BERITA BAIK!!!

Ahad, 7 Ogos 2011

RESEPI KEJAYAAN & KECEMERLANGAN


Ini adalah RESEPI KEJAYAAN berbentuk Gurindam yang diambil daripada FACE BOOK Fazira Ramli atas kebenaran pemilik.  Mungkin pembaca blog suka dengan resepi ini atau mungkin juga tidak.  Saya tidak menjanjikan resepi yang pasti mengenyangkan tetapi resepi ini adalah sesuatu yang baik untuk kecemerlangan dan kejayaan
Hasad dengki racun masyarakat
jangan dibiar meruntuh muafakat.
Besar bahaya penyakit hati
jiwa kotor hendaklah diubati.
Kalau melihat kesenangan orang
baik berusaha menambah yang kurang.
Kalau gagal dalam persaingan
bangkit semula bermusuh jangan.
Kalau jawatan terlepas di tangan
hormati pengganti kekalkan hubungan.
Kalau ditegur berbuat salah
berfikiran terbuka tangani masalah.
Kalau bercanggah pendapat bicara
bertolak ansur sebaik cara.
Kalau berdengki bermasam muka
semai sikap berbaik sangka.
Kalau berselisih perlu bermaafan
mulia manusia maju ke hadapan.
Kalau berjaya usahlah angkuh
merendah diri berperibadi kukuh.
Kalau dapat dielak dengki
bersih hati mensyukuri rezeki.
Kalau hasad dengki mampu dihapus
bangsa bermaruah takkan pupus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan