BERITA BAIK!!!

Rabu, 24 Ogos 2011

Soalan 35 (TERAKHIR) rasa2 nya lah


  • Pemilik akan dikenakan cukai pendapatan individu
  • Bilangan pemiliknya antara dua hingga dua puluh orang


Antara perniagaan berikut yang manakah menepati pernyataan di atas?


A  Perkongsian Wani
B  Koperasi Jati Did Berhad
C  Kedai Gunting Rambut AH
D  Syarikat Riang Ria Sdn Bhd

Soalan 34

Antara berikut, yang manakah dilakukan dalam persiapan menyaji cara barat?


A  Menggunakan pinggan mangkuk kalis karat
B  Menyediakan alatan untuk basuh tangan
C  Memastikan setiap individu disediakan piring sos
D  Meletakka gelas disebelah kanan pinggan makan

Soalan 33 (Soalan Bonus)

Mengapakah permukaan projek mejadi gelembung selepas kerja melekar dilakukan?

Jawapan: cari sendiri xoxoxox:)

Soalan 32

Antara yang berikut yang manakah aspek terpenting dalam pemilihan idea mereka cipta?
I   Pengetahuan dan kemahiran
II  Kepentingan produk kepada pengguna
III Penekanan kepada penggunaan bahan terpakai
IV Cara pembuatan yang mudah dan mesra alam

Soalan 31 (LUCK)!!!!

Antara berikut pernyataan yang anakah berkaitan dengan vitamin C?


I    Membina tulang dan gigi
II   Mengelakkan penyakit skurvi
III  Membantu dalam penyembuhan luka
IV  Menjauhkan penyakit rabun malam

Soalan 30

Antara berikut manakah urutan yang betul setelah selesai menjahit?


I    Tarik fabrik ke belakang mesin
II   Naikkan tuas angkat
III  Naikkan jarum mesin setinggi yang boleh
IV  Gunting kedua-dua benang

Soalan 29 (Jumlah dirahsiakan)

Apakah langkah pertama yang perlu diambil jika ternampak punca api kebakaran dalam Bengkel Kemahiran Hidup?


A   Melaporkan kepada guru
B   Menuju ke kawasan lapang
C   Membunikan loceng amaran
D   Mengosongkan bengkel dengan segera

Selasa, 23 Ogos 2011

KEHEBATAN MALAM JUMAAT


Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka
” Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu”
” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya?
“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”
” Bang!! Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat.
” SODAQALLAHULAZEEM “
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat……

Soalan 28 (RM0.50)

Tujuan merendam pakaian dalam air bersabun adalah untuk................


Sila isi tempat kosong berikut

Soalan BONUS

(RM2.00)


Khas untuk 2 peserta sahaja!!!


Seorang pekerja yang menggunakan mesin gerudi hendaklah memakai kaca mata keselamatan.  Antara yang berikut, manakah langkah-langkah lain yang sepatutnya diambil oleh pekerja itu?


I    Memakai kasut bertapak getah
II   Mengapit benda kerja dengan ragum
III  Menarik pemegang dengan kuat supaya mata gerudi berputar dengan laju
IV  Melepaskan pemegang sekali sekala supaya mata gerudi tidak terlalu panas

Soalan 27 (RM0.50)

Anda akan menyediakan masaka seperti dalam menu di bawah.

MENU
Spageti Sos tomato
Kek Pandan
Teh

Susun perancangan kerja dariawal hingga akhir bagi menu di atas dan nyatakan sebab mengapa menu terakhir yang anda pilih itu mesti disediakan di peringkat akhir sekali??

CERITA LAWAK RAMADHAN


KISAH BULAN PUASA
“Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid,”
kata Abah separuh memerintah.
Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja.
Maksudnya emak mahu aku ikut Abah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.
Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyang bersahur..
Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid berada di tanah.
Bukan di bumbung masjid. Ajaib. Abah macam tidak nampak keganjilan itu.
Aku cuit bahu dia dan tunjukkan ke arah kubah yang berada di tanah.. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

“Kenapa?” tanya Abah.
“Lailatuqadar,” kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

“Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?”
Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

“Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor. Bodoh,”
sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja.
Terima sahajalah.Jangan melawan.
Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi.
Aku cuma pulang untuk cuti raya.

Isnin, 22 Ogos 2011

Soalan 26 (RM0.50)

Apakah fungsi kedap air dalam perangkap di dalam sistem perpaipan???


I    Menjimatkan kos air
II   menghalang bau busuk
III  melancarkan pergerakkan sisa makanan
IV  menghalang serangga masuk ke rumah

Soalan 25 (RM0.50)

Apakah kod warna bagi tamatan Bumi, Neutral dan Life bagi plag 3-pin 13 Ampere???





Soalan 24 (RM1.00)


  • Menyenaraikan bahan
  • menyenaraikan alatan dan mesin 
  • Memilih teknik pembuatan
A   Pengujian
B   Pembinaan
C   Perancangan
D   Perekaan Projek

soalan 23 (RM1.00)

Tujuan pengujian dilakukan adalah untuk memastikan prototaip dibuat mengikut spesifikasi...


I    tahan lasak
II   lukisan kerja
III  bahan kemasan
IV  mesra alam sekitar

Sabtu, 20 Ogos 2011

Soalan Bonus

HADIAHNYA!!!Dapat bila cikgu pulang dari Kuala Lumpur


Khas untuk 3 peserta terawal yang jawab betul sahaja


Susun semula kaedah menggantikan suis penghidup lampu pendaflour mengikut susunan yang betul..


I    Masukkan suis penghidup ke dalam pemegang suis penghidup
II   Matikan suis bekalan arus
III  Keluarkan suis penghidup yang rosak
IV Pusing mengikut arah jam

Soalan 22 (RM0.50)

Antara berikut, manakah kaedah yang digunakan untuk mengumpul maklumat dan data???


I     Membuat soal selidik
II   mendapatkan panduan dan khidmat nasihat guru
III membuat pemerhatian terhadap produk yang sedia ada
IV  mempersembahkan produk yang direkacipta untuk menunjukkan keistimewaannya

Soalan 21 (RM0.50)

Apakah jenis pemadam api yang sesuai digunakan jika peralatan tersebut terbakar

I    Air
II   Buih
III  Debu Kering
IV Karbon Dioksida 

Soalan 20 (RM0.50)

Mengapakah keratan batang yang baru disemai perlu diletakkan di bawah naungan?????

Soalan 19 (RM0.50)


  • Dikenali sebagai garisan benda
  • Lebih tebal daripada garisan binaan
Pernyataan diatas merujuk kepada garisan...................................

Soalan 18 (RM0.50)

Apakah fungsi simen pelarut??

Soalan BONUS (RM2.00)

Bonus hanya disedikan kepaa peserta pertama yang menjawab betul sahaja!!!!



Apakah komposisi bahan pateri 60/40?

Jumaat, 19 Ogos 2011

Soalan 17 (RM0.50)

Minuman yang menyegarkan ialah minuman yang

A    mengandungi nilai nutrien yang tinggi
B    mengandungi kafein
C    menghilangkan dahaga
D    membantu tumbesaran badan kita


Soalan 16 (RM0.50)

Semua yang berikut ialah ciri-ciri keluli lebut kecuali....


A  tidak berkarat
B  boleh dikimpal
C  mudah dibengkok
D  terdapat dalam bentuk bar

Soalan 15 (RM 0.50)

Antara berikut, yang manakah kelebihan menggunakan papan lapis?


A  Kalis kepada air
B  Tahan kepada haba
C  Mudah lerai jika ada kecacatan
D  Bahagian tepi tidak mudah pecah

Soalan 14 (RM0.50)

Etika dan budaya kerja diamalkan supaya murid...


I   menepati waktu
II  bersikap amanah
III mematuhi arahan
IV bertanggungjawab

Soalan 13 (RM0.50)

Antara berikut, yang manakah urutan langkah-langkah mengendalikan alat pemadam api?


I   Cabut pin picu keselamatan
II  Halakan "nozel" ke punca api
III Tekan tuas rapat kepada pemegang



Khamis, 18 Ogos 2011

Soalan BONUS

Sila nyatakan ciri-ciri campuran tanah pasu????


Jawapan:  PK lah sendiri!!

Soalan 12 (RM0.50)

Antara kegunaan pokok bunga hiasan dalam pasu adalah untuk...


I    mencantikkan kawasan
II   dijadikan sumber pendapatan
III  melindungi sesuatu kawasan
IV  dijadikan tumpuan pemandangan

Soalan 11 (RM0.50)

Antara berikut manakah merupakan sumber karbohidrat utama?

A  Sayur Sawi
B  Buah Rambutan
C  Buah kelapa Muda
D  Ubi Kentang

Soalan 10 (RM 0.50)

Antara berikut, mengapakah fabik kapas sesuai dijadikan pakaian seragam sekolah?


I    Mudah didobi
II   Sensitif terhadap haba
III  Menyerap lembapan dengan baik
IV  Teguh dalam keadaan basah atau kering   

Soalan 9 (RM 2.00)

Untuk 3 peserta pertama sahaja


Pernyataan di bawah menunjukkan bahan untuk menyediakan kek coklat

Bahan                                             Kuantiti                                  Kos (RM)

Marjerin                                           100g                                     15.00/kg
Tepung Gandum                               100g                                       1.60/kg
Serbuk Koko                                     10g                                     10.00/kg
Gula Kastor                                     100g                                        3.00/kg
Telur                                                3 biji                                        0.30/biji

Berapakah kos bahan kek itu?

Soalan 8 (RM 0.50)


Antara yang berikut padanan yang manakah betul?

           Bidang kegiatan keusahawanan                                   Contoh

A        Perkhidmatan                                                      Kilang Fabrik Baju
B        Pemasaran                                                          Salon Kecantikan Mei Fong
C        Perkhidmatan                                                      Agensi Pelancongan Mesra
D        Pemasaran                                                          Klinik Pergigian Zali

Rabu, 17 Ogos 2011

Soalan 7 (RM 1.00)


Susun mengikut urutan yang betul langkah menyediakan alas pinggan.

I    Susun pola atas fabrik
II   Gunting pola atas fabrik
III  Sediakan fabrik
IV  Sediakan pola

Soalan 6 (RM 0.50)

Apakah tujuan belah ketika proses jahitan pada pakaian ????

Soalan 5 (RM 0.50)

Bagaimana hendak membezakan antara transistor NPN dan PNP melalui simbolnya??

Soalan 4 (RM 2.00)


Apakah fungsi fius pada plag 3 pin 13 ampere?????

Jawapan : Sila cari sendiri !!!

Soalan 3 (RM1.00)

Nampak NUFFNANG ADS sebelah kanan soalan anda??? Sila click ADVERTISEMENT tersebut bagi membolehkan jawapan anda 'DI UPDATE terus dalam akaun duit raya yang telah anda kumpul bagi setiap jawapan pada ulasan yang betul.


SOALAN 3
Litar bersepadu tidak dipasang bersama soket semasa kerja pematerian untuk mengelakkan....

A  pinnya mudah patah
B  berlakunya litar pintas
C  perumah IC daripada lebur
D  IC dari terdedah kepada haba yang tinggi

Selasa, 16 Ogos 2011

Soalan 2 (RM1.00)

Tepung yang biasa digunakan untuk membuat kek ialah....

A  tepung pulut
B  tepung ubi kayu
C  tepung gandum
D  tepung beras

Soalan Bernilai RM 1.00 (Kumpul duit raya)

Soalan 1
Tujuan mengayakkan tepung dan serbuk penaik semasa membuat kek ialah

I   mengeluarkan dan mengasingkan kotoran
II  mencampurkan tepung dan serbuk penaik dengan sebati
III memanaskan tepung dan serbuk penaik
IV memasukkan udara dalam adunan

Anda diminta memilih jawapan dan jawab di dalam ruangan ULASAN. Just click ulasan dan taip jawapan jangan lupa letak nama anda.  'Send' ulasan anda sebagai tanpa nama or jadi my follower.  Semakin banyak betul anda jawab semakin berganda duit raya akan anda dapat dari saya!!!  Nilai duit raya untuk soalan-soalan bergantung kepada aras kesukaran soalan tersebut. Aras tinggi RM2.00, aras sederhana RM1.00, aras rendah RM0.50

Ahad, 7 Ogos 2011

RESEPI KEJAYAAN & KECEMERLANGAN


Ini adalah RESEPI KEJAYAAN berbentuk Gurindam yang diambil daripada FACE BOOK Fazira Ramli atas kebenaran pemilik.  Mungkin pembaca blog suka dengan resepi ini atau mungkin juga tidak.  Saya tidak menjanjikan resepi yang pasti mengenyangkan tetapi resepi ini adalah sesuatu yang baik untuk kecemerlangan dan kejayaan
Hasad dengki racun masyarakat
jangan dibiar meruntuh muafakat.
Besar bahaya penyakit hati
jiwa kotor hendaklah diubati.
Kalau melihat kesenangan orang
baik berusaha menambah yang kurang.
Kalau gagal dalam persaingan
bangkit semula bermusuh jangan.
Kalau jawatan terlepas di tangan
hormati pengganti kekalkan hubungan.
Kalau ditegur berbuat salah
berfikiran terbuka tangani masalah.
Kalau bercanggah pendapat bicara
bertolak ansur sebaik cara.
Kalau berdengki bermasam muka
semai sikap berbaik sangka.
Kalau berselisih perlu bermaafan
mulia manusia maju ke hadapan.
Kalau berjaya usahlah angkuh
merendah diri berperibadi kukuh.
Kalau dapat dielak dengki
bersih hati mensyukuri rezeki.
Kalau hasad dengki mampu dihapus
bangsa bermaruah takkan pupus.

PAKCIK DAN MOTOR!!!

The Feng Shui of the road must be off. by McCracken, Theresa
Di sebuah bengkel membaiki motorsikal milik Ah Seng.

Pakcik  :  Ah Seng, hang tolong tengok motor aku.  Aku baru beli bulan lepas, dah mula rosak..

Ah Seng  :  Aiyaa...Ini balu punya motorsikal, sudah kasi losak ka??

Pakcik  :  Ya la, Ah Seng.  Talak guna punya taukeh kedai jual motor.  Dia bikin tipu la, Ah Seng

Ah Seng  :  Kenapa lu kataitu macam?

Pakcik  :  Ini motor ada empat gear, baru satu bulan aku guna gear satu sudah rosak

Ah Seng  :  Kenapa lu guna satu gear sahaja

Pakcik  :  Hang pun nak tipu aku jugak ke...Kalau guna semua gear nanti semua gear rosak.  Jadi aku guna satu jer gear sebulan...

Ah Seng  :  Guna satu gear saja sat bulan ka...

Pakcik  :  Ya la....pergi baiki gear satu dulu.  Gear dua aku nak guna tahun depan.

Ah Seng  :  !@#$%^&*():"?><

PENGAJARANNYA:

--->Sebelum elakukan atau menggunakan sesuatu, pastikan anda tahu bagaimana melakukan   atau menggunakannya

--->Jangan memarahi orang kerana kejahilan anda

Sabtu, 6 Ogos 2011

KISAH ANAK SAYA

Just thinking?????? Lama jugak saya x update blog nie kerana masalah kekangan masa... Cikgu sekarang totally different kalau nak dibandingkan dengan cikgu dahulu.  Saya berani letak statement nie kerana PAPA saya dulu juga cikgu.  Well zaman dah berubah, sistem pun for sure berubah kalau x macam mana kita nak majukan diri dan negara sendiri.  Secara positive thinkingnya, "JALAN MESTI KE DEPAN...BUKAN KE BELAKANG. SETIAP YANG HIDUP PASTI MELAKUKAN KESALAHAN DAN YANG TEBAIK ADALAH MEREKA YANG BELAJAR DARI KESALAHANNYA"

Apapun ini bukan topik yang saya nak tulis dalam blog saya pagi ini. It  is about my daughter yang ada attend swimming class.  Ramai yang memberi pendapat "anak U still small n young, kalau dia join swimming class boleh ke dia faham instruction dari coach dia".  Pada pendapat saya, kita nie manusia seperti color pencil yang ada pelbagai warna.  "Tak cuba TAK TAHU, dah cuba BARU TAHU.

di atas adalah gambar anak saya yang telah di upload 
dalam you tube atas permintaan beberapa pembaca blog MAMA MIA

Ramai yang tertanya-tanya kenapa saya pilih renang untuk anak saya. Jawapannya kerana banyak manfaat boleh diperolehi ke atas kanak-kanak yang diajar berenang dengan cara yang lembut, beransur-ansur dan kanak-kanak bebas bergerak ulang alik. Kajian menunjukkan banyak faedah diperolehi daripada aktiviti berenang dan ini diakui oleh ibu bapa seluruh dunia. Antara kebaikan berenang ialah banyak peningkatan untuk perkembangan mental, fizikal, emosional, dan sosial.



Satu kajian dikendalikan oleh Professor Liselott Diem dari 1974 hingga 1976 di German Sports Collage di Cologne, Jerman mendapati kanak-kanak yang mempelajari berenang pada satu peringkat awal seawal 1 tahun menunjukkan pembanguan lanjutan dalam:
  • kemahiran motor kasar dan halus
  • refleksi (masa tindak balas)
  • Kuasa tumpuan (fokus)
  • Kepintaran / kecerdasan
  • Tabiat sosial
  • Interaksi sosial
  • Keyakinan diri
  • Kebebasan
  • Boleh menangani situsi yang diluar jangka.
So,  my advice kepada semua ibu bapa tolong jangan memberi expectation yang rendah kepada anak anda seBelum anda memberi dia peluang untuk mencubanya kerana "DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN"

HANYA KERANA SEGELAS AIR????

cup of tea cartoons, cup of tea cartoon, cup of tea picture, cup of tea pictures, cup of tea image, cup of tea images, cup of tea illustration, cup of tea illustrations
Seorang pemandu lori yang kepenatan baru datang ke sebuah bar. Dia ternampak segelas air diatas meja lalu terus meneguk habis isi gelas itu.

Lelaki yang empunya gelas terus menangis

"Hei, janganlah menangis!" kata pemandu lori.  "Aku cuma bergurau.  Aku belikan kau minuman yang lain!"
"Bukan itu masalahnya.  Hari ini adalah hari terburuk dalam hidupku".
"Kenapa?"
"Pertama, semasa aku ke pejabat tadi, bos aku marah besar dan aku dipecat.  Semasa mahu pulang, ternyata keretaku dicuri orang.  Masa nak naik teksi, ternyata dompet dan kad kreditku tertinggal di dalamnya.  Sampai rumah, isteriku meninggalkan aku.  Aku terus meninggakan rumah dan datang ke bar ini."
"Selepas berfikir panjang, aku mengambil keputusan mengakhiri hidup aku.  Tiba-tiba kau pulak muncul minum air racun aku."

Pemandu lori itu tercengang................

SEBAGAI PENGAJARAN!!!

---->Jangan lakukan sesuatu tindakan seara melulu tanpa usul periksa
---->Anda perlu berhati-hati dengan setiap tindakan 
---->Jangan mengambil barangan orang lain tanpa kebenaran mereka terlebih dahulu