BERITA BAIK!!!

Sabtu, 23 Julai 2011

Impian Tinggi Tapi......

Pada pagi yang ceria di dalam kelas darjah 3 A.  Cikgu Roslina bertanya kepada anak muidnya ke mana mereka ingin pergi bercuti bersama keluarga pada musim cuti sekolah yang akan datang.


Cikgu:  Siti, pada musim cuti sekolah nanti, kamu nak pergi ke mana?
Siti:     Saya nak balik kampung atuk saya di Pahang
Cikgu:  Kamu Ramli?
Ramli:  Saya nak pergi ke Genting Highlands
Cikgu:  Kamu Ahmad?
Ahmad:Saya teringin nak pergi bulan, cikgu.  Semua kawan-kawan ketawakan Ahmad
Cikgu:  Ahmad, kalau nak pergi ke bulan kena jadi Angkasawan dahulu.  Kamu pula Adam?
Adam:  Saya nak pergi MATAHARI.....
Cikgu:  Adam...matahari kan panas.  Mana ada manusia pergi sana..
Adam:  Kita pergi MALAM.....


KESIMPULAN!!!
*  Untuk berjaya, tidak salah bermimpi dan bercita-cita walaupun mustahil
*  Namun, ia mesti disusuli dengan tindakan dan ilmu pengetahuan supaya sesuatu yang kelihatan mustahil menjadi kenyataan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan