BERITA BAIK!!!

Jumaat, 29 Julai 2011

TIPS MENGHADAPI TEKANAN HIDUP

---->sentiasa rasa tertekan dengan suasana???
---->runsing???
---->murung???
-----------------------------------------------------------------------------------------------
1. LUMRAH ALAM. Manusia sentiasa menghadapi pelbagai bentuk masalah dalam menjalani kehidupan seharian.  Masalah-masalah ini secara keseluruhan dikenali sebagai TEKANAN HIDUP.   Tekanan hidup ini ada masanya dapat dihadapi dengan mudah.  Kadang-kadang memerlukan bantuan kawan-kawan malah ada diantaranya yang mengganggu perjalanan hidup seharian.


2. TEKANAN ADALAH PUNCA kepada hampir semua masalah dan kecelaruan psikolgi.  Seseorang yang terlalu kerap menghadapi tekanan mengalami kemurungan, kesedihan, kerunsingan dan beberapa masalah psikosomatik.  Lantaran itu setiap bentuk tekanan yang dihadapi perlu diatasi dan dirawat.


3.LIHATLAH SECARA POSITIF ada yang melihatnya sebagai tekanan yang tidak memberi apa-apa manfaat dan ada yang menggunakan tekanan yang dihadapi dengan sepenuhnya.  Oleh sebab itu, setiap individu mempelajari cara-cara yang sesuai bagi menguruskan tekanan yang dihadapinya.  Apabila seseorang itu terlalu kerap menghadapi tekanan hidup, maka dia dapat menyesuaikan diri dengannya secara automatik maka lahirlah manusia berjiwa kental.


4.ELAKKAN KEKECEWAAN. Kekecewaan dapat didefinisikan sebagai perasaan yang timbul apabila kita gagal memperolehi sesuatu keinginan disebabkan sesuau halangan.  Satu kekecewaan mungkin tidak menyebabkan tekanan tetapi apabila berlaku kekecewaan berulangkali ia menyebabkan kita berasa tertekan.


5. KONFLIK berlaku apabila 2 atau lebih otif tidak dapat dipuaskan kerana yang satu itu mengganggu yang lain.


6. KUATKAN PERGANTUNGAN ANDA DENGAN TUHAN.  Sememangnya manusia tidak mempunyai kuasa mendapatkan sesuatu melainkan apa yang diputuskan sejak azali.  


7. MINTALAH BANTUAN. Anda perlu berkongsi apa yang menjadi keresahan kepaa diri ana dengan mereka yang anda percayai.  Ceritakan kepada meeka apa yang terjadi dan mintalah jalan penyelesaian.


8. AWASI LETUSAN GNUNG BERAPI.  Jangan pendamkan masalah itu kerana ditakti menyebabkan anda hilang keyakina diri. Ia juga dapat menjurus perubahan-perubahan yang negatif seperti kemurungan, patah semangat, sedih dan sebagainya.  Mungkin juga anda bertindak agresif kepada orang lain.  Jangan biarkan guung berapi meletus.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan