BERITA BAIK!!!

Rabu, 11 Mei 2011

Cucur Badak

Resepi Mama Mia Hari Ini...






Bahan-bahan:

1 kg ubi keledek
50 g tepung beras
200 g tepung gandum
20 g cili kering
100 g kelapa
1 batang serai
1 ulas bawang merah
50 g udang kering
1 ulas bawang putih
2 camca besar minyak
Garam
1 helai daun kunyit


Cara membuatnya;
1.  Kisar bawang merah, bawang putih, cili dan udang kering
2. Tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan gula, garam dan daun kunyit
3. Masukkan kelapa dan gaul sehingga sebati
4. Masak 10 minit
5. Rebus ubi keledek dengan sedikit garam sehingga empuk
Toskan ubi dan hancur kan sehingga lumat ketika masih panas
Setelah ubi tadi sejuk gaulkan dengan tepung gandum dan tepung beras
6. Doh di bulat-bulat kan menjadi kecil dan letak kan inti di tengah-tengah
7. Goreng sehingga kuih keemasan


Di atas adalah resepi saya santai dengan keluarga sebagai minum petang hari ini...Anda boleh mencuba kerana 100% dijamin ada umphhhhhh!!!! Anda juga boleh 'request' resepi 2 lain dari saya....jika saya ada kita akan kongsi bersama....


SELAMAT MENCUBA!!!!

1 ulasan: