BERITA BAIK!!!

Memaparkan catatan dengan label Story Telling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Story Telling. Papar semua catatan

Ahad, 19 Februari 2012

Day Out with Aleesya

Now a days...kids not like us dulu2x. Dah pandai complained itu, complained ini. Kadang2x apa yang di complained itu ada kewajarannya. Takut juga nanti timbul kata2x yang kurang manis di dengar contohnya “Nama jer anak cikgu, tapi....”. Sangat menakutkan dan amat membimbangkan. Minta simpang malaikat 44. Realiti, cikgu nie asyik fokus dengan anak orang tapi anak sendiri....thats why kalau boleh Mama Mia akan cuba juga untuk spent time dengan Qistina Damia walau sesibuk atau sepenat mana sekali pun.
Lately nie, dia asyik complained 'dah lama tak jumpa Aleesya', 'kalau Mummy and Daddy sibuk, hantar la Nia pergi rumah Aleesya'. Can U believe it girl baru umur not yet 5 tahun ble cakap2x macam tu.
Mama Mia ada cousin di Miri nie, nama jer duduk dekat tapi jarang2x nak jumpa apa taknye ble kata setiap minggu Mama Mia ada aktiviti di sekolah. Cikgu sekarang bukan macam cikgu dulu2x. Pantang larang banyak....bidang tugas pun banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG BERKATA ;
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit.
3. Cuti banyak.
KERJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR GEMBURKAN..!!
Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER..
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN..
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..


* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya..!!

Alamak!!! Dah out of topic nie. Jadi, today we all bawa juga la Qistina Damia nie meet up dengan cousin dia si Aleesya nie dengan program mandi-manda and lets makan-makan.

Qistina & Aleesya


Kanak2x riang...

Rabu, 15 Februari 2012

ALaHai Anak MummY


Penat mama mia fikir ntah dari mana Qistina Damia nie photostat perangai dia, tak tau macam mana Mama Mia nak describe.
Mama Mia ada kawan... Pak Dolah dan isterinya Mak Jah (Gelaran oleh Qistina Damia anak Mama Mia penangan dari Cerita Ombak Rindu. Memang antara kawan rapat Mama Mia suami isteri, biasanya kalau ada apa2x masalah mereka antara orang yang Mama Mia mintak tolong kat sini.
Baru-baru ni kereta Mama Mia kan accident jadi, terpaksalah pinjam kereta Mak Jah isteri Pak Dolah. TQ Pak Dolah n Mak Jah kerana memahami ^--^.
Alkisahnya anak Mama Mia hari ini, kebetulan Pak Dolah bertandang ke rumah Mama Mia. Bila dilihatnya kereta Pak Dolah boleh dia cakap “Daddy, daddy...kalau Pak Dolah masuk SYURGA nanti, kita gunalah kereta Pak Dolah. Kereta Mak Jah kita hantarlah balik”.????????????? Sungguh Mama Mia tak pernah ajar....
ALAHAI ANAK MUMMY......

Inilah Pak Dolah dan isterinya Mak Jah!!!

Ahad, 12 Februari 2012

Accident itu BAGUS ker????


Boleh Terima Akal ker????
OMG!!! Tak tahu samada apa yang anak Mama Mia cakap nie releven ke tidak??? Confius sangat2x bila x dapat nak kategorikan pemikiran anak Mama Mia nie either … 'TUTT' or 'TUTT'. Alkisahnya bermula pagi tadi when she request my husband to send her to Eastwood valley. Dalam perjalanan berlaku accident antara our lovely car QML 6336 dengan Isuzu D-Max. Perasaan hati nie tak tau nak describe macam mana samada bersyukur, sad, happy or …. B'coz it happen to my husband and my little angle. Bila dapat panggilan jer dari my hubby yang diorang terlibat dalam kemalangan dengan suaranya yang sedih menangis pelbagai macam nak gugur hati Mama Mia mahu taknya just think jer la lelaki menangis...u all ingat kalau x ada benda yang serious ada ke lelaki nak menangis??? Nie second time Mama Mia tengok dia menangis. First, time we all kawin maybe sebab terlalu happy la or dah dapat title baru “LAKI ORANG”. Back to my story, Thanks GOD sebab still love me and my family both of them masih selamat. Luckily, my hubby told me nasib baik dia stop dulu kalau tak dah tentu D-Max tu akan hantam pintu sebelah kiri penumpang bahagian depan yang mana anak aku sedang berada di situ and that satu-satunya the reason yang membuatkan air mata hubby aku mengalir. So, in this case for sure la di pihak hubby aku yang salah kerana dia yang melanggar D-Max tu. Its ok dear...nyawa kamu lebih penting dari segalanya.

Berbalik kepada entry Mama Mia nie...malam nie we all hantar our little angle for “Mengaji Al-Quran kelas”. And for sure after the incident happen, we gave her some advice. “Nia duduk lah elok2x..sit nicely, nanti accident pula”. Unbelievable dengan apa yang dia jawab “Baguslah...bila accident daddy dapat ramai kawan”. ???? She want it happen again???oh NO!!!!!!! when ask her kawan??? Dia jawab D-Max driver and family, police man and mechanic man.???? Susahla kalau macam nie kena tutor dia banyak2x about Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan. Ehmmmmmmmmm...mengeluh we all laki bini 
 
 my little angle..Qistina Damia

my soul....

Selasa, 13 Disember 2011

Daulat Tuanku:Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14


Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tanggal 13 Disember 2011, iaitu pada hari ini akan diadakan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Pertama dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabal buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada tahun 1970-1975.

Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 setelah Sultan Mizan Zainal Abidin Al Wathiqu Billah, Sultan Terengganu yang ke-17 telah menamatkan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan kembali ke Terengganu semalam.

Perarakan  baginda  dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar untuk ke Istana Negara dengan menaiki pesawat diiringi oleh Rakyat Jelata Negeri Kedah.  Saya dan saudara-mara yang lain juga turut join meraikan perarakan tersebut.

Di bawah merupakan antara gambar suasana sambutan perarakan pemergian baginda yang sempat saya ambil;

 seawal 6.15 pagi anak dan anak2 sedara saya sudah bangun menunggu Sultan di hadapan jalan utama bagi menyaksikan perarakan baginda

rakyat yang mengiringi keberangkatan baginda dihadiahkan bendera

pemuzik gendang silat

gembira dihadiahkan bendera

suasana seawal 7.00 pagi

sedih sebab dapat satu je bendera



Sultan belum datang lagi...boleh gosip dulu



Pertunjukkan silat

Nak undang bagi acara kenduri kahwin..boleh hubungi mereka di atas



Rakyat sudah memenuhi tepi dan tengah jalan utama





------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara ringkas maklumat mengenai Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah.

1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927.

2. Tuanku Sultan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran Baginda di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar.

3. Pada bulan Februari 1949, baginda telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan telah diterima masuk ke Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

4. Sewaktu di England, Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949.

5. Pada tanggal 20 Februari 1959, Baginda ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang gemilang di Balai Besar Alor Star.

6. Tuanku Sultan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-5 iaitu di antara tahun 1970 hingga tahun 1975. Pada 21 September 1970, Baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah dengan rasminya sebagai Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

7. Pada tahun 13 Disember 2006, KDYMM Tuanku telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII.

8. Dan pada tahun ini, Baginda dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia buat kali  ke-2.

TAHNIAH DI ATAS PERTABALAN SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-14

DAULAT TUANKU.
ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU.

Selasa, 23 Ogos 2011

KEHEBATAN MALAM JUMAAT


Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”
” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”
” Bang!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
” SODAQALLAHULAZEEM “
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat……

CERITA LAWAK RAMADHAN


KISAH BULAN PUASA
“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,”
kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja.
Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur..
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.
Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.
Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.
“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,”
sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.
Terima sahajalah.Jangan melawan.
Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi.
Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Ahad, 7 Ogos 2011

PAKCIK DAN MOTOR!!!

The Feng Shui of the road must be off. by McCracken, Theresa
Di sebuah bengkel membaiki motorsikal milik Ah Seng.

Pakcik  :  Ah Seng, hang tolong tengok motor aku.  Aku baru beli bulan lepas, dah mula rosak..

Ah Seng  :  Aiyaa...Ini balu punya motorsikal, sudah kasi losak ka??

Pakcik  :  Ya la, Ah Seng.  Talak guna punya taukeh kedai jual motor.  Dia bikin tipu la, Ah Seng

Ah Seng  :  Kenapa lu kataitu macam?

Pakcik  :  Ini motor ada empat gear, baru satu bulan aku guna gear satu sudah rosak

Ah Seng  :  Kenapa lu guna satu gear sahaja

Pakcik  :  Hang pun nak tipu aku jugak ke...Kalau guna semua gear nanti semua gear rosak.  Jadi aku guna satu jer gear sebulan...

Ah Seng  :  Guna satu gear saja sat bulan ka...

Pakcik  :  Ya la....pergi baiki gear satu dulu.  Gear dua aku nak guna tahun depan.

Ah Seng  :  !@#$%^&*():"?><

PENGAJARANNYA:

--->Sebelum elakukan atau menggunakan sesuatu, pastikan anda tahu bagaimana melakukan   atau menggunakannya

--->Jangan memarahi orang kerana kejahilan anda

Sabtu, 6 Ogos 2011

HANYA KERANA SEGELAS AIR????

cup of tea cartoons, cup of tea cartoon, cup of tea picture, cup of tea pictures, cup of tea image, cup of tea images, cup of tea illustration, cup of tea illustrations
Seorang pemandu lori yang kepenatan baru datang ke sebuah bar. Dia ternampak segelas air diatas meja lalu terus meneguk habis isi gelas itu.

Lelaki yang empunya gelas terus menangis

"Hei, janganlah menangis!" kata pemandu lori.  "Aku cuma bergurau.  Aku belikan kau minuman yang lain!"
"Bukan itu masalahnya.  Hari ini adalah hari terburuk dalam hidupku".
"Kenapa?"
"Pertama, semasa aku ke pejabat tadi, bos aku marah besar dan aku dipecat.  Semasa mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang.  Masa nak naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya.  Sampai rumah, isteriku meninggalkan aku.  Aku terus meninggakan rumah dan datang ke bar ini."
"Selepas berfikir panjang, aku mengambil keputusan mengakhiri hidup aku.  Tiba-tiba kau pulak muncul minum air racun aku."

Pemandu lori itu tercengang................

SEBAGAI PENGAJARAN!!!

---->Jangan lakukan sesuatu tindakan seara melulu tanpa usul periksa
---->Anda perlu berhati-hati dengan setiap tindakan 
---->Jangan mengambil barangan orang lain tanpa kebenaran mereka terlebih dahulu

Sabtu, 23 Julai 2011

Impian Tinggi Tapi......

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 A.  Cikgu Roslina bertanya kepada anak muidnya ke mana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.


Cikgu:  Siti, pada musim cuti sekolah nanti, kamu nak pergi ke mana?
Siti:     Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang
Cikgu:  Kamu Ramli?
Ramli:  Saya nak pergi ke Genting Highlands
Cikgu:  Kamu Ahmad?
Ahmad:Saya teringin nak pergi bulan, cikgu.  Semua kawan-kawan ketawakan Ahmad
Cikgu:  Ahmad, kalau nak pergi ke bulan kena jadi Angkasawan dahulu.  Kamu pula Adam?
Adam:  Saya nak pergi MATAHARI.....
Cikgu:  Adam...matahari kan panas.  Mana ada manusia pergi sana..
Adam:  Kita pergi MALAM.....


KESIMPULAN!!!
*  Untuk berjaya, tidak salah bermimpi dan bercita-cita walaupun mustahil
*  Namun, ia mesti disusuli dengan tindakan dan ilmu pengetahuan supaya sesuatu yang kelihatan mustahil menjadi kenyataan

Sabtu, 2 Julai 2011

KANTOI

pregnant cartoons, pregnant cartoon, pregnant picture, pregnant pictures, pregnant image, pregnant images, pregnant illustration, pregnant illustrations



Seorang wanita 'terberanak' dalam lif.  Dia sangat malu dan menangis tidak mahu keluar dari lif.  Tidak lama kemudian, datang doktor cuba memujuk wanita itu supaya ke hospital.


"Marilah keluar puan, saya bawa pergi ke hospital," pujuk doktor itu.

"Tak mahulah doktor, saya malu," jawab wanita itu sambil menangis

"Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk punya malu....Terberanak dalam longkang lagi!!!" Doktor cuba berkongsi pengalamannya yang lebih memalukan, dengan harapan wanita itu berasa lebih selesa.


Tiba-tiba, lagi kuat wanita itu menangis.  Doktor tercengang da bertanya kenapa menangis lagi kuat.


Kata wanita itu, "Orang itu sayalah jugak!!!"



PENGAJARAN:
>>JANGAN MELAKUKAN KESILAPAN YANG SAMA BERULANG KALI

>>KESILAPAN YANG TERBAIK IALAH MEMPELAJARI DARIPADA KESILAPAN ITU DAN BERUSAHA TIDAK MENGULANGINYA

>>APABILA ADA YANG MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU, JANGAN SIA-SIAKAN MEREKA.

Jumaat, 24 Jun 2011

KENDURI KAHWIN SAMPAI SEMINGGU???

