BERITA BAIK!!!

Jumaat, 1 Julai 2011

Lisa Surihani bercinta dengan YUSRY KRU?


Yusry memang handsome kan???Yusry KRU bukan saja menjadi kegilaan peminat wanita tetapi juga sering dikaitkan dengan ramai artis wanita. Yusry sebelum ini pernah hangat digosipkan bercinta dengan aktres jelita, Maya Karin kerana sering menghadiri majlis pratonton teater dan filem bersama-sama hingga menjadi bualan ramai.
Selepas itu, nama Yusry pernah dikaitkan pula dengan pelakon seksi, Kilafairy yang juga anak penyanyi Rohana Jalil. Hubungan mereka dikatakan rapat kerana Kilafairy berlakon dalam filem seram arahan Yusry, Karak. Terbaru, Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula.
Di bawah merupakan keratan dari ruangan SOSEH SOSEH, Harian Metro RABU 20 APRIL 2011 tentang gosip terbaru Yusry dan Lisa Surihani.
‘Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya. Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta. Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.’   
Apapun mereka berdua dah declare dalam rancangan MELODI kan????**so, betul lah tu ok???**

sumber : http://www.artis.my/2011/04/yusry-kru-bercinta-dengan-lisa-surihani.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan