BERITA BAIK!!!

Memaparkan catatan dengan label Travel and Holidays. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Travel and Holidays. Papar semua catatan

Ahad, 27 Mei 2012

PERCUTIAN 9 HARI 8 MALAM DI SABAH

Well......Cuti datang lagi.....


Siapa yang tak suka cuti kan???


Sesekali-sekala kita perlu cuti panjang juga. Tak kira la cuti kat luar negeri, luar negara, dalam negeri, dalam negara atau cuti kat rumah sahaja. Mungkin sesetengah orang boleh get along dengan harian punya kerja. Ia bergantung kepada bebanan dan juga jenis kerja yang korang buat. Setiap kerja ada stressnya dan bila ada kerja dah tentu ada bebanannya. Orang yang sapu sampah pun ada stressnya yang tersendiri tapi kita rasa kerja sapu sampah tu tak stress. Lain orang lain rasa ok!!!


Well Mama Mia bila cuti jer mula lah gatal tapak kaki nak jalan hahaha..Why not??? Time kita cuti, kita blelah  rehatkan minda dan enjoy bersama keluarga. Sekali-sekala, kita bagi masa kita dengan keluarga dan pasangan. Takkan nak bagi masa dekat pejabat kita bekerja sahaja kan???. Bukankah ikatan kekeluargaan itu lebih penting. Ia membawa sampai ke alam kubur. Mengerti?


Ok la, ape ape pun, kali nie Mama Mia planning bercuti dan relax di depan pantai. Kali nie percutian Mama MIa dengan kawan-kawan pejabat bukan dengan family macam selalu-selalu yang Mama Mia entrykan dalam blog.  Planning Mama Mia ini dihidu oleh beberapa rakan ofis yang serta merta terus nak join.  Reason Mama Mia nak bercuti di depan laut nie sebab dah tentu suasana nyaman dan tiada orang. Tahun 2009 yang lalu dah Mama Mia pernah ke tempat ini memang freedom habis la..bayangkan line telefon pun susah nak dapat.


Cakap pasal Kota Kinabalu...ini adalah kali keenam ok Mama Mia ke sana..kenapa taknye sampai masuk kali keenam sebab dari Miri, Sarawak nie Mama Mia travel guna kereta jer lebih kurang 6 jam perjalanan sampai la Kota Kinabalu tapi last time our journey sampai hot spring RANAU jer..


Oleh kerana ini merupakan cuti 2 minggu dan kebetulan Mama Mia dan keluarga tak pulang ke kampung, maka kami telah memanjangkan langkah terus ke SEMPORNA...kalau dulu ke sana menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines tapi kali nie hajat di hati nak jelajah terus Sabah dengan menggunakan jalan darat.  "Semoga perjalanan kami nanti selamat pergi dan selamat pulang" AMINNNNNNNN.....


Untuk cerita tentang 'my journey' ke sana nanti, pembaca-pembaca blog Mama Mia kena lah tunggu NEXT ENTRY Mama Mia..  Apapun, ini adalah tentatif program perjalanan yang Mama Mia dan kawan2 planning..



Date
Day Of Trip
Masa
Activity
29/5/12
Selasa
6.00 pg
·        Perjalanan Miri ke KK
·        Check in TUNE HOTEL
·        Bowling 1 BORNEO
30/5/12
Rabu
8.00 pg
·        Breakfast
·        Meet Up dengan Pn. Ivy
·        Check out TUNE HOTEL
·        Tour sekitar Bandar KK
·        Check in Courtyard Hotel
·        Pasar Philippines
31/5/12
Khamis
6.30 pg
7.00 pg
·        Breakfast
·        Perjalanan KK ke Semporna
·        Check in Dragon Inn
·        Dinner Kg. Tampi-tampi (Filem Duyung)
1/6/12
Jumaat
7.00 pg
8.00 pg
·        Breakfast
·        Perjalanan Semporna ke Pulau Mabul
·        Check in Scuba Junkie
2/6/12
Sabtu
7.00 pg
8.00 pg
·        Breakfast
·        Snorkeling Mabul Island dan Kapalai
3/6/12
Ahad
4.00 ptg
·        Check out
·        Check in City Inn
4/6/12
Isnin
6.00 pg
7.00 pg
·        Check out
·        Perjalanan Semporna ke Kundasang
·        Check in Seri Kinabalu
5/6/12
Selasa
8.00 pg
3.30 ptg
·        Breakfast
·        Mandi-manda di Hot Spring Ranau
·        Check Out
·        Berjalan di sekitar kaki Gunung Kinabalu
·        Perjalanan Kundasang ke KK
·        Check in Courtyard Hotel
6/6/12
Rabu
9.00 pg
·        Perjalanan KK ke Miri
·        Dinner di Brunei


Jumaat, 2 Mac 2012

Selamat Datang Ke Labuan

Minggu depan sudah mula cuti sekolah.  Semua orang sudah sibuk planning itu planning ini tapi untuk kawan2 yang status GURU jangan lupa tanda exam paper!!!  Cuti kali ini Mama Mia sekeluarga tak balik KL.  Konon2xnya bermimpi siang dan malam tahun nie tahun terakhir lah di Miri so, sebelum "hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri" ingat nak takluk la Sarawak nie dulu.  Reasonnya, terngiang-ngiang di telinga kata kawan2x yang telah "hujan batu di negeri sendiri" konon2x nya nak datang lagi ke Sarawak nie tapi....hampeh tak nampak batang hidung pun.  Yer lah x kata kat orang lah kan, kalau Mama Mia sendiri pun belum tahu bila nak datang lagi.  Terasa rugilah bila dah ada di tempat orang tapi x manfaatkan masa habis-habisan untuk menikmati keindahan di sini nak datang ke sini balik nanti banyak nak di fikir tambah2x soal kewangan kerana tiket kapal terbang ke sini bukannya murah.  Planning Mama Mia sekeluarga macam nak ke Kuching jer.  Bukannya aper kebetulan pasport maid Mama Mia awal tahun next year dah nak tamat tempoh jadi terpaksa renew lah kan..  Difahamkan oleh imegresen Miri minta Mama Mia renew kat kedutaan indonesia di Kuching jer so sambil menyelam minum air lah.  Apa2x pun balik dari Kuching nanti Mama Mia akan update  ok.

Cuti raya Cina yang lepas Mama Mia lupa nak update tentang percutian Mama Mia ke Labuan.  Jadi hari nie Mama Mia akan story morry about Labuan. Pada pendapat Mama Mia Labuan nie memang wonderful place untuk kita pergi bercuti dan tenangkan fikiran kerana di sana tidak di suggestkan untuk shopping kecuali lah kalau ada niat nak beli kain sutera atau coklat.  Lainnya, sudah pasti masa akan dihabiskan bersama keluarga untuk bersantai atau makan.

Menggunakan perkhidmatan feri dari Muara (Brunei) untuk ke Labuan

Nak tahu harga tambang sila klik 


 
 Gambar sekitar jeti Muara

 Mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai ke jeti Labuan.  Penumpang dapat menghilangkan keboringan dalam feri dengan menonton video yang ditayangkan 

 Makanan ada di jual dalam feri ini

 Deluxe room ini dibayar dengan harga ONLY RM 188 sahaja tetapi mestilah mempunyai identiti card "Goverment"

Untuk keterangan lebih lanjut tentang resort nie sila klik sini;


 check in konon2x satu hari jer tiba2x nak balik tiket feri habis.  Nasihat Mama Mia sebelum datang sila beli tiket pergi dan balik terlebih dahulu ok.

 service dalam bilik

 bilik air untuk deluxe room ini

 Inilah gambar luaran resort yang menempatkan deluxe room kami

 Sky Park ini merupakan tempat shopping coklat termurah di Labuan yang kami jumpa.  Untuk keterangan lebih lanjut sila klik;


 Antara koleksi coklat yang ada di Sky Park

 Dalam plastik beg di atas penuh dengan coklat2x yang telah dibeli oleh Mama Mia dan kawan2x.  Jacob tin biscuit dengan keropok twistiest itu diberi percuma setelah bershopping dengan jumlah tertentu

 Swimming pool ini terletak berhadapan dengan pintu deluxe room

 Terumbu warisan merupakan tempat untuk makan ketam

 Selain di Terumbu Warisan Mama Mia suggestkan tempat yang paling x dapat di lupakan untuk makan 'sea food' adalah di "MAWILA RESTAURANT" 

 Bersantai di kolam renang depan pintu bilik

 Kalau dah banyak shopping coklat jangan lupa beli beg ini

 Gambar nie diambil di Muzium Chimney

Serba sedikit tentang Chimney

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.




 Di shoppers' stop ini juga kita boleh shopping coklat, rokok (amaran:ianya merbahayakan kesihatan) dan perfume

 Perfume yang dijual dalam shoppers' stop

 ini merupakan kedai yang menjual kain sutera.  Lokasinya berhampiran dengan kedai shoppers' stop tadi.  Nama kedai Mama Mia lupa lah pulak ^__^

 Beginilah keadaan kereta kita di dalam feri untuk menuju ke Labuan mahupun Muara

Setelah sampai di Muara, penumpang di nasihatkan turun jalan kaki untuk chop pasport ok


Selasa, 14 Februari 2012

From TT Gajah to Miri → Brunei

Geram sangat bila rombongan nie datang time bukan cuti sekolah...rasa semuanya terbatas tambah dengan rasa kasihan sangat n sedih coz x ble bawa mereka jalan sepuas-puasnya. Apapun Mama Mia sekeluarga bersyukur sangat sebab mereka sampai juga ke rumah kami sebelum tamat tempoh hehe. Actually mereka dah planning since 4 years ago tapi baru tahun ini keadaan mengizinkan.

Mama Mia hari2x makan sedap tapai la, pulut seri muka la, cucur udang kuah kacang dan macam2x la. Orang tua-tua x macam kita muda2x nie...mereka berjalan2x ke tempat kita just nak jumpa kita...bermalam di rumah kita n masak2x untuk kita. Pelik kan??? Siapa tetamu sebenarnya nie....hehehe. Kalau kita dah tentu nak makan kat luar n jalan2x kat sekitar kawasan tempat yang dituju kan??

Tapi x de la kejam sangat nak biarkan mereka di rumah jer..we all entertain juga ke beberapa tempat di sekitar Miri nie cuma x de la best sangat sebab banyak tempat yang x pegi kerana beberapa faktor;
  1. Bukan musim cuti sekolah (cikgu x ble apply cuti!!!!)
  2. Rombongan nie x nak makan di luar so masa sangat2x terhad
  3. 3 kategori dalam rombongan nie golongan muda, tua dan sakit2x (susah nak bawa jalan ada tempat2 yang sesuai untuk golongan muda sahaja)
Day 1
Jalan2x sekitar Es planed 


Day 2
Jalan2x sekitar Taman Awam 

Kelakarkan?? Wajah2x penakut naik titi gantung

Day 3
Jalan2x sekitar Muzium Petroleum



Day 4
Jalan2x sekitar Taman Buaya


Day 5
Jalan2x Brunei Darussalam
We all terpaksa jalan kaki ke Bandar Seri Begawan sebab that day merupakan Hari Sambutan Maulidul Rasul so, semua jalan sekitar Bandar Seri Begawan ditutup untuk majlis perarakan tersebut.  Boleh tahan jugalah terpaksa berjalan lebih kurang 1 jam untuk ke Bandar Seri Begawan.  Laluan yang digunakan ialah melewati kawasan "Kampung Air" itu pun diketahui selepas sesi perkenalan dengan seorang pakcik dan beliau minta kita orang follow jer dia.  Apapun memang x rugi la coz ble juga tengok secara real cara kehidupan masyarakat Brunei Darussalam.


Rupa2x nya masyarakat di "kampung Air" tersebut menggunakan perkhidmatan "bot Pancung" sebagai kenderaan awam/harian untuk ke sesuatu destinasi.  Dengan membuat bayaran B$ 30 kepada pemandu bot tersebut, kami sekeluarga di bawa bersiar-siar seluruh kawasan perkampungan "Kampung Air". 


Menurut cerita pemandu "Bot Pancung" ini, batu ini telah di sumpah bezaman-zaman dahulu kala.  Memang sangat2x pelik kerana apabila kami bersiar-siar disekitar kawasan muara ini tiba-tiba ada batu ini ditengah-tengahnya.  Menurut pemandu bot tersebut juga batu tersebut dipercayai tidak pernah tenggelam dan tidak akan tenggelam walaupun air pasang.


Agak kelakar juga kerana ini pengalaman pertama Mama Mia kerana sebelum ni Mama Mia x pernah melihat jejantas dibina di kawasan berhampiran laut.  Jejantas ini dibina bertujuan menghubungkan 2 perkampungan.


Kelakarkan??? Ada stesen minyak dalam laut... Tapi itulah kenyataannya.  Staf Shell hanya melemparkan pump kepada customer (sistem layan diri)


 Seronok melihat perarakan sempena Maulidul Rasul di Brunei Darussalam nie kerana semua anggota polis, tentera dan kaki tangan kerajaan Brunei segak berpakaian lengkap beruniform masing-masing turut sama dalam perarakan tersebut.



Di atas merupakan Masjid Omar 'Ali Saifuddien' . Menurut pengawal masjid ini, kubah masjid tersebut diperbuat daripada emas tulen 24K.  Masjid ini mula dibina pada hari Khamis iaitu 1hb Jemadilakhir 1373 bersamaan dengan 4hb Februari 1954 dengan titah dan di perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan Omar Ali Saifuddin dan pembukaan masjid ini telah dilangsungkan pada hari Jumaat iaitu bersamaan 13 Rabiulawal 1378 (26 September 1958)



Di atas pula merupakan masjid Hassanal Bolkiah dan lokasinya terletak di pekan Tutong. Dibina pada 17hb April 1966 dengan perbelanjaan sebanyak B$ 700,000.00.  Tapak bangunan masjid ini adalah wakaf dua orang hamba Allah, sebahagiannya kepunyaan Awang Abdul Latif bin Khalaf dan sebahagian lagi kepunyaan Awang Mohd Daud Bin Bujang.  Masjid ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Duli Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah pada hari Jumaat 9hb Jamadilawal 1386 bersamaan dengan 26hb Ogos 1966.  Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,000 orang jemaah.   

 Ini merupakan tempat kunjungan terakhir Mama Mia dengan family TT Gajah di Brunei Darussalam.  Jerudong Park ini merupakan playground terbesar di sana.  Pada pendapat Mama Mia ianya tempat yang sangat sesuai untuk semua lapisan umur kerana "Mak Ma" gambar pertama dari kiri juga join permainan2x yang ada di sana.


So, sampai sini dulu entry Mama Mia kali ini........^____^.  

Sabtu, 7 Januari 2012

Singapore-Part 2

Hello....Hai....Ola...Sory semua, baru sekarang berkesempatan nak update blog.  Biasala bila cuti sekolah habis, persekolahan sudah bermula sudah semestinya rutin sebagai seorang guru pun kembali seperti sediakala.  Nak update nie pun terpaksa mengharungi berpuluh traffic hehehe....

However, demi tidak mahu menghampakan pembaca2 blog Mama Mia yang dah lama menantikan Singapore-Part 2 nie, saya redah juga berpuluh traffic tu.

Second day saya di Singapore, saya masih di Sentosa Island sebab dah beli 2 days unlimited ticket for Universal Studio.  Nasib baik saya beli 2 days unlimited ticket kalau tidak menyesal.......

