BERITA BAIK!!!

Memaparkan catatan dengan label Book and Magazines. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Book and Magazines. Papar semua catatan

Sabtu, 24 Mac 2012

POPULAR BOOK FAIR (U make me crazy :)))

Hari ni sangat-sangat best shopping buku dekat POPULAR BOOK FAIR, Bintang Mega Mall, Miri...bayangkan Mama Mia yang sejak kawin sudah 'kureng membaca' ni tetiba je gila baca buku...hahaha...Mama Mia tak dapat nak kata ape dah,sebab Mama Mia rasa interested gila dengan benda ni...sebenarnya agak lama jugak dah Mama Mia tinggalkan hobi gila membaca novel nie...kalau dulu masa kat 'U' boleh dikatakan siang malam berkepit dengan novel sejak kawin  Mama Mia  hanya baca buku x kisah la buku ilmiah atau novel bila  Mama Mia  tension ja tapi hobi  Mama Mia  nie come back sejak cuti November 2011 yang lepas.  (Ini gara2x terbaca salah sebuah novel kepunyaan kakak Mama Mia masa Mama Mia lepak kat rumah dia.  Kakak Mama Mia nie juga penggemar novel lebih tepat *HANTU NOVEL* tak tau berapa ratus novel yang memenuhi kabinet buku rumah dia.)  Mama Mia  gila beli buku novel nie kembali sejak Disember 2011 lepas nih. Bukan jer Mama Mia beli kat kedai2x buku tapi shopping online melalui laman web 



Pantang Mama Mia duduk di sofa or baring di atas katil mesti Mama Mia pegang novel punya.  Jadi curi masa membaca sambil tunggu husband, tunggu anak swimming class, sambil lepak2x dengan anak. Kalau kat rumah Mama Mia ni, buku ada di mana2x.. atas meja, bawah meja, dalam kotak, tepi dinding…maklumlah ditambah pulak kerjaya suami isteri nie CIKGU kan??? heheh (^__^) Bila husband bising, Mama Mia kata “Alah takpelah, senang nak baca anytime”. Hehe.  Itu kalau husband bising tapi kalau Mama Mia sendiri bising??Biasa lah guru ERT mana suka rumah sepah2x nie.


Walau bagaimanapun, Mama Mia suka dengan hobi nie.. membaca dan menghabiskan duit beli buku. Rasanya habit Mama Mia nie dah turun kepada Qistina Damia (anak Mama Mia) sebab mana2x nak pergi dah pasti dia nak shopping buku :))   Apa pun, ia sangat berbaloi, walaupun kadang2 cuma sempat skim dan scan saja. Yang penting dapat isinya.
Tapi kadang2x Mama Mia rasa  Mama Mia  ni bukan ulat buku (read: suka baca buku) tapi gila buku (read : suka beli dan tengok buku) sebabnya masih belambak buku2x yang telah Mama Mia beli tapi belum pun sempat membacanya.. Kalau keluar jalan2x  Mama Mia mesti nak lalu depan kedai buku. Rasa tak senang hati kalau lalu saja tapi tak masuk...dan tangan nie gatal jer nak beli buku walaupun bukan novel.
Namun begitu, Mama Mia ada beberapa specific author yang Mama Mia suka. Asalkan nampak jer dia penulisnya dah pasti Mama Mia akan beli.  Antaranya Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Fauziah Ashari, Sharifah Abu Salem, Anis Ayuni, Sha ibrahim dan ....... Tapi penulis2x lain pun Mama Mia bedal jugak asalkan ceritanya menarik..siapa penulis x lah begitu penting...yang penting tu isinya

Hari nie x pasal2x  Mama Mia borong sebeban..huhu...Tadi,  Mama Mia pergi Parkson kat Bintang Mega Mall Miri konon2xnya nak menghabiskan masa berdua dengan encik suami tercinta. Ops mana qistina???? hehehe hari nie Auntie YAYA day out dengan dia. Di kesempatan yang jarang-jarang macam nie  Mama Mia keluar date la ngan encik suami. Kebetulan di sana ternampak pula......
Banyak gila buku dia yang on sale.....tension gile  Mama Mia nak pilih...serius semua author best-best..yang best seller tu tak payah cakap la...berlambak,tapi lastly  Mama Mia beli......

Sebenarnya, ada di antara novel2x yang  Mama Mia beli nie  Mama Mia  dah baca dan pernah memilikinya masa  Mama Mia di 'U' dulu tapi akibat bencana alam yang berlaku pada tahun 2009, buku2x tu x sempat di selamatkan oleh parents  Mama Mia kat kampung. 4 kotak besar jugalah koleksi novel Mama Mia  tu ditenggelami air. Oleh kerana cerita2x tu sangat best  Mama Mia beli lagi sekali sebagai koleksi. Harga????? serius murah.. sebab today  Mama Mia dapat discount 40% untuk novel2x tu selain discount 20% yang diberikan oleh Popular sebagai pemegang kad ahli  Mama Mia juga ada voucher tambahan 20%.  Buku untuk kanak2x, Mama Mia dapat discount 90% (70% + 20%) Bayangkan usual price  semua tu actually RM281.90 tapi after discount  Mama Mia just paid RM151.55. Gila x? Less sampai RM130.35...so,kalau korang nak beli...esok last date...tapi jangan risau sangat lah...every years ade....Book Fair nie, cuma maybe title2x buku tu la yang x sama lagi. 

HHHHHHHHHuuuhhhhhhhhh.... (mengeluh la pulak) ntah bila la  Mama Mia dapat habis baca buku2x nie... Mama Mia pun x tau. Kerja sekolah yang belambak2x tu pun  Mama Mia x tau bila nak habis buat.


So, how about you? Do you have something you crazy about? Wah, speaking pulak :)))

Sabtu, 3 Mac 2012

Kenaikan gaji mungkin mufliskan Malaysia


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah  mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.

mahathir ebook launching 091211 02Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.
jika.

“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan.

“Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu.

“Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut  yang kecil.

"Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain,” katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk "Gaji Minimum".
Gaji minimum

Dr Mahathir  juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.
NONEPada 24 Februari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.

Menurut menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, tindakan itu akan menyaksikan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.

Menurur Dr Mahathir,  Malaysia boleh menjadi  muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.

azlan"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya.

Menurutnya, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka.

"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.

"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.
Tidak baik
Dr Mahathir juga membidas pentadbiran selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaWalaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan gaji.

“Pernah seorang perdana menteri, pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat sehingga 25 peratus.

Lazimnya, peningkatan adalah hanya kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan pembangunan,” katanya.

Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia. 






Ahad, 19 Februari 2012

KoNSep 5K daLaM PLaNNinG BeRuMaH TanGGa

Dari sudut pandangan masyarakat Cina, tahun 2012 merupakan tahun naga air yang membawa banyak kebaikan dan rezeki. Tahun naga dianggap sebagai tahun yang paling bertuah di dalam kalendar masyarakat Cina. Naga merupakan makluk mistik yang membawa simbol kepada karisma, semangat dan juga kuasa.
Itu dari sudut pandangan masyarakat Cina lah kan tapi bagi Mama Mia berbangsa Melayu nie ntah kenapa Tahun 2012= Tahun Naga Air nie macam merupakan tahun malang sangat2x kerana banyak perkara yang berlaku agak tidak baik bermula seawal Januari 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang betul2x membuatkan Mama Mia S.T.R.E.S.S
Mama Mia if s.t.r.e.s.s, Mama Mia memang suka baca buku motivasi or novel. Lately nie, Mama Mia mengalami masalah tidak boleh tidur sampaikan kadang2x terpaksa mengambil pil tidur (x ble amalkan selalu..no good!!!). Hasil daripada pembacaan Mama Mia terjumpa satu article yang ble Mama Mia boleh kongsikan dengan pembaca-pembaca blog Mama Mia semua. It is about “Konsep 5K dalam planning berumah tangga”. Sebenarnya article nie not usefull lagi untuk Mama Mia tapi agak menarik sebenarnya bagi mereka yang belum berumah tangga membaca dan mendalami maksudnya.
Dalam memilih pasangan, Rasulullah SAW telah memperkenalkan konsep '5K' iaitu KENAL, KELAS, KUFU, KASIH dan KAHWIN.

KENAL :
Kita disuruh mengenali pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal sahaja, tetapi termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Mungkin memang sudah lama kenal tetapi adalah perlu masa lebih untuk mengenali contohnya kesukaan dan kebencian pasangan agar kelak dapat menyenangkan hati pasangan dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak disukai pasangan.
KELAS :
Kelas yang baik pula bermakna golongan yang mengamalkan ajaran agama dan menjaga akhlak. Dengan adanya kefahaman dan penghayatan agama, mereka akan menghormati pertalian pernikahan
KUFU :
Kebendaan atau keturunan (ada yang sangat2x menitik beratkan soal ini dan ada juga yang bersahaja)
KASIH :
Sesungguhnya perlu wujud rasa kasih sebelum berkahwin.  Contohnya, petunjuk yang manis untuk permulaan atau perhubungan iaitu direstui keluarga kedua-dua belah pihak
KAHWIN :
Ibadah yang disyariatkan oleh Islam.


Isnin, 26 September 2011

Nasihat Buat Si "GADIS"

Rasulullah SAW pernah bersabda, "AKAN DATANG WAKTUNYA UMATKU AKAN MENCINTA LIMA DAN LUPA KEPADA YANG LIMA":


# Mereka cinta kepada dunia.  Tetapi mereka lupa kepada AKHIRAT
# Mereka cinta kepada harta benda.  Tetapi mereka lupa kepada HISAB
# Mereka cinta kepada makhluk.  Tetapi mereka lupa kepada AL-KHALIQ
# Mereka cinta kepada dosa.  Tetapi mereka lupa untuk BERTAUBAT
# Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah.  Tetapi mereka lupa kepada KUBUR


Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; ALLAH mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahuinya-Surah Al-Baqarah, ayat 216


Nasihat Malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad:
"Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, tetapi sesungguhnya engkau pasti akan mati.  Berbuatlah sesukamu, sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu itu.  Cintailah siapa sahaja yang engkau kehendaki, tetapi sesunguhnya engkau pasti berpisah dengannya.  Ketahuilah bahawa kemuliaan seseorang mukmin itu kerana solat malamnya, dan kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia"

Khamis, 7 Julai 2011

Bayi lelaki maut tersedak susu

JOHOR BAHRU – Seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut dipercayai tersedak susu di Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di Pasir Gudang di sini semalam.
Muhammad Daniel Haziq Mohd. Farid disahkan meninggal dunia sebaik tiba di sebuah klinik swasta kira-kira 50 meter dari taska tersebut.
Seorang pengasuh yang enggan dikenali berkata, kejadian pada pukul 9.30 pagi itu disedari oleh seorang pembantu ketika mahu memandikan Muhammad Daniel yang sedang tidur selepas meminum susu.
Sementara itu, ibu mangsa, Azura Hani Hamdan, 33, mendakwa, dia mengetahui kejadian itu pada pukul 10 pagi selepas rakan-rakannya memaklumkan seorang bayi dari taska berkenaan dihantar ke klinik.
Pensyarah di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang itu kemudian mengambil keputusan pergi ke taska tersebut bagi mengetahui perkara sebenar.
KOmen Mama Mia:
Nowadays, macam2 boleh jadi.  When be like that, barulah nak menunding jari kepada orang itu, orang ini dan macam2 lagi lah.  Sure la kan, takkan nak tunding jari ke diri sendiri.  Kesian baby tu baru 4 bulan...itulah ketentuan tuhan kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukan.  Tuhan lebih sayangkan dia jadi kita hambanya sebagai seorang Islam kenalah terima Qada' dan Qadar tuhan.  Tak payah nak tunding jari sana sini buat letih jer.  Apa pun saya tahu **berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul** dan ** orang cakap memang senang tapi orang yang melaluinya????**
Apapun saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham...cerita nie sama macam nasib yang menimpa  anak kawan saya beberapa tahun yang lepas.  Apapun sebagai seorang Islam mesti ingat
RUKUN IMAN
Dari segi bahasa iman membawa maksud percaya, yakin dan membenarkan.  Kepercayaan yang terbitnya daripada hati iaitu mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa apa yang dibawa oleh Rasullullah SAW adalah benar dan datangnya daripada Allah SWT
1. PERCAYA KEPADA ALLAH
Mempercayai dengan penuh keyakinan bahawa Allah SWT yang mencipta alam ini dan Dialah Tuhan yang behak disembah dan ditujukan segala pergantungan hidup.
2. PERCAYA KEPADA MALAIKAT
Mempercayai bahawa Allah SWT mempunyai persuruh-persuruh yang sentiasa patuh dan taat menjalankan segala titah perintahNya.  Mereka itulah yang disebut malaikat yang bukan manusia dan bukan binatang.
3. PERCAYA KEPADA KITAB
Kitab adalah unang-undang dasar yang dijadikan pedoman atau pengajaran kepada manusia yan henak dipimpin. Kitab diberikan kepada para rasul utusan Allah.  Tetapi bagi rasulrasul yan tiak mempunyai kitab, wajib bagi mereka menikut dasar kitab yang terdahulu daripadanya.
4. PERCAYA KEPADA RASUL
Allah SWT mewajibkan atas setiap orang Islam supaya beriman kepada semua rasul yang telah diutuskan oleh Nya tanpa membeza-bezakan antara seorang rasul dengan rasul yang lain.
5. PERCAYA KEPADA HARI KIAMAT
Antara perkara-perkara yang berhubung dengan hari kiamat adalah bertolak daripada kepercayaan kepada adanya  mati, pembalasan alam kubur, azab atau nikmat, hari kebangkitan, padang mahsyar, meniti titian "sirat", syurga dan neraka
6. PERCAYA KEPADA QADA' DAN QADAR
Qada' beerti kejadian, hukum yang terjadi dan berlaku pada diri seseorang seperti kaya, miskin, elok, buruk, untung, rugi, hidup, mati dan sebagainya.  Qadar pula beerti ukuran da sukatan yang ditentukan atas tiap-tiap makhluk

Khamis, 30 Jun 2011

Suami GIGIT kemaluan isteri??? Macam-macam ada

"Macam-macam ada".  Dunia sekarang ni macam-macam perkara pelik dan tak diduga berlaku.  Selepas membaca artikel ini siapa yang harus dipersalahkan????Yang menjadi persoalannya sekiranya si isteri menolak ajakan suami tanpa sebab yang munasabah atau memudaratkan diri sendiri SALAH ke TAK?  Cuba tanya diri sendiri???

Dituduh gigit kemaluan isteri

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.
Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:
"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."
Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Rabu, 29 Jun 2011

Pelajar cedera dakwa di BELASAH 6 orang GURU????

Macam biasa, balik jer dari sekolah saya akan buka internet baca *paper*.  Nak beli sure habis punya sebab pukul 5.00 petang baru sampai rumah. Mata tertancap pada berita paling terkini di situ, “Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru” dikarang Oleh Zulkifli Manzor.[Artikel asal di sini]

Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru






LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan 
enam guru dalam kedudukan bersujud.




HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu. Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.
Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam. Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu. Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.
Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.
"Betul ke kejadian nie berlaku????macam x logik jer.  Musim tryal exam ke sekarang nie???? macam x logik jer???bukan mid year exam ker yang baru lepas??? semuanya question mark????"

MAHALNYA!!! Harga ayam naik RM1.00 sekilo???

Harga ayam naik RM1 sekilo

NAIK...peniaga di Pasar Chow Kit menjual ayam RM8 sekilogram.

NAIK...peniaga di Pasar Chow Kit menjual ayam RM8 sekilogram.
KUALA LUMPUR: Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan
keperluan di beberapapasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama
barangan mentah di pasar khususnya ikan
dan ayam.
Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen
hingga RM1 sekilogram yangdijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram
berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6
sekilogram meningkatsehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12
sekilogram sejak tiga hari lalu.

Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu
lalu dengan kenaikan20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima
pelbagai rungutan daripada pembeli.

“Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan
harga kami terpaksamenjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang
keuntungan sedikit.

“Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan
daripada pembeli jikaberlaku keadaan sedemikian,” katanya.


Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana
sedia maklum bahanmentah berkenaan barangan kawalan.

Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan
kenaikan beberapajenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua
kali ganda daripada harga sebelum ini.

“Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak
menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga
ikan naik.

“Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat
kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan
semasa,” katanya.

sumber:  http://www.hmetro.com.my/articles/HargaayamnaikRM1sekilo/Article

Selasa, 28 Jun 2011

Guru nyaris DILIBAS PARANG


Oleh JUNHAIRI ALYASA dan LILY YEAN
berita@kosmo.com.my

KETIKA mahu melarikan diri, penjenayah mengacukan parang ke arah mangsa yang terbaring di atas jalan.

KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit.

SUMBER: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Isnin, 27 Jun 2011

Akibat salah faham, guru ditumbuk bapa murid

Oleh ADHAM SHADAN
berita@kosmo.com.my
PASIR MAS – Seorang guru yang baharu tiba di sekolah untuk memulakan tugas cedera di pipi kiri selepas ditumbuk seorang lelaki yang sedang menunggu di pagar sekolah itu pagi semalam.

Azidi Abdullah, 44, mendakwa, lelaki tersebut yang ditemani seorang wanita dipercayai isterinya turut membawa sebilah parang yang dibalut dengan tuala sambil memarahinya kerana menampar pipi anak lelaki mereka yang belajar di tahun empat pada sesi persekolahan Rabu lalu.

Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, Azidi mendakwa ditumbuk sebanyak dua kali.

“Tanpa sempat berbuat apa-apa, saya terus ditumbuk dan bila minta dia bertenang, dia tumbuk sekali lagi,” ceritanya ketika ditemui bersama isterinya, Azfaneeza Adnan di rumahnya di sini.

Dakwanya lagi, ekoran kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas di sini pada pukul 10.15 pagi.

Guru itu mendakwa, pasangan suami isteri itu sebenarnya salah faham apabila menyangka dia menampar anak mereka di kelas pada Rabu lalu yang menyebabkan murid tersebut tercedera.

sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Ahad, 26 Jun 2011

165 JENIS BARANG HARGANYA TURUN???

165 barang di pasaran turun harga


ISMAIL SABRI (kanan) melihat beberapa buah beg yang dijual pada Ekspo Beli Barangan Malaysia di East Coast Mall, Kuantan semalam.


KUANTAN – Bilangan barangan di pasaran yang mengalami penurunan harga adalah lebih banyak berbanding yang mengalami kenaikan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mendapati sebanyak 165 jenis barang mengalami penurunan harga manakala 135 lagi mengalami kenaikan.
“Banyak pihak mempersoalkan harga barang naik, namun keadaan sebenarnya adalah lebih banyak barang mengalami penurunan harga.
“Contohnya yang turun harga ialah bawang merah dan beberapa lagi barang. Para pengguna boleh memeriksa harga barang-barang tersebut di portal kementerian (http://www.kpdnkk.gov.my),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Ekspo Beli Barangan Malaysia di East Coast Mall di sini semalam yang disertai 97 syarikat pengeluar barangan buatan tempatan.
Ismail Sabri berkata, para pengguna juga perlu bijak memilih kedai serta pasar raya yang menjual barangan pada harga murah.
UNTUK LAPORAN ANALISA ALIRAN HARGA BARANG YANG MENURUN DAN MENINGKAT
Sila Klik SINI

Ahad, 12 Jun 2011

PILOT PESAWAT YANG BUTA

Para penumpang sebuah pesawat sedang bersiap sedia di tempat duduk masing-masing.  Mereka hanya menunggu pilot dan co-pilot yang belum datang.
Tidak beberapa lama kemudian, pilot dan co-pilot datang melalui pintu belakang pesawat.  Mereka berjalan sepanjang lorong menuju kokpit pesawat di hadapan. Kedua-dua orang itu nampaknya seperti buta.  Pilot berjalan menggunakan tongkat, mengetuk-ngetuk kerusi penumpang dikiri kanan.  sedangkan co-pilot pulak berjalan dipandu oleh seekor anjing.  Mereka menggunakan kaca mata hitam yang besar sehingga sukar bagi penumpang memastikan mereka itu benar-benar buta ataupun tidak.  Penumpang meneka ini adalah lakonan belaka.
Namun, semasa pesawat mula bergerak di atas landasan, penumpang mulai takut dan berpeluh.  Pesawat kini sudah berada dihujung landasan.  Mesin amaran berbunyi dengan kuat.  Penumpang semakin panik.  Pesawat bergerak semakin laju tetapi pesawat masih belum naik meninggalkan landasan.  Lalu beberapa orang penumpang menjerit histeria!
Tiba-tiba saja pesawat naik betul-betul di penamat landasan dan kemudian terbang seperti biasa.  Tidak lama kemudian terdengar suara pilot dan co-pilot berbual.
"Suatu hari nanti kalaulah penumpang tidak menjerit....kita sudah jadi bangkai di landasan."
Moralnya.....
>Jangan memandang rendah pada mereka yang kelihatan zahirnya lemah tetapi mungkin mereka mempunyai kelebihan yang tidak ada pada diri kita.

Rabu, 8 Jun 2011

TIDAK SAMA ANTARA PEMIMPIN BERILMU DENGAN PEMIMPIN JAHIL

Disebuah kawasan di Amerika Syarikat.  Waktu itu musim gugur, seorang suku kaum Indian di daerah terpencil bertanya pada ketua suku kaum mereka yang baru.  "Wala-wala chimo-ela suma totangka obuawachi?" yang ertinya, "Ketua, apakah musim sejuk kali ini sangat sejuk ataupun seperti biasanya?"
Oleh sebab ketua suku ini sudah moden, dia tidak pernah belajar meramal cuaca dengan cara-cara kuno lagi.  Semasa melihat ke atas, dia tidak dapat megatakan bagaimana keadaan cuaca nanti.  Meskipun begitu, bagi menenangkan kaum-kaumnya, dia memberitahu cuaca akan menjadi sangat sejuk apabila tiba musim sejuk nanti.  Dia lantas menyuruh kaumnya mengumpulkan kayu bakar bagi persiapan musim sejuk.  
Namun, selepas beberapa hari, muncul ideanya menelefon Jabatan Kaji Cuaca dan menanyakan, "Apakah musim sejuk kali ini sangat sejuk ataupun tidak?"
"Kelihatannya musim sejuk kali ini sangat sejuk",kata petugas di Jabatan Kaji Cuaca itu.  Kemudian ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya mengumpulkan kayu lebih banyak lagi sebagai persiapan.
Seminggu kemudian dia menelefon semula Jabatan Kaji Cuaca."Adakah musim sejuk kali ini sangat sejuk?" "Ya,"jawab orang di Jabatan Kaji Cuaca itu, "Musim sejuk kali ini sangat sejuk!"
Ketua suku kembali dan menyuruh kaumnya mengumpulkan semua kayu dan ranting pohon yang mereka temui.
Dua minggu kemudian dia menelefon kembali dan bertanya,"Adakah anda yakin musim sejuk kali ini sangat sejuk?"
"Pasti," jawab orang di Jabatan kaji Cuaca itu, "Musim sejuk kali ini pasti menjadi sangat sejuk yang pernah ada".
"Kenapa anda begitu yakin?"tanya ketua suku.  Lelaki itu menjawab, "Kerana kaum Indian sedang mengumpulkan kayu bakar dalam jumlah yang menggila banyaknya!"
Toink!Toink!Toink!


PENGAJARANNYA;
* Setiap arahan dan maklumat daripada seorang ketua kepada pengikutnya mestilah bersandarkan ilmu dan pengetahuan.  Jangan main 'hentam' saja.
* Pengetahuan mesti daripada pelbagai sumber bukan hanya bergantung pada satu sumber sahaja.

Selasa, 7 Jun 2011

Desert Minum Petang

Batal sembahyang kerana 50 sen

Pada suatu hari Jumaat yang hening, Ahmad naik bas ke masjid bagi menunaikan sembahyang Jumaat.   Mak Ahmad memberikan RM 1 bagi tambang bas pergi dan balik memandangkan Ahmad dah pun makan tengahari di rumah.  Perjalanan ke masjid itu dalam lingkungan 10km jauhnya.
Ahmad membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang kacak itu lalu konduktor itu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.  Ahmad pun ambil duit itu simpan dalam kocek bajunya.
Sampai di masjid Ahmad pun mengambil tempat di saf ke-2 memandangkan saf pertama sudahpun penuh.  Selepas azan berkumandang, pak imampun mengimamkan solat Jumaat.
Ahmad pun menunaikan sembahyang Jumaat itu.  Semasa para jemaah rukuk termasuk Ahmad sekali, tiba-tiba duit 50 sennya terjatuh dan tergolek betul-betul jatuh di bawah terlapak tangan orang di hadapannya.  Risau apabila nak jalan kaki balik rumah masa panas2 terik itu.  Ahmad pun berbisik kepada orang dihadapannya....."jangan ambil duit aku tu, aku nak buat tambang balik nanti"
Lalu orang itu pun menjawab "Ala....setakat 50 sen tu aku tak heranlah, tak de sapa nak ambil duit kau tu".
Lalu orang disebelah Ahmad yang terkejut kerana Ahmad bercakap di dalam sembahyang pun berkata "Eh korang nie, dalam sembahyang mana boleh bercakap"
Selepas itu, ada orang lain pula bersuara "Yang kau bercakap tu apasal"
Sah la.....sembahyang mereka terbatal hanya kerana 50 sen

Moral of the story.....
* Jangan bercakap apabila sembahyang
* Bagi tujuan menegur, seseorang mestilah dengan bijak dan mengikut ilmu
* Anda mesti bijak dalam menilai sesuatu perkara

Isnin, 23 Mei 2011

Tangani SIFAT BENCI

'Benci' adalah salah satu daripada unsur perasaan negatif yang tidak akan memimpin diri kita dan rakan-rakan lain untuk lebih berjaya dan lebih cemerlang.  Benci mempunyai hubungkait dengan perasaan cemburu, marah dan dendam.  Apabila perasaan benci mula tercetus dalam diri, kita akan belajar menyembunyikan sesuatu perkara.  Perkara yang disembunyikan lebih banyak yang buruk daripada baik.


Sifat kebencian ini menyebabkan diri kita tidak menyukai, tidak menyenangi dan tidak menghormati individu lain termasuklah ibu bapa, guru-guru dan adik beradik lain. Apabila sifat ini dimiliki, ia mempengaruhi kaedah komunikasi dan bentuk penampilan.


Perasaan Benci;

  • bertenangan dengan ajaran agama
  • memupuk budaya negatif dalam pemikiran
  • membina pemusuhan sesama sendiri
Sifat ini tidak membimbing diri kita untuk meningkatkan prestasi diri di dalam dan diluar tempat kerja.  Kita akan menjadi semakin keliru kerana kita tidak lagi memikirkan peranan dan tanggungjawab sebenar.  Kekeliruan ini lebih condong kepada keburukan seperti kaedah melarikan diri, kaedah menjauhkan diri dan kaedah memutuskan hubungan dengan individu yang dibenci.  Kesemua ini tidak mendidik dan mengasuh diri kita untuk meningkatkan komitmen dan prestasi.

 Kebencian

  • meningkatkan lagi perasaan syak wasangka
  • menyebabkan timbulnya alasan yang tidak berasas
  • menampakkan keidakpuashatian yang begitu tinggi 
Orang yang tidak suka terhadap kejayaan dan kecemerlangan orang lain selalu memiliki perasaan ini.  Perasaan ini akan bercambah dari semasa ke semasa terutama apabila ketua memuji orang bawahan tertentu di hadapan umum.  Kebencian ini akan berterusan selagi individu berkenaan tidak sedar tentang keburukannya.  Terdapat tanda-tanda buruk akibat daripada sifat ini.  Antaranya ialah diri kita atau rakan-rakan....................

  • tidak memupuk semangat bekerjasama dalam kerja berkumpulan
  • tidak berusaha merealisasikan tujuan an malamat
  • tidak membenarkan diri sendiri mempercayai individu lain
Diri kita harus bangkit untuk memastikan kebencian di dalam diri masing-masing tidak berterusan dalam kehidupan seharian.  Kepastian ini hanya akan tercapai jika diri kita mampu melihat, meneliti, dan menilai kesan keburukannya ke atas diri sendiri.  Umpamanya, jika tidak ditangani kebencian ini menyebabkan diri kita berdepan dengan masalah tekanan perasaan sehingga mengganggu waktu tidur, waktu bermain dan waktu berkomunikasi.  Kita mesti bijak menyelesaikannya supaya pergerakan kita menjadi lebih mudah di dalam dan luar tempat kerja.

Belajar mengurangkan sifat ini:

  • bermakna belajar membina nilai murni
  • bermakna ada keinginan untuk memantapkan hubungan
  • bermakna ada usaha mengukuhkan diri dalam memahami kehidupan
  • bermakna ada kesungguhan mengawasi diri sendiri


 Renung-renungkanlah.......