BERITA BAIK!!!

Memaparkan catatan dengan label Open House Celebration. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Open House Celebration. Papar semua catatan

Isnin, 7 November 2011

sALaM AidiLaDHa!!!




Selamat Hari Raya Haji/ Hari Raya Korban/ Hari Raya Aidil Adha
Saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung blog Mama Mia. Semoga kita semua boleh mengunjungi rumah Allah di Haram al-Makki pada tahun-tahun mendatang, insya Allah.
  • LabbaiKa Allahhumma LabbaiK
  • LabbaiKa la syarika laKa LabbaiK
  • Inna al-Hamda wa al-Ni’mata
  • laKa wa al-Mulk la syarika laK
يسرني أن أتقدم لكم بأطيب التهاني والتبريكات بمناسبة حلول عيد الأضحى المبارك ،
سائلاً الله تعالى أن يعيده على الجميع بالخير والصحة والعافية والسلامة
وأن يتقبل منا ومنكم صالح الأعمال ، وأن يديم علينا نعمة الأمن والأمان .
متمنياً لكم ولعوائلكم السعادة والفرح والسرور ..
Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Rindu melihat suasana di atas, tapi apakan daya dah tahun kedua saya sekeluarga tidak dapat menikmati Hari Raya Haji di kampung.  Namun, kami tetap meraikannya bersama sahabat haidai, rakan taulan di Sarawak.  Dah menjadi kewajipan di pagi hari raya makan ketupat dan rendang.  Kalau di kampung sudah semestinya Mak Mertua...Mama yang menyediakannya.  Walaupun tanpa mereka....saya tetap berusaha membuat ketupat digulung dalam daun pisang seperti kebiasaan Mak Mertua lakukan kalau tiada daun PALAS dan menyediakan rendang.  

Hahahaha.....Mak Mertua, menantumu sudah mewarisi resepi 'ketupat balut daun pisang'...Lihatlah hasilnya ;))))))


Ini pula rendang yang dibuat untuk dimakan bersama ketupat.


Alhamdulillah.....saya dapat juga menikmati Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan meriah walaupun tanpa kaum keluarga dan saudara-mara yang lain.  Meriah tak meriah, 2kg ketupat pulut yang dimasak bersama 2 ekor ayam bagi membuat rendang habis dinikmati tetamu yang hadir berhari raya di rumah saya tahun ini.  Semoga rakan-rakan lain yang turut meraikan Hari Raya Aidil Adha tahun ini juga dapat meraikannya dengan meriah dan penuh kegembiraan.....Terima kasih buat semua yang hadir meraikan Hari Raya Haji tahun ini di rumah saya.  Semoga kita dapat bersama-sama lagi meraikannya ditahun-tahun akan datang.

'SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA'


Sabtu, 29 Oktober 2011

Dedikasi Buat Puan Harudillah!!!

MajLis RuMaH TerBukA AidilFiTRi 2011


Firstly, I should wish U my lovely sis, Happy Birthday Datin HARUDILLAH!!! May God bless U and your family and x lupa semoga REZEKI anda bertambah-tambah dan saya dapat sponser ticket from U and your hubby untuk join your open house next year... 2012 sekali lagi.***Wink***Wink*** :)))

Mesti U all tertanya-tanya WHY baru sekarang saya nak cerita tentang open house Hari Raya Aidilfitri dan kenapa tidak last month jer???? Jawapan ikhlas Mama Mia;
  • I memang sengaja nak mention all about on October b'coz, ini cerita tentang my sis punya open house celebration and this story DEDIKASI buat dia la of coz sempena Hari Jadi dia
  • Dah tentu la saya sangat busy and tidak sempat mau upload gambar yang banyak2 nie ke dalam blog saya.

Oklah, straight to the point.....

Kalau bulan Syawal, jangan haraplah kami ada kat rumah…  memang seperti orang mengantuk di sorongkan bantal kalau di jemput makan kat rumah orang… Berbaloi-baloi gak pergi… walaupun penat at least dapat makan sate, roti jala, spegetti, soto, laksa Johor, Nasi Impit, rendang dan macam2 lagi…. di samping tu dapat mengeratkan lagi silaturahim, sambil bergosip2 sikit!!

Setiap minggu pasti ada jemputan lebih 5 buah rumah…minta maaf ya kawan2! For the third week raya tahun nie banyak rumah tak dapat nak pergi….. sebab saya dapat Ticket FREE balik KL from Datin Harudillah and Datuk Mohamad Nazim for open house celebration rumah diorang la hahaha last minute maaaa!! Niat hati saya nak enty fasal rumah terbuka kengkawan semua tetapi kudrat ku tak mengizin kan…

Tapi dalam banyak rumah terbuka tu, saya suka rumah terbuka kakak saya and familynya… santai je makan2 kat sini… tempat duduk selesa dan makanannya pun sedap2…kebetulan bawa kamera saya snap sikit lah gambarnya..and special is yang masak tu memang CHEF dia sendiri. I loving it!!Mcm MC D' pulak.

Let's me introduce Tuan Rumah ...My Lovely Sis


Kakak Sulung and the only kakak I got

Her hubby Datuk Mohamad Nazim

First, kena snap gambar muka 3 budak kecik anak my sis dengan anak saya ler paling excited semasa awal datang sini… walaupun makannya tak seberapa coz sibuk nak main (jarang-jarang jumpa the reason for sure), tapi dapat jamu mata tengok2 orang sekeliling… sampai2 je asyik tengok sana tengok sini… 




MENU

Antara makanan yang disediakan..."Nasi beriani GAM".  Dah lama tak makan nie, dulu waktu aku study kat Batu Pahat sebulan 2 kali dah tentu




semua disediakan oleh katering Datin Harudillah and Datuk Mohamad Nazim!!!

Tuan rumah dah jemput2 suh makan… apa lagi...antara menu2nya..................

menu wajib: kalau tak bukan open house ler namanya

 kuih-muih

Pop chocolate

.. saya serbu "KAMBING GOLEK", my fav… menu nie lah yang paling glamor.  Why I mention menu glamor???? Semua tetamu yang hadir mesti sua tangan bagi camera dengan saya and ask me to take picture mereka dengan kambing ini...


…. Anak dara saya suka sangat makan chocolate marsmallow, nestle ice-cream and ABC…. dalam banyak2 makanan, ni dulu yang dimakannya...biasa la budak2



Untuk makluman semua pembaca blog MAma Mia, we all adik beradik x kira lah Mama, Papa hingga ke anak-anak En. Halim memang suka buat makan-makan and kalau boleh nak bagi orang yang datang ke majlis yang dibuat betul-betul makan...kata orang tua-tua sambil-sambil bersedekah dan kalau kita sering memberi kita akan selalu menerima..senang cerita MURAH REZEKI..

…. antara juadah lain yang dihidangkan .....

lemang

kuih koci

ayam golek


Ikan bakar

Udang bakar yang disajikan bersama BBQ sauce dan black paper sauce

... mula-mula saya ingat sebahagian hidangan kakak  saya tempah ngan catering lain but tekaan saya silap… semua makanan di sini disediakan sendiri oleh tuan rumah seisi keluarga…bersama-sama krew kateringnya fuh!!! giler rajennn!!

Actually, banyak lagi hidangan-hidangan yang lain tapi saya juga busy assist my Sis layan tetamu-tetamu yang hadir hehe...menyibuk juga interframe jadi tuan rumah :))

Antara-tetamu-tetamu yang hadir.....


Tuan rumah bersama teman-teman lama di Universiti dulu
sedara-mara

sedara-mara

Handsome boy dari kanan yang tengah masukkan sudu dalam mulut tu anak tuan rumah dengan kawan2 nya

tengah dukung anak tu AINA anak tuan rumah idola Qistina Damia nak jadi champion macam kakak AINA 'swimming'

Orang kuat 'katering'!!! Jangan marah kak MUN

Ni..anak kak mun, terlebih senyum sebab terlebih excited coz pertama kali tengok popia goreng

Yang atas nie of coz la saya dengan my beloved hubby

Yang pakai kaca mata tu my BIRAS lah dengan anak-anak dia

Anyway thanks ya kakak n beloved abang ipar coz menjemput kami sekeluarga datang menjamu selera…bukan setakat makan free tapi ticket pegi balik pun free pun ditaja.. tengkiu…. sume makanan sedap2… next time jemput lagi ye….dengan free ticket lagi boleh kita togeder-geder!!!
Apa-apapun my lovely Sister....ini bukan hadiah birthday kamu untuk tahun ini, ini hanya sebahagiannya sahaja hahahah......

P/S :  Kepada yang hadir tetapi tiada gambar di sini 'I'm sorry!!!' Bukan sengaja tak nak upload tetapi banyak sangat gambar nak kena select.(Wa tiada masa woooooo)  Maybe tahun depan saya upload ok.