BERITA BAIK!!!

Selasa, 14 Februari 2012

From TT Gajah to Miri → Brunei

Geram sangat bila rombongan nie datang time bukan cuti sekolah...rasa semuanya terbatas tambah dengan rasa kasihan sangat n sedih coz x ble bawa mereka jalan sepuas-puasnya. Apapun Mama Mia sekeluarga bersyukur sangat sebab mereka sampai juga ke rumah kami sebelum tamat tempoh hehe. Actually mereka dah planning since 4 years ago tapi baru tahun ini keadaan mengizinkan.

Mama Mia hari2x makan sedap tapai la, pulut seri muka la, cucur udang kuah kacang dan macam2x la. Orang tua-tua x macam kita muda2x nie...mereka berjalan2x ke tempat kita just nak jumpa kita...bermalam di rumah kita n masak2x untuk kita. Pelik kan??? Siapa tetamu sebenarnya nie....hehehe. Kalau kita dah tentu nak makan kat luar n jalan2x kat sekitar kawasan tempat yang dituju kan??

Tapi x de la kejam sangat nak biarkan mereka di rumah jer..we all entertain juga ke beberapa tempat di sekitar Miri nie cuma x de la best sangat sebab banyak tempat yang x pegi kerana beberapa faktor;
  1. Bukan musim cuti sekolah (cikgu x ble apply cuti!!!!)
  2. Rombongan nie x nak makan di luar so masa sangat2x terhad
  3. 3 kategori dalam rombongan nie golongan muda, tua dan sakit2x (susah nak bawa jalan ada tempat2 yang sesuai untuk golongan muda sahaja)
Day 1
Jalan2x sekitar Es planed 


Day 2
Jalan2x sekitar Taman Awam 

Kelakarkan?? Wajah2x penakut naik titi gantung

Day 3
Jalan2x sekitar Muzium Petroleum



Day 4
Jalan2x sekitar Taman Buaya


Day 5
Jalan2x Brunei Darussalam
We all terpaksa jalan kaki ke Bandar Seri Begawan sebab that day merupakan Hari Sambutan Maulidul Rasul so, semua jalan sekitar Bandar Seri Begawan ditutup untuk majlis perarakan tersebut.  Boleh tahan jugalah terpaksa berjalan lebih kurang 1 jam untuk ke Bandar Seri Begawan.  Laluan yang digunakan ialah melewati kawasan "Kampung Air" itu pun diketahui selepas sesi perkenalan dengan seorang pakcik dan beliau minta kita orang follow jer dia.  Apapun memang x rugi la coz ble juga tengok secara real cara kehidupan masyarakat Brunei Darussalam.


Rupa2x nya masyarakat di "kampung Air" tersebut menggunakan perkhidmatan "bot Pancung" sebagai kenderaan awam/harian untuk ke sesuatu destinasi.  Dengan membuat bayaran B$ 30 kepada pemandu bot tersebut, kami sekeluarga di bawa bersiar-siar seluruh kawasan perkampungan "Kampung Air". 


Menurut cerita pemandu "Bot Pancung" ini, batu ini telah di sumpah bezaman-zaman dahulu kala.  Memang sangat2x pelik kerana apabila kami bersiar-siar disekitar kawasan muara ini tiba-tiba ada batu ini ditengah-tengahnya.  Menurut pemandu bot tersebut juga batu tersebut dipercayai tidak pernah tenggelam dan tidak akan tenggelam walaupun air pasang.


Agak kelakar juga kerana ini pengalaman pertama Mama Mia kerana sebelum ni Mama Mia x pernah melihat jejantas dibina di kawasan berhampiran laut.  Jejantas ini dibina bertujuan menghubungkan 2 perkampungan.


Kelakarkan??? Ada stesen minyak dalam laut... Tapi itulah kenyataannya.  Staf Shell hanya melemparkan pump kepada customer (sistem layan diri)


 Seronok melihat perarakan sempena Maulidul Rasul di Brunei Darussalam nie kerana semua anggota polis, tentera dan kaki tangan kerajaan Brunei segak berpakaian lengkap beruniform masing-masing turut sama dalam perarakan tersebut.



Di atas merupakan Masjid Omar 'Ali Saifuddien' . Menurut pengawal masjid ini, kubah masjid tersebut diperbuat daripada emas tulen 24K.  Masjid ini mula dibina pada hari Khamis iaitu 1hb Jemadilakhir 1373 bersamaan dengan 4hb Februari 1954 dengan titah dan di perkenan oleh Duli Yang Maha Mulia Maulana Sultan Omar Ali Saifuddin dan pembukaan masjid ini telah dilangsungkan pada hari Jumaat iaitu bersamaan 13 Rabiulawal 1378 (26 September 1958)



Di atas pula merupakan masjid Hassanal Bolkiah dan lokasinya terletak di pekan Tutong. Dibina pada 17hb April 1966 dengan perbelanjaan sebanyak B$ 700,000.00.  Tapak bangunan masjid ini adalah wakaf dua orang hamba Allah, sebahagiannya kepunyaan Awang Abdul Latif bin Khalaf dan sebahagian lagi kepunyaan Awang Mohd Daud Bin Bujang.  Masjid ini telah dirasmikan oleh Yang Teramat Mulia Paduka Duli Pengiran Muda Mahkota Hassanal Bolkiah pada hari Jumaat 9hb Jamadilawal 1386 bersamaan dengan 26hb Ogos 1966.  Kapasiti masjid ini boleh menampung seramai 1,000 orang jemaah.   

 Ini merupakan tempat kunjungan terakhir Mama Mia dengan family TT Gajah di Brunei Darussalam.  Jerudong Park ini merupakan playground terbesar di sana.  Pada pendapat Mama Mia ianya tempat yang sangat sesuai untuk semua lapisan umur kerana "Mak Ma" gambar pertama dari kiri juga join permainan2x yang ada di sana.


So, sampai sini dulu entry Mama Mia kali ini........^____^.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan