BERITA BAIK!!!

Memaparkan catatan dengan label Recipes Mama Mia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Recipes Mama Mia. Papar semua catatan

Ahad, 12 Ogos 2012

PUDING ROTI (BAKAR) ~ MAMA MIA


Bahan A
2 cawan susu segar dutch lady
8 keping roti putih gardenia

Bahan B
4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung

Bahan C
2 sudu makan kismis hitam

Bahan D (sos Kastard)
1 tin susu cair 
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula
Fruit cocktail

Cara Membuat

1. Hancurkan atau koyakkan roti dan rendam dengan susu di dalam loyang pembakar selama 30 minit (Bahan A)
2. Kacau dan gaul rata (Bahan B)
3. Masukkan Bahan B ke dalam loyang yang mengandungi Bahan A
4. Taburkan kismis



5. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak
6. Gaulkan Bahan D dalam periuk kecil dan masak di atas api sederhana kecil
7. Campurkan 'fruit cocktail'
8. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang


Selamat mencuba "RESEPI PASTI JADI"

Sabtu, 28 Julai 2012

How To BIKIN AYAM PANSOH???

Petang tadi Mama Mia berbuka puasa di rumah kawan Mama Mia.  Sebenarnya itu adalah request dari Mama Mia kerana tersangatlah teringin untuk belajar "BIKIN AYAM PANSOH".  Jadi Mama Mia nak kongsilah dengan pembaca-pembaca blog semua RESEPI AYAM PANSOH ni..



Bahan-bahan
1 mangkuk halia dihiris nipis-nipis
1 mangkuk bawang putih diketuk
1 mangkuk serai yang telah dimayang
1 mangkuk bunga kantan yang telah dimayang
5 batang serai yang diketuk
Daun pucuk ubi yang diramas dan dibilas dengan air
Garam secukup rasa
Kiub ayam knorr/Perencah Maggie sedap
Buluh
Ayam 2 ekor

Langkah-langkah
1.  Gaulkan ayam dengan halia, bawang putih, serai, bunga kantan, daun pucuk ubi, garam, kiub ayam knorr



2.  Masukkan ayam yang telah digaul tersebut sedalam 3/4 ke dalam buluh



3.  Masukkan air ke dalam buluh sehingga menutupi permukaan ayam di dalam buluh tersebut

4.  Tutup permukaan buluh tersebut dengan daun pucuk ubi

5.  Bakar buluh tersebut seperti membakar lemang sehingga air di dalam buluh tersebut mendidih

6.  Siap untuk di hidang.

Isnin, 23 Julai 2012

IKAN SAMBAL HIJAU



Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal hitam
10 biji cili padi hijau
2 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 biji tomato hijau
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
i sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh garam
Minyak masak

Cara Membuat:
1. Ikan dibuang perut dan dibersihkan.  Perap ikan dengan jus limau selama 1 jam.  Kemudian bilas dengan air.  Toskan

2. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam.  Perap selama setengah jam.  Kemudian goreng ikan hingga garing.  Ketepikan

3. Tumbuk cili padi, cili hijau, cili merah, bawang putih, tomato dan garam secara kasar.

4. Panaskan 5 sudu besar minyak dalam kuali.  Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga masak dan pecah minyak.

5. Tuang sambal hijau di atas ikan sewaktu menghidang.

Siap...selamat mencuba >>>PASTI JADI!!!

PUDING ANEKA BUAH

SELAMAT BERPUASA SEMUA....

Tahun nie, rasa sungguh cepat masa berlalu tup-tup jer Ramadhan menjengah kita...Di bulan Ramadhan sudah pasti semua akan berkata "Nak masak apa hari nie rek????"  Begitu juga dengan Mama Mia..

So, Mama Mia nak kongsi resepi Puding Aneka Buah dengan semua pembaca-pembaca blog Mama Mia ok.  Resepi ni Mama Mia buat pada 1 Ramadhan iaitu bersamaan dengan 21 Julai 2012 baru-baru nie...



Bahan-bahan:
300ml air
200ml susu segar
120gm gula pasir
30gm tepung jagung
1 sudu serbuk agar-agar
Hirisan buah anggur dan buah kiwi (Buah2 yang lain pun boleh ikut kesukaan anda)
M&M (tak letak pun boleh jugak :))

Cara membuat:
1. Larutkan tepung jagung dengan sedikit air.  Tuangkan ke dalam periuk

2. Masukkan baki air, susu segar, gula pasir dan serbuk agar-agar.  Kacau campuran puding hingga mendidih dan pekat

3. Susun buah-buahan di dalam acuan-acuan kecil.  Angkat dan tuangkan puding ke dalam acuan tadi hingga penuh
4. Biar puding keras kemudian simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam

SELAMAT MENCUBA>>>PASTI JADI!!!!

Rabu, 7 Mac 2012

PULUT SERIMUKA

Today Mama Mia just nak share resepi Pulut Serimuka dengan pembaca-pembaca blog Mama Mia semua.  



BAHAN A (Lapisan Bawah)~Pulut
2 Cawan Beras Pulut
2 ½ cawan santan cair (½ biji kelapa)
½ sudu teh garam

Pulut serimuka


BAHAN B (Lapisan Atas)~Hijau
2 cawan santan pekat
½ cawan air tapisan santan
1 sudu teh pewarna hijau
½ cawan gula pasir
½ cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh garam



CARA MEMBUAT
  1. Basuh beras pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak
  2. Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak
  3. Lapikkan plastik ke dalam loyang bulat ataupun empat segi berukuran 8 inci
  4. Tekan pulut yang sudah dimasak tadi supaya mampat dan cantik
  5. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk dan kacau rata kemudian tapiskan
  6. Masukkan di dalam kuali tidak lekat dan panaskan sekadar suam-suam kuku
  7. Tuangkan perlahan-lahan di atas pulut tadi
  8. Kukuskan selama 30 minit
  9. Sejukkan dahulu, kemudian potong dan sedia dihidangkan

Jumaat, 17 Februari 2012

ReSePi “PeRap AyaM / ChicKen MaRinate”

Sebenarnya, Mama Mia 'p.e.r.a.p a.y.a.m' nie untuk sesi BBQ Guru di sekolah.  Hari nie sekolah Mama Mia mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar untuk ahli Lembaga Pengawas Sekolah.  Jadi Mama Mia telah ditugaskan untuk 'perap ayam' di bawah AJK Masakan.  Rakyat jelata kat sekolah Mama Mia ni memang 'hantu' ayam BBQ...setiap kali ada kem pasti BBQ ayam nie menjadi antara menu utama.
Sesiapa yang mahu resepi minta maaf kerana ayam panggang ni versi try n error Mama Mia x denye resepi turun temurun ke apa ke. Tapi ble lah cuba... 
Mama Mia taruh, halia, bawang putih, cili kering, lada sulah, kicap manis, gula, garam, jus perahan lemon, gula merah, serai, kunyit…
Apa susahnya...blend jer semua bahan2x tu dan perap je bersama ayam kemudian simpan dalam peti sejuk. Mama Mia suka letak bawang putih banyak sikit, sebab Mama Mia suka rasa bawang putih tu terasa pada ayam… lagi pun makan bawang putih sangat bagus sebab dapat mengelakkan tubuh kita dari mendapat kanser. Kalau rasa nak lagi sedap..jangan lupa tambah madu. Lepas tu bila time nak masak bakar je dalam oven… senang kan!!!



Sabtu, 22 Oktober 2011

Mi Bandung Mama Mia


Today, Mama Mia nak share resepi Mi Bandung.  

Bahan-bahan:
1/2 kg daging batang pinang
1/2 kg udang 
sawi ikut suka banyak mana suka-dipotong
2 jag air
2 biji tomato dibuang kulit dan dikisar
3 sudu makan minyak masak
1 sudu besar tomato puri
1 sudu besar tepung jagung dibancuh bersama 1 cawan air
4 biji telur
Garam
Gula

Bahan Sampingan:
2 bungkus mi kuning-dicelur
5 tangka daun bawang
3 biji limau kasturi dibelah 2
2 biji cili besar dipotong nipis dan menyerong
bawang goreng ikut suka

Bahan (A) dikisar:
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 sudu besar udang kering -direndam hingga lembut

Cara Membuat:
1. Rebus daging hingga empuk dan lembut.  Keluarkan daging dan rebus pula udang dalam air rebusan yang sama sehingga lembut.  Angkat dan tapiskan.
2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan (A)
3. Masukkan tomato kisar, tomato puri dan air rebusan tadi
Bila mendidih bubuh sawi, serta bancuhan tepung jagung dan tambahkan garam dan gula sehingga secukup rasa
4. Pecah telur sebiji demi sebiji.  Kacau perlahan-lahan sehingga telur hampir masak. Angkat
5. Letakkan mi yang telah dicelur ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah yang sedang panas
6. Taburkan daun bawang, limau kasturi, cili merah dan bawang goreng

SEDIA UNTUK DIMAKAN!!!

Ahad, 7 Ogos 2011

RESEPI KEJAYAAN & KECEMERLANGAN


Ini adalah RESEPI KEJAYAAN berbentuk Gurindam yang diambil daripada FACE BOOK Fazira Ramli atas kebenaran pemilik.  Mungkin pembaca blog suka dengan resepi ini atau mungkin juga tidak.  Saya tidak menjanjikan resepi yang pasti mengenyangkan tetapi resepi ini adalah sesuatu yang baik untuk kecemerlangan dan kejayaan
Hasad dengki racun masyarakat
jangan dibiar meruntuh muafakat.
Besar bahaya penyakit hati
jiwa kotor hendaklah diubati.
Kalau melihat kesenangan orang
baik berusaha menambah yang kurang.
Kalau gagal dalam persaingan
bangkit semula bermusuh jangan.
Kalau jawatan terlepas di tangan
hormati pengganti kekalkan hubungan.
Kalau ditegur berbuat salah
berfikiran terbuka tangani masalah.
Kalau bercanggah pendapat bicara
bertolak ansur sebaik cara.
Kalau berdengki bermasam muka
semai sikap berbaik sangka.
Kalau berselisih perlu bermaafan
mulia manusia maju ke hadapan.
Kalau berjaya usahlah angkuh
merendah diri berperibadi kukuh.
Kalau dapat dielak dengki
bersih hati mensyukuri rezeki.
Kalau hasad dengki mampu dihapus
bangsa bermaruah takkan pupus.

Ahad, 3 Julai 2011

RECIPES REQUEST INFORMATION!!!

Tempat untuk berkongsi resepi baru! Ingin belajar atau berkongsi resipi baru?

Tempat untuk berkongsi resepi baru! Kini, ramai dikalangan remaja tidak begitu minat dengan aktiviti yang bermanfaat. Bagi mereka, kerja-kerja boleh dilesaikan dengan mengambil pembantu rumah. Namun, sebagai generasi baru kita tidak seharusnya lupa akan aktiviti memasak.
Bukannye susah untuk memasak yang penting kita mencuba.   Banyak resepi2 menarik yang boleh dikongsikan bersama. Nak tahu cara memasak mee karI???Laksa???Sambal sotong???dan macam-macam lagi resepi???? JUst.......

CLICK HERE



Sabtu, 2 Julai 2011

IKAN TIGA RASA

Notis: Tambah nenas lagi sedap

Bahannya
1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
1 labu bawang besar } mayang 
5 ulas bawang putih }mayang
1 inci halia }mayang
7 tangkai cili kecil } mayang
nenas }potong dadu
1 biji tomato}mayang
gaam secukup rasa
Minyak untuk goreng ikan 

Bahan Sos 
½ cawan sos tomato 
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram 
1/2 cawan air perahan asam jawa1 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi}diperah dan ambil jusnya
Bahan Hiasan 
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm] 
2 biji cili merah ] 
2 biji cili hijau ] mayang 
 

Cara  
1. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dan kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan. 
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi. 
3. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan bahan hiasan dan tutup api. 
4. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan. 

 SELAMAT MENCUBA

Jumaat, 1 Julai 2011

Kuih Buah Melaka

Tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut Ramadhan.  Sebelum Ramadhan menjelma saya perlu bersedia mana tau kalau ada hari sibuk x sempat pula nak masak sendiri kan.  Nak beli pun x ada pilihan sangat dah nama pun merantau di tempat orang kan???**hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.jadi, paham2 jer lah** So, saya terpaksa train my maid masak.  Minggu nie jer saya train dia buat beberapa jenis kuih.  For today, I just nak share dengan pembaa-pembaca blog saya cara nak buat kuih buah Melaka.  Ini memang my favourite.




Bahan2
>>200g tepung pulut
>>350ml air daun pandan
>>200g gula melaka
>>100g kelapa parut
>>1/2 sudu garam

Cara Membuat
1.  Campurkan tepung pulut bersama air daun pandan dan pewarna
2.  Uli ramuan sehingga menjadi doh
3.  Hiris gula melaka seperti buah dadu
4.  Masukkan gula melaka ke dalam doh yang telah dibulatkan menjadi kecil
5.  Masukkan ke dalam air yang telah mendidih
6.  Angkat apabila kuih tersebut tibul di permukaan air
7.  Gaul dengan kelapa yang telah dicampur dengan garam

GERENTI JADI!

Sabtu, 25 Jun 2011

PUDING TELUR KARAMEL SPECIAL MAMA MIA

Dipetang berbahagia setelah penat baru pulang dari sekolah sebab ada Hari Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru, teringin pula nak menghadap Puding Telur Karamel nie.  Actually, aku belajar buat nie time school break November-Disember last year daripada chef "Kak Pija" aku panggil dari Pulau Pinang....

Inilah juadah minum petang untuk petang ini
 ... KEKAWAN: Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus

Bahan
>> 6 biji telur
>> 1 tin susu cair
>> 1 mangkuk air
>> 1 cawan gula
>> 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat
1.  Kisar telur dengan susu, tambahkan air dan esen vanilla
2.  Cairkan gula, kemudian tuangkan air gula ke dalam sebuah bekas
3.  Bahan yang telah dikisar tadi dimasukkan ke dalam bekas yang sama, kemudian dikukus
4.  Angkat dan apabila sejuk boleh lah dihidang

ALHAMDULILLAH UNTUK REZEKI PETANG INI.....

Cuba buat sure menjadi punya!!

Sabtu, 4 Jun 2011

Sambal Belacan Mama Mia


SAMBAL BELACAN MAMA MIA

Bahan2

* 7 tangkai cili padi (mesti ganjil ya)
* 10ml perahan air asam jawa
* 1 biji limau kasturi diperah dan diambil jusnya
* 1/4 camca kecil garam
* 1 camca kecil belacan (dibakar dahulu)

Cara Membuat
1. tumbuk cili padi besama garam dan belacan
2. masukkan perahan air asam jawa dan jus limau kasturi
3. Sedia untuk dihidang

KETAM GORENG MAMA MIA














Ini menu favourite anak saya. Boleh dikatakan setiap minggu dia aan request menu nie.  Nasibla aku stay kat Miri tak ler mahal sangat compare dengan harga di Semenanjung. 





Bahan2
* Daun kari
* 1 camca kecil serbuk kari ikan
* 1 camca kecil serbuk kunyit
* 1 batang serai
* garam secukup rasa
* Ketam 1 kg
Cara Membuat
1. Gal jer semua bahan-bahan tu
2. Goreng jer
3. Siap!!!!

KERABU MANGGA MAMA MIA



menu tengahari tadi
Bahan2
* 1 biji mangga putik (mesti yang masam)
* 5 tangkai cili padi (dicincang)
* 1/4 camca kecil garam
* 1 biji buah tomato (di mayang)
* 1 tangkai daun sup 
* 1 biji bawang besar dimayang
* 1 biji limau nipis (perahan jus sahaja)
Cara membuat
1. Masukkan mangga, bawang besar dan tomato ke dalam mangkuk adunan dan gaulkan
2. Campurkan cili padi dan daun sup
3. Letakkan garam dan perahan air limau nipis
4. Siap untuk dihidang

TOMYAM THAI

TOMYAM MAMA MIA

LUNCH semalam nie

Bahan2
* 300g udang sungai
* 1 biji bawang besar (di potong dadu)
* 7 ulas bawang putih (diketuk)
* 10 tangkai cili padi (5 tangkai ditumbuk dan 5 tangkai lagi di mayang)
* 3 biji tomato (2 biji di 'blend' bersama 200ml air dan 1 biji di potong dadu)
* 2 batang serai (diketuk)
* Daun sup or daun bawang (salah satu jer)
* Cendawan
* Sayur jagung
* 1 camca besar minyak masak
* 5 biji perahan jus limau nipis
* 2 helai daun limau purut
* Garam secukup rasa

Cara Membuat
1. Tumis bawang putih dengan minyak masak sehingga naik bau
2. Masukkan serai dan cili yang telah ditumbuk
3. Masukkan 2 biji tomato yang telah di 'blend'. Biar mendidih.
4. Masukkan udang dan garam
5. Selepas 1 minit udang di dalam kuali masukkan cendawan dan sayur jagung.
6. Setelah mendidih masukkan baki cili padi, tomato, daun sup/bawang, bawang besar, jus limau nipis dan daun limau purut.
7. Biarkan seminit dan tutup api.