Wife to Mr. Ahmad Fairus (Aush), Mummy to Qistina Damia.What this blog is all about....me and my beloved family
BERITA BAIK!!!
Khamis, 6 Mac 2014
KEJOHANAN GOLF MSSD KOTA SETAR
Rabu, 5 Mac 2014
POKOK KESIDANG
![]() |
| POKOK KESIDANG |
![]() |
| BUNGA KESIDANG |
Hari ni teringat nak cari pokok untuk halaman rumah.... Bila tanya orang-orang berpengalaman.... Ramai yang kata POKOK KESIDANG ada isi tersirat kalau tanam di halaman rumah... Salah satunya adalah untuk keharmonian rumah tangga... So apa salahnya kita berbakti dengan tanah.. Ok ni, mamamia story sket pasai pokok kesidang ni.....
Pokok ni sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. Kat negara barat nama dia bread flower dan dipercayai berasal dari kepulauan jawa. Pokok ni tumbuh memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu serta mudah lentur. Sifat batangnya yang mengembang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Walaupun ia juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih. Ia mempunyai perdu setinggi ± 3 meter. Tumbuh tegak dengan daun majmuk, berbentuk payung berpasangan.
Bunganya yang berwarna putih dan saiznya kecil boleh menerbitkan bau wangi yang seakan-akan bau daun pandan. Ia juga dipanggil bunga kerak nasi bukan hanya kerana warnanya yang putih dan bentuk jambak bunganya yang seakan-akan kerak nasi, tetapi kerana baunya juga. Baunya jika diamati seolah-olah menyerupai bau nasi. Baunya yang harum semerbak ini menyebabkan ia juga digunakan sebagai ramuan untuk membuat bunga rampai setelah dicampur dengan bahan-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi yang lain.
Ahad, 12 Ogos 2012
PUDING ROTI (BAKAR) ~ MAMA MIA
2 cawan susu segar dutch lady
8 keping roti putih gardenia
4 sudu makan gula halus
2 sudu makan mentega
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan kismis hitam
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan gula
Fruit cocktail
2. Kacau dan gaul rata (Bahan B)
3. Masukkan Bahan B ke dalam loyang yang mengandungi Bahan A
4. Taburkan kismis
5. Bakar pada suhu 180'C selama 30 minit atau sehingga masak
6. Gaulkan Bahan D dalam periuk kecil dan masak di atas api sederhana kecil
7. Campurkan 'fruit cocktail'
8. Tuangkan sos di atas puding semasa menghidang
Label:
Recipes Mama Mia
Sabtu, 28 Julai 2012
How To BIKIN AYAM PANSOH???
1 mangkuk halia dihiris nipis-nipis
1 mangkuk bawang putih diketuk
1 mangkuk serai yang telah dimayang
1 mangkuk bunga kantan yang telah dimayang
5 batang serai yang diketuk
Daun pucuk ubi yang diramas dan dibilas dengan air
Garam secukup rasa
Kiub ayam knorr/Perencah Maggie sedap
Buluh
Ayam 2 ekor
1. Gaulkan ayam dengan halia, bawang putih, serai, bunga kantan, daun pucuk ubi, garam, kiub ayam knorr
2. Masukkan ayam yang telah digaul tersebut sedalam 3/4 ke dalam buluh
3. Masukkan air ke dalam buluh sehingga menutupi permukaan ayam di dalam buluh tersebut
4. Tutup permukaan buluh tersebut dengan daun pucuk ubi
5. Bakar buluh tersebut seperti membakar lemang sehingga air di dalam buluh tersebut mendidih
6. Siap untuk di hidang.
Label:
Recipes Mama Mia
SABAH WITH LOVE PART-4
Untuk hari ke-4 aktiviti pertama Mama Mia dan kawan-kawan dah tentu check out Dragon Inn Floating Resort....
Kemudian kami berjalan kaki tak sampai 5 minit menuju "Scuba Junkie", travel agen kami untuk ke Pulau Mabul.
Untuk tahu sebahagian pakej yang disediakan oleh agensi "Scuba Junkie" boleh lihat di bawah...:))
Inilah boat pertama kami yang digunakan menuju ke Pulau Mabul....dengan boat kayu jer hehehe....apa pun enjoy. Sebenarnya salah kami juga sebab confirm lewat dan time cuti sekolah pula dah tentu ramai pelancong what ever....we all tetap enjoy sekurang-kurangnya ada juga pengalaman menaiki boat kayu selama 1 jam untuk ke Pulau Mabul.
Mama Mia dan kawan2 dah sampai kat Pulau Mabul....so kami akan check in di Scuba Junkie Mabul Beach Resort
Oleh kerana we all sampai awal, dah tentu bilik not yet ready sebab ada yang baru check out and need time untuk house keeping kemas bilik. Ini bukan pengalaman pertama Mama Mia di Pulau Mabul jadi Mama Mia ajak la kawan2 Mama Mia jalan2 sekitar perkampungan Pulau Mabul nie. Untuk pengetahuan pembaca-pembaca blog Mama Mia...sebenarnya di Pulau ini ada 2 perkampungan. Yang pertama BAJAU LAUT (masih kurang bertamadun) dan yang kedua SULUK (agak bertamadun). Menurut orang2 kampung di sini, perkampungan Bajau LAut tidak mempunyai sekolah tetapi perkampungan SULUK terdapat sekolah. Di bawah nie merupakan gambaran sekitar perkampungan BAJAU LAUT yang Mama Mia dan kawan2 lawati.
Inilah cara kanak-kanak Bajau Laut ini bermain sesama mereka.
Orang Bajau Laut mendirikan rumahnya sendiri
Kedai runcit dalam kampung BAJAU LAUT
Kedai di atas menjual cenderahati barang-barang dari laut. Ada kulit cenkerang, batu karang, pearl dan pelbagai barangan yang lain.
Perkhidmatan Reflexology ada ditawarkan di perkampungan BAJAU LAUT
Gambar di atas adalah kebun orang BAJAU LAUT.
Mama Mia sempat bergambar bersama kanak2 Bajau Laut
Bersebelahan perkampungan Bajau Laut ada 2 Resort. Salah satunya Sipadan Water Village Resort.. Resort nie la yang Mama Mia dengan Family menginap masa petama kali berkunjung ke Pulau Mabul dulu (tahun 2008). Memang terbaik lah.....Makan, minum, experience semua best tapi agak mahal sikit la.
Masa untuk check in....Di bawah ini adalah gambaran chalet yang Mama Mia dan kawan2 menginap di Scuba Junkie Mabul Resort ni.
Setelah selesai mandi, sembahyang dan makan tengah hari, Mama Mia dan kawan-kawan menuju ke laut untuk aktiviti "snorkeling". Oleh kerana terlalu excited, jadi terlupa pulak nak candid gambar banyak2.
Permandangan di waktu senja di Pulau Mabul......
So, enough for Sabah With Love Part-4. Nanti episod seterusnya......Sabah With Love Part-5.
Label:
Jalan-jalan cari makan
Langgan:
Catatan (Atom)









