BERITA BAIK!!!

Memaparkan catatan dengan label Celebrities and Gossips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Celebrities and Gossips. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Julai 2011

Lisa Surihani bercinta dengan YUSRY KRU?


Yusry memang handsome kan???Yusry KRU bukan saja menjadi kegilaan peminat wanita tetapi juga sering dikaitkan dengan ramai artis wanita. Yusry sebelum ini pernah hangat digosipkan bercinta dengan aktres jelita, Maya Karin kerana sering menghadiri majlis pratonton teater dan filem bersama-sama hingga menjadi bualan ramai.
Selepas itu, nama Yusry pernah dikaitkan pula dengan pelakon seksi, Kilafairy yang juga anak penyanyi Rohana Jalil. Hubungan mereka dikatakan rapat kerana Kilafairy berlakon dalam filem seram arahan Yusry, Karak. Terbaru, Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula.
Di bawah merupakan keratan dari ruangan SOSEH SOSEH, Harian Metro RABU 20 APRIL 2011 tentang gosip terbaru Yusry dan Lisa Surihani.
‘Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya. Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta. Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.’   
Apapun mereka berdua dah declare dalam rancangan MELODI kan????**so, betul lah tu ok???**

sumber : http://www.artis.my/2011/04/yusry-kru-bercinta-dengan-lisa-surihani.html

Ahad, 26 Jun 2011

NORA ELENA SLOT AKASIA TV3



Sinopsis Nora Elena
Nora Elena ialah kisah seorang  gadis  yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.


Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. Mesti ada banyak babak romantik dan mencairkan hati semua penonton..hehe!! Watak Seth dipegang oleh Aaron Aziz ni yang macho dan hensem kena memikat hati Siti Saleha watak Nora elena tu. Macam mana ye…ada yang tak sabaq sabaq ka nak tengok Nora Elena. Seperti biasa Akasia jam 7 petang, tv3 (Isnin – Khamis)


Pelakon lain dalam Nora Elena: Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira, dan Shah Iskandar sebagai Malik.


Nuriz tak pernah baca novel ni tapi dari sinopsis cerita ni dah boleh bayangkan dah macam mana jalan cerita dalam drama ni pasti menarik macam novel ni jugak.  Watak Nora Elena digambarkan seorang yang ayu dan cantik telah mencairkan hati lelaki. Watak Seth sebagai hero pulak seorang yang hensem, penyayang dan berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta sucinya. Teruja le nak tengok hehe!!

UNTUK MENONTON????

Episod 1
Episod 2 part 1
Episod 2 part 2
Episod 2 part 3
Episod 3 part 1
Episod 3 part 2
Episod 3 part 3
Episod 4 part 1
Episod 4 part 2
Episod 4 part 3

Episod 6 part 1

Khamis, 9 Jun 2011

MAJIKAN TERANIAYA ORANG GAJI LARI


BAGAI ada yang tidak kena apabila memperkatakan mengenai pembantu rumah yang lari daripada majikan. Bahkan sudah terang lagi bersuluh, bagaikan ada satu pakatan antara agensi dan pembantu rumah untuk mengenakan majikan demi mengaut keuntungan.
Jelas sekali ada sindiket yang menyediakan ‘laluan’ untuk pembantu rumah melarikan diri selepas majikan mengeluarkan ribuan ringgit untuk mendapatkan khidmat pembantu rumah daripada ejen. Jika tidak, masakan begitu mudah pembantu rumah yang rata-ratanya datang daripada Indonesia sebatang kara dan tidak tahu selok belok negara ini, boleh begitu berani melarikan diri keluar daripada rumah majikan?
Justeru, tidak keterlaluan jika dikatakan mungkin ada pihak yang sudah menanti untuk ‘menjemput’ mereka lalu ditawarkan sebagai pembantu rumah kepada majikan lain. Apa yang pasti, sindiket dan ejen adalah pihak yang paling banyak mengaut keuntungan, manakala majikan juga yang terpaksa menanggung segala kos dan lebih menyedihkan didenda gara-gara pembantu rumah melarikan diri sendiri tanpa dipaksa.
Penasihat Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Prof Datuk Hamdan Adnan, berkata peraturan baru yang lebih tegas dan adil perlu diwujudkan demi membela nasib majikan yang selalunya teraniaya.
“Buat masa ini, tiada peraturan khusus yang jelas untuk memastikan keadilan ditegakkan untuk majikan. Peraturan baru perlu diwujudkan bagi melindungi majikan, pembantu rumah dan ejen. Kita kasihankan majikan yang terpaksa menanggung kos seperti denda akibat pembantu rumah yang melarikan diri.
“Lebih teruk, sudahlah mereka kerugian kos sekurang-kurangnya RM5,000 ketika mendapatkan pembantu rumah ini, jika ingin mendapatkan pembantu baru, terpaksa lagi mengeluarkan wang dalam jumlah yang sama. Ini sudah tentu tidak adil sekali untuk majikan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Ketika ini, majikan yang berhadapan dengan masalah pembantu rumah lari, mereka perlu membayar denda RM250 kepada pihak Imigresen jika ingin membuat permit bagi mendapat pembantu baru.
Selain kewangan, majikan juga berhadapan dengan masalah cuti apabila terpaksa menunggu tempoh yang lama untuk mendapatkan pembantu rumah baru. Beruntunglah jika pihak atasan di pejabat memahami dan sanggup meluluskan cuti yang lama, tetapi jika tidak pasti memeningkan kepala memikirkan siapa hendak menjaga anak ketika pergi bekerja.
“Imigresen perlu menimbangkan untuk tidak mengenakan denda kepada majikan jika didapati pembantu rumah lari tanpa sebab munasabah. Peraturan baru ini juga perlu tegas dengan menarik balik lesen ejen terbabit kerana gagal menyediakan perkhidmatan terbaik, manakala pembantu rumah yang lari tadi tidak boleh dibenarkan masuk ke negara ini lagi atau disenarai hitam.
“Jika ini tidak dilakukan, kitar semula pembantu rumah akan berlaku seperti hari ini yang mana mereka lari dan ditawarkan semula kepada majikan lain dan sudah tentu mereka akan lari semula. Akibatnya ramai majikan yang akan menjadi mangsa,” katanya.
Beliau berkata, bagi menangani masalah itu ejen sepatutnya bersikap lebih bertanggung jawab mengenal pasti latar belakang pembantu yang bakal ditawarkan kepada majikan agar tidak timbul masalah pada kemudian hari.
“Patutnya sedari awal pihak ejen sudah tahu apa masalah yang dihadapi pembantu rumah yang bakal bekerja di negara ini. Majikan juga berhak mengetahui latar belakang pembantu rumah yang bakal digaji agar mereka tidak berasa tertipu oleh pelbagai faktor seperti yang berlaku hari ini,” katanya.
Dianggarkan 300,000 pembantu rumah dari Indonesia di negara ini melarikan diri atas pelbagai alasan seperti majikan cerewet, tidak bertimbang rasa dan bertolak ansur, tidak bertanggungjawab atau majikan menyeksa dari segi mental dan fizikal. Mereka berasakan tidak selesa dan mahu melarikan diri.
Sesetengah agensinya menukar maklumat pembantu rumah seperti usia, penyakit dan ada menghidapi penyakit mental.
Persoalannya, mengapa majikan yang perlu menjadi mangsa? Sebagai pengguna perkhidmatan yang ditawarkan, majikan berhak mendapat yang terbaik. Bagaimanapun, hak majikan langsung tidak dipertimbangkan malah dipermain-mainkan.

cakap pasal bab ni..saya dah ''penat'' 

betula tu org ckp "luck"
betula tu org cakap layan macam ''orang''
berapa kerat sangat la yg layan bukan mcm ''org''
ramai sangat kah yg x gheti nak layan sampai x pernah habisnya masalah maid ni?

jadi kesimpulan la ikut je la rentak mereka..nak sound depa, sound je la mcm biasa..
dah sound n sound n sound, tp buat gak la..
kita je la buat sendiri..habis cerita..

1001 masalah kat depa ni..bukan kat depa, kita jugak ni..
susah nak deal ngan org yg x berprofessional..kita harapkan persefahaman, kita didik persefahaman ngan elok..dia buat jugak...
nak kata lembu tp manusia..gheti makan, solat x pernah tinggal..apa2 je lah


Petua untuk kekal lama???? 
tak ada exact ptua la utk maid agar kekal lama
its all about luck...
ada yg maid ok, majikan yg kiosk
ada yg majikan ok, maid yg kiosk...

ada yg datang tulus nak bekerja,
ada yg datang sekadar nak get away
dan mencuba cuba gitu...

basically, mereka datang mencari kerja kat sini
dgn berbagai2 harapan dan idea...

majoriti yang problem dah tentu maid indon kan...

kalau pinoy, or nepalese, or vietnamese and kemboja
jarang jgak kedengaran lari lari ni
rare case bak kata orang...
and mind nak ambil diorang tu mahai..

kenapa dia lari susah nak kata sebabnya, kekadang dia bosan dgn kerja rumahtangga n malas nak layan kerenah anak. Macam maid saya yang lama, slps hampir dua tahun bekerja dgn saya, dia dapat boyfriend n lari, sedangkan masa tu saya baru renew permit kerja dia...memang sangat sakit hati, kita layan dia dah cukup baik, anak sorang, every weeks bawa dia keluar jalan, masak pun sekadar utk dia n anak saya jer makan tu pun time saya kerja, malam saya yg masak...
mentality maid ni kekadang susah kita nak jangka. layan baik pun salah, layan teruk pun lagi la cepat dia lari.

Cuma kekadang kita sebagai majikan jangan terlalu berkira dan cerewet dgn kerja2 rumah. Bila masa masak suruh dia tolong kat dapur sekali dan ambil la kesempatan sembang2 dgn dia. 1 hari kat rumah dgn kerja rumah dan kerenah anak2 memang sebenarnya amat memenatkan dan maid ni bangun pagi buat kerja rumah n sampai majikan balik kerja n majikan siap makan.

ada part yang kita boleh bagi muka, ada part yg kita kena berani tegur dan cakap dgn mereka. Jangan kita lak yg takut2 nak tegur n bagitau mereka, supaya apa2 kesilapan atau yg tak kena pada kita, maid ni tau dari awal...bila dah jadi kebiasaan dia, kita nak ubah semula susah la jadinya.



ALHAMDULILLAH....maid saya yang baru nie takde la menyakitkan hati lagi......:-)))))