BERITA BAIK!!!

Isnin, 7 November 2011

Swimming good for everyone

Petang raya ke-2, orang lain sibuk dengan open house pelbagai saya pulak setia menemani puteri kesayangan menghadiri 'swimming class' untuk minggu terakhir tahun ini.  Ini kerana cuti sekolah untuk saya akan bermula next week and as usual we all satu family dah tentu akan pulang ke semenanjung.  Oleh kerana coach dia risau anak saya akan bercuti hampir 2 bulan, dia minta anak saya training every day for this week.  Apa pun, saya sangat berpuas hati dengan coach 'Look Moon Moon' ini kerana sabar dan setia melatih anak saya yang sememangnya banyak karenah ini.  


video

Kelebihan berenang dibanding olahraga lain:
  1. Berenang tidak melelahkan dibandingkan dengan olahraga yang lain,
  2. tidak membebani sendi,
  3. tidak berpeluh,
  4. risiko kecederaan yang minimum (kecuali kram kalau kurang pemanasan),
  5. targetnya kita yang tentukan sendiri,
  6. modal baju renang dan motivasi saja
Banyak kelebihan lain dengan berenang. Antaranya khusus untuk mereka yang;
  • ingin meningkatkan stamina,
  • kurus yang ingin menggemukkan badan,
  • gemuk yang ingin menguruskan badan,
  • mempunyai masalah sakit-sakit bahagian leher, punggung dan lutut.
  • mempunyai masalah Osteoporosis dan osteoarthritis
Saya rasa sangat berpuas hati kerana setelah anak saya menceburi olahraga ini, masalah hiperaktifnya semakin berkurangan...saya juga sarankan kepada ibubapa yang lain yang mempunyai masalah anak yang hiperaktif, bolehlah cuba mengatasinya dengan olahraga ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan