BERITA BAIK!!!

Isnin, 7 November 2011

sALaM AidiLaDHa!!!




Selamat Hari Raya Haji/ Hari Raya Korban/ Hari Raya Aidil Adha
Saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung blog Mama Mia. Semoga kita semua boleh mengunjungi rumah Allah di Haram al-Makki pada tahun-tahun mendatang, insya Allah.
  • LabbaiKa Allahhumma LabbaiK
  • LabbaiKa la syarika laKa LabbaiK
  • Inna al-Hamda wa al-Ni’mata
  • laKa wa al-Mulk la syarika laK
يسرني أن أتقدم لكم بأطيب التهاني والتبريكات بمناسبة حلول عيد الأضحى المبارك ،
سائلاً الله تعالى أن يعيده على الجميع بالخير والصحة والعافية والسلامة
وأن يتقبل منا ومنكم صالح الأعمال ، وأن يديم علينا نعمة الأمن والأمان .
متمنياً لكم ولعوائلكم السعادة والفرح والسرور ..
Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Rindu melihat suasana di atas, tapi apakan daya dah tahun kedua saya sekeluarga tidak dapat menikmati Hari Raya Haji di kampung.  Namun, kami tetap meraikannya bersama sahabat haidai, rakan taulan di Sarawak.  Dah menjadi kewajipan di pagi hari raya makan ketupat dan rendang.  Kalau di kampung sudah semestinya Mak Mertua...Mama yang menyediakannya.  Walaupun tanpa mereka....saya tetap berusaha membuat ketupat digulung dalam daun pisang seperti kebiasaan Mak Mertua lakukan kalau tiada daun PALAS dan menyediakan rendang.  

Hahahaha.....Mak Mertua, menantumu sudah mewarisi resepi 'ketupat balut daun pisang'...Lihatlah hasilnya ;))))))


Ini pula rendang yang dibuat untuk dimakan bersama ketupat.


Alhamdulillah.....saya dapat juga menikmati Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan meriah walaupun tanpa kaum keluarga dan saudara-mara yang lain.  Meriah tak meriah, 2kg ketupat pulut yang dimasak bersama 2 ekor ayam bagi membuat rendang habis dinikmati tetamu yang hadir berhari raya di rumah saya tahun ini.  Semoga rakan-rakan lain yang turut meraikan Hari Raya Aidil Adha tahun ini juga dapat meraikannya dengan meriah dan penuh kegembiraan.....Terima kasih buat semua yang hadir meraikan Hari Raya Haji tahun ini di rumah saya.  Semoga kita dapat bersama-sama lagi meraikannya ditahun-tahun akan datang.

'SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA'


Tiada ulasan:

Catat Ulasan