BERITA BAIK!!!

Khamis, 19 Mei 2011

Panduan Bersama.......................

Jika tidak berhati-hati...................

  • timbul pergaduhan atau perkelahian di dalam dan di luar tempat kerja
  • timbul perasaan benci dan dendam sepanjang masa
  • diri kita akan dianggap sebagai penyibuk semasa berinteraksi dan berkomunikasi
Jika berhati-hati..................
  • diri kita akan tahu sama ada rakan mengambil kesempatan atau tidak
  • diri kita akan mengenali keikhlasan dan kejujuran rakan dalam memberi kerjasama
  • diri kita sentiasa dalam keadaan tenang dan bersabar
Persoalan yang perlu ada dalam diri..................
  • Adakah rakan yang membantu kita mengharapkan balasan?
  • Adakah rakan kita mengambil kesempatan terhadap kemampuan dan kebolehan kita?
  • Adakah rakan kita seorang pelajar yang tidak kedekut dari segi berkongsi ilmu pengetahuan?
Kesimpulan.......
Berhati-hati tidak bermakna diri kita perlu was-was sepanjang masa.  Berhati-hati ini lebih kepada menilai sesuatu perkara yang berlaku terutama dari segi sikap dan perlakuan.  Berpegang pada aspek ini diri kita dapat mempelajari perubahan hati budi secara berperingkat-peringkat dan bukannya membuat tafsiran secara gelojoh atau jangka masa pendek.

*Tips berhemat........
Sekiranya langsung tidak bersangkutan dengan kita.....usah hiraukan tetapi adalah KEMESTIAN dihiraukan sekiranya menyangkut soal KITA...dan tidak perlu menghukum mereka yang tiada masalah dengan kita kerana biarkan mereka dengan masalah mereka sendiri kerana adalah lebih penting memikirkan masalah diri kita sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan