BERITA BAIK!!!

Isnin, 23 Mei 2011

Tangani SIFAT BENCI

'Benci' adalah salah satu daripada unsur perasaan negatif yang tidak akan memimpin diri kita dan rakan-rakan lain untuk lebih berjaya dan lebih cemerlang.  Benci mempunyai hubungkait dengan perasaan cemburu, marah dan dendam.  Apabila perasaan benci mula tercetus dalam diri, kita akan belajar menyembunyikan sesuatu perkara.  Perkara yang disembunyikan lebih banyak yang buruk daripada baik.


Sifat kebencian ini menyebabkan diri kita tidak menyukai, tidak menyenangi dan tidak menghormati individu lain termasuklah ibu bapa, guru-guru dan adik beradik lain. Apabila sifat ini dimiliki, ia mempengaruhi kaedah komunikasi dan bentuk penampilan.


Perasaan Benci;

  • bertenangan dengan ajaran agama
  • memupuk budaya negatif dalam pemikiran
  • membina pemusuhan sesama sendiri
Sifat ini tidak membimbing diri kita untuk meningkatkan prestasi diri di dalam dan diluar tempat kerja.  Kita akan menjadi semakin keliru kerana kita tidak lagi memikirkan peranan dan tanggungjawab sebenar.  Kekeliruan ini lebih condong kepada keburukan seperti kaedah melarikan diri, kaedah menjauhkan diri dan kaedah memutuskan hubungan dengan individu yang dibenci.  Kesemua ini tidak mendidik dan mengasuh diri kita untuk meningkatkan komitmen dan prestasi.

 Kebencian

  • meningkatkan lagi perasaan syak wasangka
  • menyebabkan timbulnya alasan yang tidak berasas
  • menampakkan keidakpuashatian yang begitu tinggi 
Orang yang tidak suka terhadap kejayaan dan kecemerlangan orang lain selalu memiliki perasaan ini.  Perasaan ini akan bercambah dari semasa ke semasa terutama apabila ketua memuji orang bawahan tertentu di hadapan umum.  Kebencian ini akan berterusan selagi individu berkenaan tidak sedar tentang keburukannya.  Terdapat tanda-tanda buruk akibat daripada sifat ini.  Antaranya ialah diri kita atau rakan-rakan....................

  • tidak memupuk semangat bekerjasama dalam kerja berkumpulan
  • tidak berusaha merealisasikan tujuan an malamat
  • tidak membenarkan diri sendiri mempercayai individu lain
Diri kita harus bangkit untuk memastikan kebencian di dalam diri masing-masing tidak berterusan dalam kehidupan seharian.  Kepastian ini hanya akan tercapai jika diri kita mampu melihat, meneliti, dan menilai kesan keburukannya ke atas diri sendiri.  Umpamanya, jika tidak ditangani kebencian ini menyebabkan diri kita berdepan dengan masalah tekanan perasaan sehingga mengganggu waktu tidur, waktu bermain dan waktu berkomunikasi.  Kita mesti bijak menyelesaikannya supaya pergerakan kita menjadi lebih mudah di dalam dan luar tempat kerja.

Belajar mengurangkan sifat ini:

  • bermakna belajar membina nilai murni
  • bermakna ada keinginan untuk memantapkan hubungan
  • bermakna ada usaha mengukuhkan diri dalam memahami kehidupan
  • bermakna ada kesungguhan mengawasi diri sendiri


 Renung-renungkanlah.......

5 ulasan:

  1. bagaimana cr yg terbaik utk kita menegur seseorng yg mgkin menampakkn symptom2 menjadi sorng pembenci...

    BalasPadam
  2. Bagi menjawab persoalan saudara/saudari.....

    Cara yang terbaik pada pandangan saya dengan meminta individu yang berkenaan MENILAI diri sendiri...Tujuan menilai ini bagi mengesan kelemahan dan kesilapan yang ada dalam diri kita. Kita tidak boleh menganggap bahawa diri kita sentiasa betul dan menyangkal tentang kesalahan yang telah kita lakukan..kita hanya manusia biasa. dan bukannya Tuhan yang pastinya sempurna. Dengan cara MENILAI membolehkan diri kita mencari alternatif memurnikan diri sendiri. Tanpa penilaian, kita sentiasa merasakan keputusa yang diambil sentiasa betul dan tepat. Pada hal, diri kita cuba dijauhi oleh rakan-rakan...

    Individu berkenaan haruslah dinasihati agar MENILAI kebenciannya sebelu ini..........
    * agar ia menjadi pedoman dan tauladan
    * agar ia dapat mengurangkan keegoan yang ada
    * agar ia tidak menghalang untuk diri kita bergaul dengan sesiapa sahaja
    * agar ia tidak menggangu tugasan dan kerja dengan rakan sekerja

    Yang penting individu tersebut mestilah bersikap mudah DITEGUR.

    BalasPadam
  3. mslh skrg...org yg nak d tegur tidak dpt menerima teguran... jd mcmn cr untuk menyedarkannya...

    BalasPadam
  4. orang yang begitu biasanya fikirannya sempit dan selalu merasakan dirinya sentiasa betul...dia tidak bole menerima teguran kerana sentiasa merasakan dirinya SUPER PERFECT. Biarkan kerana orang yang begitu sentiasa menerima musibah kerana selalu memberi musibah kepada orang lain...ini adalah kata-kata yang saya pernah baca daripada salah satu buku pakar motivasi Ahmad Marzuki Ismail.Renung-renungkan lah

    BalasPadam
  5. mmmmmm . benar memang susah untuk mengubah perwatakkan orang. jadi jalan terbaik kita ubah perwatakkan kita.

    BalasPadam