WEDDING OF THE YEAR 2010

Story nie hanya kita found it kat Titi Gajah je.  Kat tempat lain Mama Mia tak tau tapi memang best lah coz before I get married dengan Mr. Ahmad Fairus Che Mi, I never attend or involved dengan gathering atau apa-apa jer la like this.  What ever, sangat best n enjoy very much coz Mama Mia sangat2 bersyukur kerana ditemukan keluarga yang macam nie.  2kg badan Mama Mia suffer b'coz melantak nasi minyak sampai seminggu.  It started from 25 November 2010, suddenly that day was my birthday.
The above picture adalah Sharukh Khan n Kajol.  (:-P)..Shahrukh Khan tu adalah cousin hubby Mama Mia.  That why sepesen jer muka tapi *handsome lagi la husband I* hehehe.  Yer la takan nak cakap laki orang handsome kot mesti la higher mark dekat laki sendiri kan. Yang best kat Titi Gajah nie orang lain kenduri sehari jer tapi kalau Titi Gajah kalau boleh setahun.  So, memang bebaloi la orang-orang yang jauh diperantauan kalau sekali balik kampung coz nak makan apa pun boleh request especially kalau permintaan dibuat kepada Hajah Norma.heheh...tapi tak tau lah tahun nie nak ke tak MAK NOMBOR 2 aku kat Titi Gajah tu kalau request dapat dipenuhi?????bukan aper kan dah dapat menantu kat atas tu. hehehe....Rindu *bengkang ubi* :-(

Tanggal 27 November 2010 pulak yang mana kedudukan rumah keduri hanya lebih kurang 500 meter dari rumah kenduri di atas, Titi Gajah masih sibuk dengan kenduri yang ke 2.


Tapi untuk kenduri yang kedua nie bukan la kenduri dipihak lelaki.  Ini adalah kenduri di pihak perempuan (anak saudara pupu husband Mama Mia).  Just imagine 25/11/10 kenduri yang 1st tadi itu pun starting 24/11/10 lagi dah makan besar dah dekat Titi Gajah nie. 26/11/10 Majlis akad nikah pengantin kat 2nd picture tu.  27/11/10 kenduri persandingan kedua2 mempelai di atas. Best sangat. Sangat2 meriah coz saudara mara family my hubby nie banyak sehingga setiap tahun kena update ahli keluarga dalam buku salasilah anak menantu cucu TOK DON.


Ini pula adalah kenduri yang ketiga jatuh pada tanggal 29 November 2010.  Dah tentu la yang lelaki tu adalah cousin husband I.  Kan mirip2 gitu.  Tapi nak ditekankan di sini what ever pun  dah tentulah My hubby lagi handsome (Uweeeek!!!) jangan baca kalau tak tahan nak muntah ok????. Ending kenduri bukan macam tu ok ada lagi yang biasanya acara wajib setiap kali selepas selesai majlis menyambut ahli keluarga baru dalam keluarga anak cucu menantu TOK DON ni.  Pada malam terakhir setelah selesai majlis kenduri kahwin, PESTA MUDA MUDI diadakan sebagai majlis suaikenal dengan ahli keluarga yang baru.  Sangat2 best sebab before Mama Mia get married, I never attend majlis-majlis yang macam nie.  Mama Mia rasa maybe U all pun tak pernah involved dengan gathering macam nie kan...
 Gambar nie belum start majlis....Susunan kerusi tu macam nak hadiri forum jer kan...Tapi di Titi Gajah kalau susun kerusi macam nie dah pasti forum anak cucu menantu TOK DON.  Penuh kerusi-kerusi tu.
sesi menonton gambar2 candid sepanjang majlis kenduri.

acara cabutan bertuah

majlis penyampaian cabutan bertuah oleh para mempelai

Seronok bukan????Anda pernah menghadiri majlis yang begini??? So, nak join???Kena cari orang Titi Gajah ler. heeh....Tahun nie bagaimana????kena tunggu till November la.  Itu pun kalau ada yang dah sampai seru.  Ramai tu, berduyun-duyun lagi..  Ini belum majlis sambutan hari raya tau...Kepada pembaca-pembaca blog Mama Mia, mana tau bleh dijadikan contoh or idea untuk orang buat arrangement kerana majlis-malis begini boleh merapatka tali silaturahim keluarga.  Ok, see you in next story telling.

Minta seminggu dapat 2 minggu!!!!!

Pak Pandir bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan.  Pada suatu hari, dia berjumpa dengan pengurus untuk minta cuti....

"Tuan, saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga.  Bolehkah?"

Jawab pengurus, "Cuti seminggu....oklah, saya bagi cuti seminggu."

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.  Tanya si pengurus, "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir, "Saya minta seminggu cuti.  Tuan bagi seminggu cuti.  Jadi dua minggulah..."


MORAL OF THE STORY
>>>Jaga disiplin.  Jangan mengambil kesempatan.