Type Of Ticket
Price
1 days (adult)
SD 74
1 days (child) 3-12 years old
SD 54
2 days (adult)
SD 118
2 days (child)
SD 88

Sementara menantikan Gate Universal Studio tu buka jam 10.00 pagi, saya entertained anak saya dan my nephew di swimming pool Festive Hotel.  Memang best lah suasana di sekitar pool nie dah la cantik jiwa pun rasa tenteramnya.  Ish...kalau la hari2 kat sini..????? Ehm..berangan siiiiiiiiiooooooooottt.






Setelah kesejukan, kami bersiap dan bersiar-siar di Festive Walk.






Jam sudah pukul 10.00 pagi.  Yes!!!! Kami sudah boleh enter Universal Studio gate.
  
Bergambar dengan Woody & Mrs. Woodpecker

Glitzy Show Time

Bersiar-siar di kawasan New York Legend







Perut sudah berbunyi...makan time.  Niat di hati nak menikmati pizza tapi nasib baik.  Kepada yang beragama Islam don’t worry, setiap restaurant dalam Universal Studio sentiasa mengingati kita either restaurant itu halal atau pun tidak.  Sekiranya anda ke sana,  saya ingatkan anda Loui’s Signnature Pizza nie tidak halal yer.

Jadi, perut yang berkeroncong ini diisi di sini sahaja...


Kemudian, saya sekeluarga menuju ke Legend:  Far Far Away.  




Ada 4 attractions di sana;

  • ·         Shrek 4-D Adventure
(saya sudah story dalam Singapore- Part 1 entry)
  • ·         Donkey Live

We can sing along with Shrek’s sidekick Donkey as the hosts this interactive ‘live’ show
  • ·         Enchanted Airways

Pls look up.  We climb aboard this junior roller coaster for a fight over Far Far Away
  • ·         Magic Potion Spin
(Sorry, may be terlalu excited sehingga lupa take picture dengan attraction ni. That a fantastical ferris wheel for children in Fairy Godmother’s Potion Shop)

Legend seterusnya:  Sci-Fi City.  


Juga ada 4 attractions di sana;
  • ·         Battlestar Galactica:CYLON (Blue Track)

This suspended roller coaster goes up, around and upside down with an intense corkscrew and a cobra roll
  • ·         Battlestar Galactica:HUMAN (Red Track)

           (Saya sudah story dalam Singapore-Part 1 entry)

WARNING!!!:  Battlestar Galactica is a high-speed turbulent roller coaster that includes sudden and dramatic acceleration, climbing, lifting and dropping.  Guest should be in good physical health to experience this attraction.
  • ·         Transformers The Rice:The Ultimate 3D Battle

We join Optomus Prime and the Autobots as we become a freedom fighter in the ultimate 3D battle against the forces of evil
  • ·         Accelerator

This attractions test our intergalactic stamina on this whirling twirling attraction

Next destination, Legend: The Lost World.

  • ·         Canopy Flyer
(Saya sudah story dalam Singapore-Part 1 entry)
  • ·         Dino-Soarin


My kid can pilot their own Pteranodon, soaring up into the clear blue sky or down into the cooling shadows


  • ·         WaterWorld

It’s amazing!!! by death-defying feats,awesome explosions and an acean of thrills as giant fireballs explode in the air and a seaplane swoods towards me, skidding across the water to crash explosively just inches away in a finale that will leave us breathless!

Bergambar dengan Princess Fiona & Shrek

With Marty

Legend:Madagascar, ada 2 attractions di sini;

  • ·        Madagascar:  A Crate Adventure

We go on an unforgettable river boat ride with Alex, Marty, Melman and Gloria

  • ·        King Julien’s Beach Party-Go-Round
(Saya sudah story dalam Singapore-Part 1 entry)

With Melman

With Madagascar Boogie

With Hero & Heroin ‘live’ Water World Show

Suasana malam sekitar Legend: New York & Hollywood


With Kungfu PANDA

Jam menunjukkan 9.00 malam.  Itu bermakna gate Universal Studio bila-bila masa sahaja akan tutup.  So, cukup sampai di sini sahaja untuk Singapore-Part 2 punya entry.  Apapun, nantikan Singapore-Part 3 entry saya akan datang. Adios............