BERITA BAIK!!!

Ahad, 26 Jun 2011

NORA ELENA SLOT AKASIA TV3



Sinopsis Nora Elena
Nora Elena ialah kisah seorang  gadis  yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.


Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. Mesti ada banyak babak romantik dan mencairkan hati semua penonton..hehe!! Watak Seth dipegang oleh Aaron Aziz ni yang macho dan hensem kena memikat hati Siti Saleha watak Nora elena tu. Macam mana ye…ada yang tak sabaq sabaq ka nak tengok Nora Elena. Seperti biasa Akasia jam 7 petang, tv3 (Isnin – Khamis)


Pelakon lain dalam Nora Elena: Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira, dan Shah Iskandar sebagai Malik.


Nuriz tak pernah baca novel ni tapi dari sinopsis cerita ni dah boleh bayangkan dah macam mana jalan cerita dalam drama ni pasti menarik macam novel ni jugak.  Watak Nora Elena digambarkan seorang yang ayu dan cantik telah mencairkan hati lelaki. Watak Seth sebagai hero pulak seorang yang hensem, penyayang dan berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta sucinya. Teruja le nak tengok hehe!!

UNTUK MENONTON????

Episod 1
Episod 2 part 1
Episod 2 part 2
Episod 2 part 3
Episod 3 part 1
Episod 3 part 2
Episod 3 part 3
Episod 4 part 1
Episod 4 part 2
Episod 4 part 3

Episod 6 part 1

1 ulasan: