan Peringkat Negeri Sabah.  Di sini Mama Mia dan kawan-kawan berpeluang melihat cara sambutan semua jenis suku kaum di Sabah.  Kami juga berpeluang melihat adat istiadat, rumah-rumah suku kaum, tarian-tarian suku kaum mengikut jenis masing-masing dan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik oleh setiap suku kaum masing-masing.



Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Di antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Perbezaan diantara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Di zaman klasik, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan.

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian traditional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang mana dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semulajadi di waktu itu.
















Negeri Sabah mempunyai tidak kurang  dari tiga puluh etnik suku kaum . Sebuah  negeri yang kaya dengan tarian  kebudayaannya. Apabila tiba musim perayaan seperti Pesta Kaamatan dan juga perayaan Sabah Fest yang dirayakan pada Mei setiap tahun, orang ramai dapat menyaksikan pelbagai tarian kebudayaan yang dipersembahkan untuk memeriahkan lagi suasana perayaan berkenaan.

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum.  Etnik terbesar  di Sabah adalah Kadazan Dusun, Bajau dan Murut.  Suku kaum yang lain ialah Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.
Perbezaan di antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, ugama, adat istiadat  dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

Kadazan Dusun 
Kaum Kadazan Dusun  merupakan nama kaum bumiputera asli yang terbesar di Sabah dan berasal daripada Indo-China. Kaum etnik ini menggunakan pelbagai bahasa dan dialek dengan pelbagai kebudayaan dan adat resam  tradisional. Terdapat 27 suku kaum di dalamnya. Antaranya ialah Dusun Liwan, Dusun Tindal, Dusun Pahu, Dusun Lotud, Bagahak, Dusun Labuk, Dusun Kimaragang, Tagahas, Tangara, Dusun, Rungus, Orang Sungai, Kuijau, Tambanuo, dan sebagainya.
Kadazan Dusun membentuk 30 peratus populasi Sabah  yang terdiri daripada dua kaum, Kadazan dan Dusun  digabungkan bersama kerana berkongsi bahasa dan  budaya yang serupa. Bagaimanapun, bezanya etnik Kadazan tinggal di kawasan  lembah dan secara tradisi terlibat dalam   penanaman padi, sementara etnik Dusun tinggal di kawasan pergunungan di pedalaman Sabah.

Tarian Sumazau
Tarian ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan di seluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti tarian Sumazau yang ditarikan untuk mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. 
Gerak dan irama tari Sumazau adalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menari berhadapan  dan mereka menggerak-gerakkan kaki dengan langkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikut irama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannya turun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikan semasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.
Pesta Kaamatan (Menuai) disambut oleh Kadazandusun sebagai meraikan  tuaian  baik dan  disambut oleh semua kaum lain Sabah.
Masyarakat Bajau
Kumpulan etnik kedua terbesar di Sabah, kaum Bajau merangkumi 15 peratus populasi penduduk negeri ini. Mereka asalnya adalah keturunan pelaut yang menyembah Omboh Dilaut (Tuhan Laut) dan sering dikenali sebagai gipsi laut. Ada yang telah meninggalkan kehidupan di laut dan menjadi peladang serta penternak. Mereka pula dikenali sebagai ‘Koboi Timur’ kerana kepakaran mereka menunggang kuda. Terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Bajau seperti Ilanun, Sulu dan sebagainya. Kebanyakan masyarakat Bajau  mendiami  kawasan Semporna dan Kota Belud.  Kaum lelaki dalam kalangan  masyarakat ini terkenal sebagai penunggang kuda yang mahir.
Adat resam kelahiran antara masyarakat Bajau dengan masyarakat Melayu di Semenanjung terdapat banyak persamaan di mana adat seperti berpantang, menempah bidan dan melenggang perut juga dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Ini kerana kebanyakan masyarakat Bajau di Sabah adalah beragama Islam.
Tarian Brunsai
Suku kaum Bajau boleh dikenali melalui tarian Brunsainya. Tarian Brunsai tidak diiringi dengan musik ataupun bunyi-bunyian, ianya mengutamakan pada "kalang" seperti berbalas pantun yang diiringi oleh hentakan kaki penari lelaki. 
Brunsai biasanya dilakukan pada waktu malam untuk meraikan majlis perkahwinan, merayakan kelahiran bayi, majlis kesyukuran dan bagi meraikan orang yang sudah bernazar. Penari Brunsai juga memakai pakaian yang berwarna warni seperti seluar hitam, biru, merah dan baju serta tanjak yang mempunyai corak-corak menarik.
Tarian Limbai
Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketika menyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaik sahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbai dipersembahkan di hadapan pengantin. Ia merupakan upacara khas sebagai isyarat menjemput pengantin naik ke  rumah untuk melakukan istiadat  pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggota rombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang dan mengucapkan selamat datang.
Murut
Kaum Murut merupakan etnik ketiga terbesar di Sabah, Murut merangkumi  tiga peratus populasi penduduk negeri ini. Secara tradisi, mereka menduduki kawasan  pedalaman di utara Borneo. Mereka juga adalah antara etnik Sabah terakhir untuk membuang amalan memburu kepala. Kini, mereka penanam padi huma dan ubi kayu, sambil memburu menggunakan sumpitan dan menangkap ikan. Kebanyakan kaum  pribumi di Sabah, pakaian tradisi mereka turut dihiasi dengan hasil seni manik yang menarik. 
Tarian Magunatip
Ini merupakan sejenis tarian tradisi masyarakat suku kaum Murut dari suku Kuhijau (Kwijau). Magunatip berasal dari perkataan ‘apit' yang bermakna jepit. Ia membawa maksud ketika menari kaki penari terjepit atau terapit di antara dua batang kayu (buluh) jikalau tidak cekap mengelakkannya. Biasanya tarian ini tidak memerlukan iringan muzik oleh kerana bunyi buluh itu yang dilagakan akan menimbulkan bunyi yang kuat serta rentak dan irama yang menarik.Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan lagi sesuatu upacara yang  diadakan.
Tarian Lansaran
Suku kaum Murut amat terkenal dengan tarian  lansaran. Tarian ini hanya dilakukan di lantai khas yang berukuran kira-kira 81 kaki persegi yang dibina di tengah-tengah rumah panjang yang diperbuat menggunakan kayu bulat. Kayu bulat dipasang berlapis-lapis secara khusus supaya boleh melantun seperti "spring.
Kemuncak tarian ini ialah berbalas-balas pantun tanda mengeratkan lagi tali silaturahim . Pada masa lalu tarian itu diadakan bagi menyambut kepulangan para pahlawan yang telah mencapai kemenangan setelah bertarung di medan pertempuran.
Suku-suku yang lain:

Suku Momogun Rungus
Rungus juga di kenali sebagai Dusun Laut atau Dayak Dusun. Suku kaum Momogun Rungus mendiami kawasan pesisir pantai barat Kudat, pantai timur Kudat, Teluk Marudu, Pitas hingga ke Beluran dan juga kepulauan sekitar  Kudat.  Kebanyakan suku kaum Momogun Rungus adalah  menganut agama Kristian.
Tarian Sumundai Monggigol
Tarian suku kaum Momogun Rungus ditarikan oleh seorang lelaki dan beberapa orang perempuan. Tarian yang dinamakan Sumundai-Mongigol ini diiringi dengan paluan gong. Alatan muzik yang digunakan terdiri daripada 4 buah gong dan gendang yang dinamakan 'Tontog'. Penari perempuan akan merapatkan bahu antara satu sama lain dan menggerakkan pergelangan tangan dengan langkah-langkah yang perlahan dan lembut. Apabila lelaki dan perempuan sama-sama menari, ia dipanggil "miandak" dalam bahasa Rungus. Tarian Sumundai-Mongigol ini ditarikan apabila tiba Pesta Kaamatan, upacara pemujaan semangat, majlis perkahwinan, kematian, keraian ataupun ketika menyambut tetamu yang istimewa.
Suku Iranun
Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Ini bagi mewujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang  berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.
Mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau, Paya-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain.
Suku Idaaan
Idaan adalah  etnik yang  menetap terutamanya di sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah.  Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 ,  etnik ini memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur  di kawasan penempatan  mereka. Sebahagian besarnya adalah muslim, tetapi sebahagian kecil suku kaum yang dikenali sebagai Begaak adalah  animist.
Selama beberapa abad etnik Idaan telah memiliki mekanisme sosial berasaskan  sejarah. Sebagai etnik minoriti, Idaan beroperasi sebagai kumpulan korporat berkait rapat berkaitan dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang.
Suku Bisaya
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Kedatangan  Islam dalam  kaum Bisaya adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian.
Bangsa Bisaya adalah suku  kaum  asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Kemahiran suku kaum ini dalah dalam bidang pertanian. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan.  Selain itu mereka juga menternak ayam, itik, angsa,  lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan.
Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka  selain mahirr menangkap ikan.
Tarian Bubu
Kaum Bisaya mempunyai tariannya sendiri, iaitu Tarian Bubu yang biasanya dipersembahkan  semasa upacara perkahwinan, pertunangan dan jamuan  masuk rumah baru.  Mereka percaya kepada kuasa ghaib, oleh itu dukun atau pawang menjadi perantara komunikasi bagi mereka dengan dunia lain.
Suku Suluk 
Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. . Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal,T uaran dan Telipok
Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang  membawa maksud "Orang dari Sulu". 
Tarian Balok-balok
Tarian Bolak-Bolak adalah  tarian suku   kaum Suluk yang diiringi dengan pukulan "gabbang" yang sering diadakan di majlis-majlis perkahwinan dan majlis-majlis keramaian yang lain. Tarian ini dilakukan oleh kaum wanita dan lelaki yang memakai pakaian tradisional berwarna warni.
Penari menggunakan empat bilah kayu kecil jenis keras yang digenggam dengan tangan, dua bilah kayu dalam satu tangan ditepuk-tepuk sehingga mengeluarkan bunyi sama rentak dengan pukulan kulintangan.
Suku Tidung
Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran.
Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Bolongan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni. 
Tarian Zapin
Dalam budaya masyarakat Melayu Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam  terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.
Menarikkan????Pelbagai info yang diperolehi dan pelbagai perkara yang menarik yang kita boleh lihat dan menjadi suatu pengalaman yang indah pada pendapat Mama Mia.  Mana taknya...kita hanya tahu dan pernah sama2 meraikan hanya Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Tahun Baru China, Deepavali jer.....Meraikan Pesta Keamatan ini ada kali pertama seumur hidup Mama Mia.  Lama jugaklah Mama Mia di sana hampir 2 1/2 jam jugalah.  Setelah penat bertandang ke sana Mama Mia dan kawan-kawan terpaksa pulang ke 1 Borneo untuk check in Courtyard Hotel...




Mama Mia sangat2 suka dengan Court Yard Hotel kira oklah sangat-sangat dengan harga yang ditawarkan terlalu berbaloi-baloi...  Tak percaya korang ble lawati laman web seperti yang tertera dalam gambar di atas.  Include breakfast untuk 2 orang lagi tau.

Selesai urusan check in rest sekejap menunaikan apa yang wajib terus terbayang-bayang dengan outlet2 makan yang mesti atau wajib diserbu dalam 1 Borneo....

Tengok gambar di atas pun confirm boleh buat kesimpulan kan??? Memang terbaiiiikkkkkkk.....setiap orang dalam group Mama Mia request repeat sekali lagi before balik Miri.
So, acara kemuncak untuk hari ke 2 Mama Mia di Sabah adalah dengan mengunjungi outlet TUTTI FRUTTI frozen yogurt yang sememangnya tidak ada di Miri Sarawak.....



Cukup untuk Sabah With Love Part-2 entry.......will continue Sabah With Love Part-3 nantikan!!!!!