BERITA BAIK!!!

Isnin, 30 April 2012

CLEARANCE ITEM FROM COACH, CATH KIDSTON AND GUCCI

CLEARANCE ITEM FROM COACH, CATH KIDSTON AND GUCCI

Nak tahu Harga?????

Boleh email ke Aush001@yahoo.com / Haruddaini@gmail.com atau PM ke facebook http://www.facebook.com/haruddaini dan juga boleh sms ke 0164112511/ 0164102511

Photobucket 
KOD: C-1

Photobucket
Photobucket 
KOD: C-2
SOLD OUT

Photobucket
Photobucket 
KOD: C-3

 Photobucket 

Photobucket 
KOD: C-4

Photobucket 
KOD: C-5

Photobucket 
KOD: C-6

Photobucket
KOD: C-7

Photobucket 

Photobucket 
KOD: G-1


KOD: G-2
SOLD OUT

Photobucket 
KOD: CK-1
SOLD OUT

Photobucket 
KOD: CK-2

Photobucket
Photobucket 
KOD: CK-3

KOD: CK-4
SOLD OUT

KOD: CK-5
SOLD OUT


KOD: CK-6
SOLD OUT

KOD: CK-7
SOLD OUT

KOD: CK-8
SOLD OUT

KOD: CK-9
SOLD OUT
  
KOD: CK-10
SOLD OUT

KOD: CK-11
SOLD OUT

KOD: CK-12
SOLD OUT

KOD: CK-13

..................................................................................................................................
Terma & Syarat Tempahan

Prosedur Pesanan & Pembayaran;

1.     Setiap pesanan boleh dibuat melalui 2 cara;
·         Pesanan email ~ aush001@yahoo.com / haruddaini@gmail.com
·         Pesanan sms ~ 016-4102511 / 016-4112511

2.    Bagi setiap pesanan melalui email atau sms, sila nyatakan butir-butir pesanan anda seperti di bawah:
·         Nama anda
·         No telefon
·         Alamat penghantaran
·         Item pesanan anda

3.    Sila ambil perhatian bahawa stok akan diperiksa dahulu dan anda akan dihubungi untuk mengesahkan sama ada stok anda ada atau tiada

4.    Pembayaran boleh dibuat ke dalam akaun Maybank atau CIMB melalui;
·         Deposit tunai
·         Bank Transfer online

YANG PASTI SELEPAS SELESAI MEMBUAT PEMBAYARAN, ANDA AKAN MENERIMA TRACKING NUMBER PARCEL ANDA!!!

Jumaat, 20 April 2012

Proton PREVE, 100% Loan(Gradhitz & Staff Gomen)

Proton Preve 1.6 Executive Manual
Harga:RM59,990.00
Bulanan(Gradhitz/9 Thn): RM710
Bulanan(Staff Gomen/10 Thn): RM654


Proton Preve 1.6 Executive CVT
Harga:RM62,990.00
Bulanan(Gradhitz/9 Thn): RM745
Bulanan(Staff Gomen/10 Thn): RM687
  

Proton Preve 1.6 Premium CVT
Harga:RM72,990.00
Bulanan(Gradhitz/9 Thn): RM864
Bulanan(Staff Gomen/10 Thn): RM796



After months of speculation and various exposure of the upcoming new Proton car in the internet, the long awaited P3-21A is now open for booking.




Developed together with LOTUS engineering, Magna Styer, and Italdesign Giugaro, the P3-21A was developed to have a universal appeal with timeless design. It is a sedan car that offers real value to consumers as it is equipped with high standards of safety, performance, comfort and convenience and most importantly the design of the car is set to evoke positive emotion. Together with new attractive features, the P3-21A is aimed to compete in the crowded C-Segment, such as Honda City and Toyota Vios. It is targeted at medium sized families and young professionals.


The booking fee is RM500 and there will be three variants for this car. OTR Price of the car is RM68,500 (Executive MT, Metallic Colour), RM68,050 (Executive MT, Solid Colour), RM71,500 (Executive MT, Metallic Colour), RM71,050 (Executive CVT, Solid Colour), RM78,500 (Premium CVT, Metallic Colour), RM78,050 (Premium CVT, Solid Colour). Please note that the price of the car is tentative.




Waiting period for all variants is 1 to 2 months after the official launch. So hurry. Call now to book yours today to avoid long queues.

P3-21A Technical Specification
 P3-21A Technical Specification.pdf
P3-21A Technical Specification
(314.32 KiB) Downloaded 194 times






WOW!!! Factors
•        Brake Assist (BA)and Traction Control*
•        Electronic Stability Control (ESC)*
•        Push Start Button*
•        4 airbags
•        Established Safety Rating
•        Hot Press Materials
•        Anti Trap Power Window*
•        1.6 CFE Turbo Engine comparable to the 2.0*
•        205 Nm Torque (best in class)
•        7 Speed ProTronic Gearbox*
•        Paddle Shifter*
•        CVT and ‘S’ mode Transmission**
•        Bold with Aerodynamic Silhouette
•        Auto Rain Sensor*
•        Climate Control Air Conditioning*
•        Water Repellant Seat
•        Affordable Maintenance Cost
•        Lowest Initial Cost (against competitors)
•        Lowest cost of ownership (montly)
•        Features pack and any more

* For Premium Only
** For CVT Only

Sabtu, 14 April 2012

Kita Manusia Biasa

Maaf saya tak suka menilai orang yang tiada kaitan dengan saya...dan saya tak akan menghukum orang yang tidak bersalah kepada saya kalau ada yang bertanggapan negatif terhadap saya kerana mendengar cerita yang bukan2 tentang saya..saya x pernah salahkan pihak tersebut....betul kata orang tidak adil mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja tapi bagi saya manusia itu ada hak...mempercayai atau tidak itu memang hak mereka masing2..kita manusia shj dah tentu tidak sempurna. sesempurna manusia mana pun 1% pasti ada kekurangan dirinya.  Saya menganggap mereka yang mendengar cerita sebelah pihak itu adalah antara golongan 1% itu.terima kasih tidak terhingga kepada firestone2x tidak bergaji itu.. I'm sorry kalau ada salah faham2x... berfikirlah secara dewasa....

Isnin, 9 April 2012

ANUGERAH BINTANG POPULAR BERITA HARIAN 2011


Bintang Paling Popular ABPBH 2011

Aaron Aziz

Artis Duo/Berkumpulan Popular
Sixth Sense
Bunkface
Fourteen
3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura & Jaclyn Victor)
Meet Uncle Hussain feat. Hazama
Artis Baru Wanita Popular
Izara Aisyah
Najwa Latiff
Neelofa
Nur Fathia Latiff
Tasha Shilla
Penyampai Radio Lelaki Popular
AG
Aznil Hj Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Khairil Rashid
Artis Komedi Wanita Popular
Aliza Abdullah @ Enot
Didie Alias
Kenchana Dewi
Norkhiriah
Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Hj Nawawi
Ally iskandar
Awal Ashaari
Faizal ismail
Zizan Raja Lawak
Artis Baru Lelaki Popular
Aeril Zafril
Awi Rafael
Beto Kusyairi
Hazama
Johan As’ari
Pelakon TV Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Fauzi Nawawi
Fizz Fairuz
Remy Ishak
Penyampai Radio Wanita Popular
Abby Fana
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Shahira
Pengacara TV Wanita Popular
Cheryll Samad
Fara Fauzana
Sharifah Shahira
Nurul Syuhada
Raja Azura
Artis Komedi Lelaki Popular
Afdlin Shauki
Along Cham
Johan Raja Lawak
Nabil Raja Lawak
Zizan Razak
Penyanyi Lelaki Popular
Aizat
Anuar Zain
Black Mentor
Faizal Tahir
Hafiz
Pelakon Filem Lelaki Popular
Aaron Aziz
Adi Putra
Bront Palarae
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof
Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha
Nora Danish
Rozita Che Wan
Scha al Yahya
Tiz Zaqyah
Pelakon Filem Wanita Popular
Diana Danielle
Eja
Lisa Surihani
Maya Karin
Yana Shamsudin
Penyanyi Wanita Popular
Alyah
Najwa Latiff
Shila Amzah
Stacy
Yuna

*Setiap pemenang Kategori yang dipertandingkan akan di bold


Ahad, 8 April 2012

Novel Bicara Hati/Drama Bicara Hati Episod AKHIR


share with: akmalcancer.blogspot.com

TENGKU SYAHRAN ternampak kelibat Zahlia sedang duduk  mengelamun seorang diri di luar rumah.Bunyi bising tetamu-tetamu yang hadir di kenduri doa selamat rumahnya bagaikan tidak langsung mengganggu lamunan wanita itu.Entah apa yang mengganggu hati isterinya itu tidak langsung dapat dikesan oleh Tengku Syahran.
Timbul di sudut hatinya untuk menyakat isteri kesayangannya itu.Perlahan-lahan kakinya melangkah ke situ.Sampai di situ, segera Tengku Syahran memeluk tubuh isterinya.
    “Abang! Terkejut Alia.” Zahlia bersuara sedikit marah. 
Tengku Syahran ketawa kecil.Dia mencium pipi Zahlia sebelum merungkaikan pelukan.Lalu melabuhkan punggung di sisi Zahlia.
   “Kenapa duduk sorang-sorang kat sini? Kan ramai kat sana! Sayang tak nak makan
ke?” soal Tengku Syahran lembut.
Zahlia membalas pandangan suaminya tanpa ragu.Bibirnya mengukir senyuman nipis.
   “Alia belum lapar lagi.Abang dah makan ke?” 
   “Belum jugak.Kita makan sekalilah ya?” pinta Tengku Syahran. Zahlia mengangguk.
   “Tapi… baby ni tak lapar ke?” tanya Tengku Syahran seraya mengusap perut
isterinya lembut.
Zahlia ketawa. 
   “Belumlah…..” jawabnya ringkas. 
   “Hari ni baby boy ni meragam tak?” soal Tengku Syahran mengusap lagi perut Zahlia yang semakin membesar. 
Perbuatan itu membuatkan Zahlia memandang Tengku Syahran dengan dahi yang berkerut.
   “Mana abang tau yang ni…baby boy?” Zahlia sengaja manyoal. Tengku Syahran tersenyum sumbing. 
   “Ikut gerak hati,” jawabnya ringkas. 
  “Ehh, mana boleh macam tu? Kalau nak keluar perempuan….perempuanlah.Kalau nak keluar lelaki….lelakilah,” ujar Zahlia selamba.Dia ingin ketawa dengan jawapan Tengku Syahran tadi.
   “Alah, bagilah abang anak kembar lelaki,” pinta Tengku Syahran penuh harapan. 
  “Kembar? Alaa…penatlah Alia.Abang ingat senang ke nak lahirkan anak kembar?”
 Zahlia merungut kecil.
  “Okeylah…kalau keluar sorang pun soranglah.Abang tak kisah.Tapi mesti lelaki tau.”
   “Kalau ada rezeki ALLAH nak bagi…kita terima aje bang.Alia tak kisah apa-apa
pun jantina anak kita.Lelaki dan perempuan kan sama aje.Anugerah ALLAH.” Zahlia memeluk lengan suaminya pula.
Tengku Syahran terdiam.Mengakui kata-kata itu.Dia sebenarnya turut tidak kisah.Apa yang lahir dari bibirnya itu hanya sekadar harapan.Kalau yang lahir bukan seperti yang diharapkan, tidak mungkin dia tidak akan mengakui zuriatnya. 
Tengku Syahran menerapkan senyuman manis.Dia bahagia apabila Zahlia memeluknya sebegitu.Seakan kesepian hatinya telah terisi.Tiada lagi wajah Nazirah yang datang mengganggu seterusnya menjerat dirinya dari bercinta.Kini hanya belaian
lembut Zahlia yang menjadi igauan setiap hari.Belaian yang selalu membangkitkan rindu yang berpanjangan di hati.Tanpa sedar melekat satu ciuman dari bibirnya ke pipi
isterinya.
Zahlia terkejut. 
    “Hei, tak malu ke? Ramai orang kat sana tau!” Zahlia menjarakkan wajahnya. Terdengar gelak ketawa suaminya itu yang bernada usikan.
    “Eleh, bukannya nampak!Lagipun Alia dah jadi milik abang selama-lamanya.Abang punya sukalah.Kalau tak pun…. jom kita masuk bilik,” ujar Tengku Syahran.
   “Hisyy…abang ni tak habis-habis.Tak ada kerja lain ke? Kenduri ni, kat rumah kita
cik abang ooiii,” marah Zahlia sedikit tersipu.
   “Itu kan satu kerja jugak.”
  “Ah, sudah…sudah…. tak larat Alia nak layan abang kat sini.Ada aje nak dijawabnya.Alia nak pergi kat sana.” Zahlia ingin bangun tetapi Tengku Syahran pantas menyambar pergelangan tangannya.
   “Alia nak pergi mana? Duduklah dulu dengan abang.” 
   “Alahh…Alia nak ke sana,” ujar Zahlia sambil menuding jari telunjuk ke arah
ruang makan.
Tengku Syahran mengetap bibir.Bingung melihat gelagat isteri yang sentiasa
aktif.
   “Alia dah lapar ke? Abang ambilkan,” soal Tengku Syahran.
  “Bukan.” 
  “Habis?Baby yang lapar?” Zahlia menggeleng lagi. 
  “Alia nak pergi jenguk mak dengan mama tu.Kesian mereka.Kenduri ni kat rumah
kita, tapi mereka yang kena layan tetamu.”
  “Tak payahlah risau.Fiza dengan Ana kan ada.Biar mereka yang tolong.Alia
duduk diam-diam kat sini.”
  “Tapi….”
  “Puteri…dengar cakap abang, okey.Puteri tunggu kat sini.Abang pergi ambilkan air.”
Tengku Syahran berlalu pergi. 
Zahlia duduk bersendirian semula.Memerhati Raja Khalida, Tengku Badariah dan Puan Azizah yang sedang sibuk melayani tetamu.
Zahlia tiba-tiba ternampak Fatimah sedang melayani suaminya Bernard atau
nama Islamnya Ahmad Adam.Zahlia tersenyum.Jodoh mereka bertemu di depan aku rupanya! Kemudian, Zahlia terpandangkan Adli dan Anissa.Pasangan suami isteri itu
dilihatnya sedang ketawa melayani keletah Fiqa.Zahlia turut tersenyum.Teringat keletah Fiqa yang rapat dengannya ketika dia tinggal di rumah Adli dulu.
Matanya beralih ke sudut lain pula.Bibir Zahlia tersenyum membalas senyuman Hazwin yang jauh melambai-lambaikan tangan sambil mengusap perutnya.Zahlia turut melambaikan tangan.Hazwin bakal bergelar ibu beberapa bulan lagi.
Zahlia bersyukur.Kemudian dia terlihat wajah ceria Sofea di sudut kecil taman rumahnya.Wanita itu nampak berseri-seri semenjak disahkan mengandung.Semua itu anugerah ALLAH.Zahlia terasa bahagia dikelilingi dengan insan yang benar-benar mengasihi dirinya. 
Tiba-tiba Zahlia teringatkan Razif yang masih terlantar sakit.Razif sudah mengenali suaminya.Malah sudah berkali-kali Tengku Syahran melawat Razif sendirian apabila Zahlia kadang-kadang tidak sihat.Maklumlah berbadan dua.
Zahlia tersenyum lagi.Segala kemarau yang pernah melanda hidupnya dahulu
sudah kembali pulih.Zahlia tidak henti-henti memanjatkan kesyukuran.


TENGKU SYAHRAN berjalan mundar-mandir di hadapan  pintu wad bersalin.Bila punggungnya dilabuhkan di atas kerusi, dia rasa tidak selesa.Ingin berdiri di satu tempat secara statik pun, Tengku Syahran tetap tidak senang hati. 

Hatinya gelisah.Ahli-ahli keluarganya yang lain turut sama membisu.Masing-masing mempamerkan riak kerisauan.Sudah dua jam menanti di situ,benar-benar membuatkan Tengku Syahran terasa bagaikan ingin merempuh pintu wad bersalin itu sekuat hati.Tidak 
sabar-sabar rasanya mahu mengetahui perkembangan diri isterinya.Selamatkah dia? 
Ya ALLAH, selamatkanlah isteri dan anakku!Doa Tengku Syahran di dalam hati. 
Tengku Syahran 
melangkah mendekati pintu wad.Cuba mengintai di celah- celah cermin kecil yang terdapat di pintu itu.Tiada langsung ruang yang membolehkan dia melihat situasi di dalam. 
Tengku Syahran semakin tidak tentu hala.Dia mengalihkan pandangan pada Tengku Badariah dan kemudian pada Raja Khalida serta ahli- ahli keluarganya yang lain.    
“  “Mak, kenapa lambat sangat?” Tengku Syahran bertanya. 
Tengku Badariah yang sejak tadi duduk di sisi Tengku Ismail mula mengerling ke arah Tengku Syahran.Raja Khalida yang duduk di tepi Tengku Hafizah juga turut memandang.Hatinya turut gelisah. 
   “Sabarlah.Kejap lagi selesailah agaknya.” Tengku Badariah cuba bersikap tenang.Padahal hatinya turut berasa risau. 
  “Syah risaulah mak.Dah dua jam Alia kat dalam tu.Takkan lama sangat.” 
  “Itulah kamu.Isteri tengah sarat pun, sibuk dengan kerja.Kamu tengoklah apa dah jadi.” Tengku Syahran menggaru-garu kepalanya.Cuba mengintai cermin kecil di pintu itu lagi.Kemudian Tengku Syahran duduk di tempatnya semula.Rasa bersalah timbul di sudut hati. 
Dia teringat selepas dia menerima panggilan telefon dari hospital tentang keadaan 
Zahlia.Tengku Syahran terus bergegas meninggalkan Neraca Holdings.Kerisauannya menerjah- nerjah ketika diberitahu yang Zahlia memandu sendiri ke hospital dalam keadaan genting.Turut diberitahu yang wanita itu pengsan di hadapan pintu hospital bersama telefon bimbit yang tertera nombor telefon Tengku Syahran di tangan. 
Tengku Syahran didatangi perasaan bersalah lagi.Memang sejak pagi lagi telefon bimbitnya sengaja dimatikan.Tidak langsung terfikir yang isterinya itu akan menghubunginya. Tengku Syahran mengeluh kecil.Sepatutnya dia memohon cuti untuk menjaga isterinya dalam saat-saat menanti kelahiran anak sulungnya itu.Kenapa dia tidak terfikir semua itu? 
Tengku Syahran terasa ingin menangis.Sesekali tangannya meraup rambutnya ke belakang.Bagaikan 
menyesali ketidakprihatinannya tadi terhadap Zahlia.Hatinya mula berdoa, berharap benar isterinya itu benar-benar selamat. 
Alia, jangan tinggalkan abang, sayang! Bisik Tengku Syahran penuh harapan. 
Tiba-tiba pintu wad bersalin itu terkuak.Tengku Syahran bingkas bangun.Seorang doktor wanita lengkap berpakaian jubah putih keluar sambil mencabut keluar sarung tangan getahnya. 
Tengku Syahran pantas menuju ke arah doktor itu.Begitu juga ahli-ahli keluarganya yang lain. 
    “Doktor, bagaimana keadaan isteri saya?” soal Tengku Syahran cemas. Doktor wanita itu hanya tersenyum. 
   “Alhamdulillah, semuanya selamat.Tahniah, encik dapat anak lelaki,” beritahu doktor itu dengan senyuman. 
Tengku Syahran tersenyum lebar.Suara riuh ahli-ahli keluarganya yang lain turut kedengaran ceria. 
    “Boleh saya tengok isteri saya?” tanya Tengku Syahran tidak sabar-sabar lagi. 
   “Boleh.Tapi, encik kena tunggu kami pindahkan isteri encik ke wad dulu.Nanti, encik boleh pergi tengok dia.Buat masa ni, isteri encik sedang tidur.Dia masih lemah.”
   “Terima kasih, doktor.” 
   “Sama-sama.Sekejap lagi, bolehlah encik azankan anak-anak encik.Pembantu saya sedang bersihkan kedua-duanya.” Doktor itu berkata dan terus berlalu. 
Tengku Syahran terdiam.Anak-anak? Kedua-dua? Apa maksudnya? Tengku Syahran bagaikan terpinga-pinga. 
Tiba-tiba dia melihat dua orang jururawat datang membawa keluar dua orang bayi lelaki.Tengku Syahran pelik.Anak aku ke tu? Soalnya di dalam hati. 
   “Eh, Syah! Apa tunggu lagi.Azankanlah yang sorang tu.Yang ni biar ayah yang azankan.” Suara Tengku Ismail berjaya mematahkan khayalan Tengku Syahran. 
    “Kenapa ada dua?” soal Tengku Syahran. 
    “Kamu tak tau ke yang Alia tu mengandung kembar?” tanya Tengku Badariah pula. 
Tengku Syahran menggeleng. 
    “Hei, Puteri ni pun satu.Bukan nak diberitahu perkara ni pada Syah.Hisyy… budak-budak sekarang ni.” Raja Khalida menggeleng sambil ketawa kecil. 
Tengku Syahran semakin hairan. 
   “Apa maksud mama?” tanya Tengku Syahran pada Raja Khalida.
   “Pada awal kandungan lagi, doktor dah sahkan dia mengandung kembar.Dia tak beritahu kamu?” Tengku Syahran menggeleng. 
   “Haa…sekarang ni, kamu dah tau kan? Ni, anak kamu.Dua orang,” ujar Raja Khalida sambil tersenyum. 
Tengku Syahran mengalihkan pandangan pada dua orang bayi di hadapannya.Lama dia merenung kedua-dua bayi tersebut dan akhirnya bibir Tengku Syahran mengukir senyuman.Tiba- tiba hatinya didatangi perasaan gembira.Segera dia bersyukur ke hadrat ILAHI atas kurniaannya itu. 



“TERIMA kasih,sayang! I love you.” Tengku Syahran berkata sambil mengucup pipi Zahlia lembut. 
Zahlia hanya tersenyum manis.Tangan Tengku Syahran dicapai dan digenggam erat.Ketika dia membuka mata beberapa minit tadi, Tengku Syahran sedang duduk di sisinya sambil membaca surat khabar. 
Menyedari Zahlia sudah terjaga, terus Tengku Syahran melipat surat khabar dan meletakkan di rak khas.Ahli-ahli keluarga yang lain sudah pulang.Hanya tinggal Tengku Syahran dan Zahlia di dalam bilik itu.Anak-anaknya pula sedang diberi rawatan khas untuk mengesahkan mereka bebas dari penyakit. 
     “Mana anak-anak kita?” soal Zahlia sambil matanya melilau mencari anak- anaknya. 
   “Ada kat nurse.Mereka beri susu tadi.Dah tidur agaknya.” Tengku Syahran membalas genggaman tangan Zahlia. Zahlia tersenyum manis. 
  “Anak kita comel tak?” 
   “Emm…macam ayahnyalah.”
   “Perasan.” 
Tengku Syahran ketawa kecil.Jari-jemari Zahlia dibawa ke mulutnya lalu dikucup lembut. 
    “Abang gembira dapat dua orang sekaligus?” Zahlia bertanya.Berniat ingin mengetahui isi hati suaminya itu. 
Tengku Syahran melepaskan pandangan ke arah Zahlia.Kalau diikutkan hatinya, dia ingin menjerit sekuat hati untuk menyatakan betapa gembiranya dia dengan kurniaan itu.Biar satu dunia tahu! 
   “Kenapa tak beritahu abang yang kita akan dapat twins?”
  “Saja nak bagi surprise,”  jawab Zahlia manja. 
   “Nakal.” Zahlia ketawa. 
   “Abang suka tak?” Zahlia bertanya sekali lagi. Tengku Syahran mengangguk.   
“ “Thanks honey! I love you.” 
  “I love you too.” Ucap Zahlia sambil tersenyum. 
Tengku Syahran membalas senyuman isterinya.Tetapi senyuman yang mekar itu tiba-tiba mati apabila melihat Zahlia bangun. 
   “Alia nak ke mana ni?” Tengku Syahran hairan apabila Zahlia bergerak menuruni katil. 
   “Alia nak pergi tengok anak-anak kitalah.” 
   “Eh, mana boleh bergerak sesuka hati.Nanti doktor marah.” 
  “Alah, sekejap aje.Alia nak tengok rupa mereka,” pinta Zahlia cuba memujuk.
Tengku Syahran terdiam.Wajah penuh mengharap Zahlia 
dipandang sejenak.Lama dia membisu sebelum berkira-kira untuk mengeluarkan bicara. 
   “Alia tunggu di sini dulu.Abang pergi ambil kerusi roda.Kita pergi sama-sama, okey.” 
  “Tapi…..” 
  “Dengar cakap abang.Kalau tak, jangan pergi.” Tengku Syahran bersuara tegas.Zahlia menelan air liur. 
  “Yalah.” Lambat- lambat Zahlia berkata. 
Tengku Syahran menghilang di balik pintu dan hadir semula dengan kerusi roda di tangan. 
Di waktu itu, Zahlia sedang mencapai gelas di tepi katil.Berniat untuk membasahkan tekak yang terasa kering. 
   “Hei, kenapa tak cakap kat abang yang Alia nak air? Biar abang ambilkan.” 
Tengku Syahran berjalan ke arah Zahlia.Mencapai gelas di tangan Zahlia dan menuangkan air suam lalu disuapkan ke mulut Zahlia perlahan-lahan. 
Zahlia pelik dengan kelakuan Tengku Syahran yang nampak risau dengan setiap pergerakannya.Tetapi Zahlia hanya mendiamkan diri. 
   “Jomlah kita pergi.Alia pun dah tak sabar-sabar nak tengok anak-anak kita.” Zahlia bangun dan melangkah ke kerusi roda. 
  “Elok-elok melangkah tu.Pegang tangan abang ni.” Tengku Syahran menghulurkan tangan. 
Zahlia mula mengeluh.Tengku Syahran hanya bersikap selamba. 
  “Abang! Kenapa dengan abang ni? Alia tak apa-apa.Kan masih boleh bergerak ni.Yang abang risau sangat ni apasal?” Zahlia mengetap bibir. 
Setiap tingkah laku Tengku Syahran amat merimaskan dan adakalanya melahirkan rasa gelihati di sanubarinya.Kini, Tengku Syahran pula yang mengeluh. 
   “Alia kan baru first day.Kena berhati-hati.Doktor dah pesan pada abang supaya tak bagi Alia bergerak sangat.” Zahlia menggeleng. 
  “Alia taulah abang risau.Tapi janganlah sampai Alia naik rimas.” 
  “Alia rimas ke?”
Tengku Syahran melabuhkan punggungnya di atas katil.Sedikit sebanyak dirinya berkecil hati dengan kata-kata Zahlia. 
Za hlia tersenyum kecil dengan perangai suaminya.Dah jadi ayah pun nak merajuk lagi! 
    “Bukan macam tu maksud Alia.Abang tu yang risau sangat.Alia okey aje,” beritahu Zahlia sambil duduk di sisi Tengku Syahran. 
Tangan lelaki itu  dicapai lantas digenggam.Tiada respon.Tengku Syahran hanya kaku membuatkan Zahlia menoleh pada wajah di sisinya.Juga tiada reaksi untuk suaminya membalas pandangannya. 
   “Okey, Alia minta maaf kalau abang berkecil hati.Alia tak bermaksud pun nak kecilkan hati abang.Cuma Alia tak mahu abang treat Alia macam budak-budak kecil.Alia tak nak menyusahkan abang.” Zahlia tunduk menyesali kata-katanya. 
Tengku Syahran yang mendengar kata-kata itu tersentuh hatinya.Perlahan-lahan dia memandang Zahlia.Serentak itu, Tengku Syahran menggenggam jari-jemari yang halus di tangannya. 
   “Abang pun nak minta maaf sebab buat Alia rasa bersalah.Abang berjanji takkan rimaskan Alia lagi.” Tengku Syahran berkata pula. 
Zahlia mengangkat  wajah dan merenung ke arah Tengku Syahran.Bibir lelaki itu tersenyum seterusnya membuatkan Zahlia turut ingin tersenyum. 
   “Jomlah, abang tunjukkan anak-anak kita.” Tengku Syahran bangun.Zahlia juga bangun dari katil.Ketika Zahlia ingin berjalan ke arah kerusi roda, dia terasa tangannya dipegang kuat. 
Pantas Zahlia menoleh pada Tengku Syahran.Pelik dengan pautan yang terasa begitu erat. 
   “Tak bolehlah, Alia.” Ucapan Tengku Syahran yang tiba-tiba makin membuatkan Zahlia berasa hairan. 
   “Apa yang tak boleh?” soal Zahlia sambil mengerutkan dahi. Pegangan tangan suaminya dirasakan semakin kemas. 
  “Bila abang tengok Alia bergerak, perasaan abang tak boleh dikawal.Abang tetap risau,” ucap Tengku Syahran sambil tersengih. 
Zahlia mengetap bibir dan mendengus kecil.Namun lama-kelamaan bibir Zahlia mekar dengan senyuman. 
   “I love you,” luah Zahlia sambil membalas pautan tangan suaminya. Tengku Syahran terasa bahagia. 
   “I love you too,” balas Tengku Syahran berserta kucupan lembut di pipi isterinya. 
Terima kasih, TUHAN- ku! Kekalkanlah kebahagiaan ini.Doa Zahlia sambil menerapkan senyuman manis.Penuh kebahagiaan yang tersirat. TAMAT