KOLESTEROL BERLEBIHAN???MAHU MENGHINDARI???
Actually, Mama Mia nie bukanlah arif sangat tentang topik kesihatan nie. Tapi lately nie Mama Mia memang suka membaca article2 yang berkaitan dengan masalah kesihatan nie. Apa salahnya jika Mama Mia berkongsi dengan semua pembaca2 blog Mama Mia nie kan. So, health topic for today is all abaut "kolesterol".
*Kolesterol* merupakan lemak di dalam tubuh. Kolesterol dalam darah yang bertompok pada dinding pembuluh darah akan mengakibatkan tersumbatnya peredaran darah kerana penyempitan pembuluh darah. Tompokan kolesterol tersebut juga dikenali sebagai *karat lemak*. Jika tompokan karat tersebut semakin bertambah, secara automatik peredaran darah akan terganggu dan menyebabkan bekalan makanan dan oksigen yang ada dalam darah ke seluruh organ tubuh tidak mencukupi. Sekiranya hal tersebut berlaku secara terus menerus tekanan darah akan meningkat dan jantung akan bekerja keras untuk mengepam darah.
Tahap kolesterol dalam darah jika dibiarkan berada lebih tinggi daripada tahap normal, boleh menyebabkan lemak akan terus bertambah sehingga 2% setiap tahun. Ketebalan karat lemak jika berlarutan sehingga membesar menjadi 50% akan menyebabkan sakit dada disebabkan karat lemak tersebut tersumbat di pembuluh koronari jantung. Idealnya nilai kolesterol yang ada dalam darah anda mestilah kurang daripada 200mg/dl darah, jika nilai anda lebih daripada itu sehingga lebih daripada 240mg/dl darah anda harus berhati-hati kerana berisiko tinggi untuk mengalami penyakit gangguan pembuluh darah. Tidak mustahil anda berisiko diserang penyakit jantung, hipertensi diabetes, dan mati muda kerana serangan penyakit jantung.
Pesanan daripada Mama Mia "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI". OLEH ITU ADA BEBERAPA TIPS YANG BOLEH DIKONGSIKAN BERSAMA UNTUK MENCEGAH KOLESTEROL BERLEBIHAN DALAM DARAH ANDA:
- Amalkan pola makan yang sihat dan zat yang seimbang
- Gantikan susu cair dengan skim atau susu tanpa lemak
- Gantikan lemak tepu dengan minyak sayuran cair
- Gantikan mentega dengan marjerin
- Kurangkan ambilan daging, telur, dan produk tenusu
- Banyak ambil buah-buahan, sayur-sayuran, roti gandum, bijirin dan buncis
- Kurangkan makan kuih-kuih kering, makanan berminyak dan membatasi pengambilan makanan ringan
- Banyakkan pengambilan serat yang larut air seperti gandum, kekacang dan buah-buahan
- Kurangkan pengambilan alkohol, karbohidrat, dan lemak tepu dalam makanan
- Banyakkan pengambilan ikan
- Pengambilan kacang soya seperti susu soya, tahu dan tempe
- Senaman secara teratur sesuai dengan usia dan kemampuan
- Mengekalkan berat badan ideal anda
Semoga pembaca2 blog Mama Mia mendapat banyak faedah yang berguna melalui tips yang telah Mama Mia kongsikan bersama. Ingatlah pesanan Mama Mia bahawa "MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI"
KANSER SERVIKS DAN CARA PENCEGAHAN
Topik ini saya ingin kongsikan bersama kerana MAMA saya adalah penderita kepada penyakit ini. Semoga topik ini bermanfaat kepada pembaca dalam mencari second opinion untuk mengatasi masalah ini.
Kanser Serviks sebenarnya ialah istilah *kanser pangkal rahim*. Faktor utama penyebab kanser serviks ialah virus HPV (Human Papilloma Virus). Virus in akan menyerang orang yang melakukan aktiviti berisiko tinggi.
Faktor Risiko
1. Mulai aktif melakukan hubungan seksual pada usia muda
2. Sering bertukar-tukar pasangan
3. Aktiviti kelamin yang aktif tersebut membuat individu yang besangkutan sering mengalami jangkitan kelamin
4. Melahirkan ramai anak
5. Perokok wanita berisiko 2 kali ganda lebih tinggi untuk mengalami kanser daripada wanita yang tidak merokok
6. Kurang pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan terutama yang mengandungi vitamin C dan A, serta beberapa mineral penting lainnya yang merupakan sumber antioksidan yang mampu mencerna aktiviti sel kanser di dalam sel tubuh
Gejala Kanser Serviks
1. Keputihan dan timbul bau, dengan cairan cair bewarna coklat atau pink, mengandungi darah
2. Kitaran haid tidak normal (lebih lama dan lebih banyak)
3. Pendarahan selepas menopause
4. Merasa sakit ketika bersetubuh dan berlaku pendarahan
5. Pada tahap selanjutnya, terjadi rasa sakit pada tulang pinggul dan tulang belakang
6. Terjadi pendarahan yang mirip dengan air cucian daging dan berbau hamis
7. Aktiviti membuang air besar dan air kecil terganggu
8. Hilangnya nafsu makan dan berat badan menurun
9. Terjadi perbengkaka pada kaki
10.Keluarnya najis menyertai urine melalui vagina