BERITA BAIK!!!

Jumaat, 20 Mei 2011

Selamat Hari Ibu...& Selamat Hari Guru



Mempunyai anak yang lasak dan pelbagai karenah menyukarkan aku melatih anak bersikap positif.  Begitu juga dalam melatih si kecil bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik-baik.  Ketika ini kanak-kanak muda terpengaruh dengan persekiarannya.  Mereka mudah terikut dengan apa yang didengarnya.

Aku memang GURU tetapi mungkin hanya terbaik untuk pelajar disekolah sahaja...benarlah kata orang sukar mengajar anak sendiri kerana memerlukan kesabaran yang sangat tinggi...Setiap ibu semestinya mahukan yang terbaik untuk anaknya...begitu juga dengan aku...Seboleh-bolehnya aku mahukan KESEMPURNAAN untuk anak aku tetapi aku mesti menerima hakikat bahawa tidak ada yang sempurna di muka bumi ini melainkan Tuhan Yang Satu sekurang-kurangnya aku mencuba untuk melakukan yang terbaik sehingga 99.99% kepada anak aku..Kerisauan selalu timbul dihati apabila melihat anak yang semakin membesar apatah lagi bila memandang dengan mata kepala sendiri sikap anak didik di sekolah...


Cabaran sebagai seorang GURU juga tiada tanding hebatnya....guru memang penyuluh hidup pelajar tetapi tidak diri sendiri...menerangi alam orang lain tetapi menyurami diri sendiri..sanggup membakar diri sendiri demi menyelamatkan orang lain..menghiasi orang lain tanpa mempedulikan pengorbanan jiwa sendiri......



1 ulasan:

  1. insyaallah...mummy mia blh...

    BalasPadam