a. KELEWATAN iaitu berkaitan usaha mencapai sesuatu matlamat. Contonya, seorang yang masih gagal mendapat pekerjaan. Dia akan rasa kecewa apabila kawan-kawannya mendapat pekerjaan.
b. KEKURANGAN SUMBER, juga berkaitan dengan usaha bagi mencapai sesuatu. Contohnya, seseorang yang ingin membeli sebuah kereta tetapi terpaksa dipendamkan dahulu hasratnya disebabkan masalah kewangan.
c. KEGAGALAN iaitu dalam segenap bidang yang diceburi samada pendidikan, percintaan, pekerjaan, perkahwinan malah apa sahaja yang dapat mengancam harga dan nila diri.
d. KEHILANGAN sesuatu atau seseorang yang amat disayangi dan dihargai. Contohnya kematian suami atau isteri, ibu bapa, kereta dan lain lain.
E. KESUNYIAN iaitu kesunyaian dalam konteks bersendirian ataupun dalam konteks kumpulan adalah punca kekecewaan yang penting. Setiap individu memerlukan individu lain untuk berinteraksi dan komunikasi bagai mencapai keharmonian hidup. sekiranya keperluan asas ini tidak dipenuhi dan dicapai, individu itu mengalami kekecewaan.
Setiap satu bentuk atau gabungan bentuk-bentuk diatas dapat menyebabkan tekanan dan kebiasaannya tekanan ini sukar dihadapi secara bersendirian tanpa bantuan luar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan