BERITA BAIK!!!

Ahad, 26 Jun 2011

165 JENIS BARANG HARGANYA TURUN???

165 barang di pasaran turun harga


ISMAIL SABRI (kanan) melihat beberapa buah beg yang dijual pada Ekspo Beli Barangan Malaysia di East Coast Mall, Kuantan semalam.


KUANTAN – Bilangan barangan di pasaran yang mengalami penurunan harga adalah lebih banyak berbanding yang mengalami kenaikan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mendapati sebanyak 165 jenis barang mengalami penurunan harga manakala 135 lagi mengalami kenaikan.
“Banyak pihak mempersoalkan harga barang naik, namun keadaan sebenarnya adalah lebih banyak barang mengalami penurunan harga.
“Contohnya yang turun harga ialah bawang merah dan beberapa lagi barang. Para pengguna boleh memeriksa harga barang-barang tersebut di portal kementerian (http://www.kpdnkk.gov.my),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Ekspo Beli Barangan Malaysia di East Coast Mall di sini semalam yang disertai 97 syarikat pengeluar barangan buatan tempatan.
Ismail Sabri berkata, para pengguna juga perlu bijak memilih kedai serta pasar raya yang menjual barangan pada harga murah.
UNTUK LAPORAN ANALISA ALIRAN HARGA BARANG YANG MENURUN DAN MENINGKAT
Sila Klik SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan