BERITA BAIK!!!

Rabu, 8 Jun 2011

TIDAK SAMA ANTARA PEMIMPIN BERILMU DENGAN PEMIMPIN JAHIL

Disebuah kawasan di Amerika Syarikat.  Waktu itu musim gugur, seorang suku kaum Indian di daerah terpencil bertanya pada ketua suku kaum mereka yang baru.  "Wala-wala chimo-ela suma totangka obuawachi?" yang ertinya, "Ketua, apakah musim sejuk kali ini sangat sejuk ataupun seperti biasanya?"
Oleh sebab ketua suku ini sudah moden, dia tidak pernah belajar meramal cuaca dengan cara-cara kuno lagi.  Semasa melihat ke atas, dia tidak dapat megatakan bagaimana keadaan cuaca nanti.  Meskipun begitu, bagi menenangkan kaum-kaumnya, dia memberitahu cuaca akan menjadi sangat sejuk apabila tiba musim sejuk nanti.  Dia lantas menyuruh kaumnya mengumpulkan kayu bakar bagi persiapan musim sejuk.  
Namun, selepas beberapa hari, muncul ideanya menelefon Jabatan Kaji Cuaca dan menanyakan, "Apakah musim sejuk kali ini sangat sejuk ataupun tidak?"
"Kelihatannya musim sejuk kali ini sangat sejuk",kata petugas di Jabatan Kaji Cuaca itu.  Kemudian ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya mengumpulkan kayu lebih banyak lagi sebagai persiapan.
Seminggu kemudian dia menelefon semula Jabatan Kaji Cuaca."Adakah musim sejuk kali ini sangat sejuk?" "Ya,"jawab orang di Jabatan Kaji Cuaca itu, "Musim sejuk kali ini sangat sejuk!"
Ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya mengumpulkan semua kayu dan ranting pohon yang mereka temui.
Dua minggu kemudian dia menelefon kembali dan bertanya,"Adakah anda yakin musim sejuk kali ini sangat sejuk?"
"Pasti," jawab orang di Jabatan kaji Cuaca itu, "Musim sejuk kali ini pasti menjadi sangat sejuk yang pernah ada".
"Kenapa anda begitu yakin?"tanya ketua suku.  Lelaki itu menjawab, "Kerana kaum Indian sedang mengumpulkan kayu bakar dalam jumlah yang menggila banyaknya!"
Toink!Toink!Toink!


PENGAJARANNYA;
* Setiap arahan dan maklumat daripada seorang ketua kepada pengikutnya mestilah bersandarkan ilmu dan pengetahuan.  Jangan main 'hentam' saja.
* Pengetahuan mesti daripada pelbagai sumber bukan hanya bergantung pada satu sumber sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan