BERITA BAIK!!!

Selasa, 13 Disember 2011

Daulat Tuanku:Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14


Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tanggal 13 Disember 2011, iaitu pada hari ini akan diadakan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Pertama dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabal buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada tahun 1970-1975.

Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 setelah Sultan Mizan Zainal Abidin Al Wathiqu Billah, Sultan Terengganu yang ke-17 telah menamatkan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan kembali ke Terengganu semalam.

Perarakan  baginda  dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar untuk ke Istana Negara dengan menaiki pesawat diiringi oleh Rakyat Jelata Negeri Kedah.  Saya dan saudara-mara yang lain juga turut join meraikan perarakan tersebut.

Di bawah merupakan antara gambar suasana sambutan perarakan pemergian baginda yang sempat saya ambil;

 seawal 6.15 pagi anak dan anak2 sedara saya sudah bangun menunggu Sultan di hadapan jalan utama bagi menyaksikan perarakan baginda

rakyat yang mengiringi keberangkatan baginda dihadiahkan bendera

pemuzik gendang silat

gembira dihadiahkan bendera

suasana seawal 7.00 pagi

sedih sebab dapat satu je bendera



Sultan belum datang lagi...boleh gosip dulu



Pertunjukkan silat

Nak undang bagi acara kenduri kahwin..boleh hubungi mereka di atas



Rakyat sudah memenuhi tepi dan tengah jalan utama





------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Secara ringkas maklumat mengenai Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah.

1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927.

2. Tuanku Sultan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran Baginda di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar.

3. Pada bulan Februari 1949, baginda telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan telah diterima masuk ke Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.

4. Sewaktu di England, Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949.

5. Pada tanggal 20 Februari 1959, Baginda ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang gemilang di Balai Besar Alor Star.

6. Tuanku Sultan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-5 iaitu di antara tahun 1970 hingga tahun 1975. Pada 21 September 1970, Baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah dengan rasminya sebagai Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

7. Pada tahun 13 Disember 2006, KDYMM Tuanku telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII.

8. Dan pada tahun ini, Baginda dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia buat kali  ke-2.

TAHNIAH DI ATAS PERTABALAN SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-14

DAULAT TUANKU.
ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU.

Ahad, 11 Disember 2011

SINOPSIS FILEM OMBAK RINDU

OMBAK%2BRINDU SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

mk3 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

mk2 SINOPSIS FILM OMBAK RINDU | VIDEO FILM OMBAK RINDU | GAMBAR MAYA KARIN

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin


Cover NOVEL sebenar...
Ombak Rindu.gif





[MTV] Hafiz Adira - Ombak Rindu (OST Ombak Rindu).mp4




Experience travel dengan SENANDUNG LANGKAWI


Awesome!!!!! 5 tahun saya di Miri, balik kampung hanya tahu dengan AIRASIA atau MAS saja...tapi kali ini setelah QISTINA DAMIA sudah faham erti BALIK KAMPUNG, saya dan suami planning pulang ke kampung dari Kuala Lumpur ke Kedah dengan menggunakan perkhidmatan KTMB.  Dengan cara Online tiket melalui laman web KTMB, kami berjaya mendapatkan tiket 1st class untuk keretapi SENANDUNG LANGKAWI.  Perjalanan ini adalah berenam iaitu saya, suami, anak, bibik serta papa dan mama saya. Siapa kata membosankan???Ok jugak ape untuk perkhidmatan 1st class, 1 bilik 2 katil ada sinki, TV, aircond n bilik berkunci.  Bagi saya begitu selesa jugak la memandangkan setelah tamat cerita cartoon Tom n Jerry yang ditayangkan anak saya dan saya terlelap sehingga bunyi ketukan dipintu oleh pihak KTMB memberitahu destinasi kami akan tiba.  Dengan kata lain tidur jer tak perlu risau yang anda akan terlepas destinasi kerana pihak KTMB memberi perkhidmatan membangunkan penumpang 1st Class dan 2nd class. Bayaran tambang merangkumi beberapa kategori.  Bagi;
  Dewasa KATIL ATAS: RM 92.00
  Dewasa KATIL BAWAH: RM 101.00
  Kanak-kanak (4 tahun ke atas): RM 57.00-66.00
  Warga tua (60 tahun ke atas):  50% potongan daripada harga dewasa

Di bawah ini adalah gambar-gambar yang sempat saya ambil sepanjang travel dengan keretapi Senandung Langkawi di dalam bilik 1st class kami.

 Qistina tengah tengok TV

 Saya dengan anak kesayangan

Qistina dengan Mama Tok 

 
Bibik lepak di katil atas 

 
 Di hadapan pintu bilik

 Qistina main game sampai tertidur

sangat selesa kiranya sempat juga saya melayan novel

Pengalaman travel dengan KTMB membuatkan saya berfikir akan meneruskan perkhidmatan ini kerana selain selesa, ia juga dapat menjimatkan tambang berbanding menggunakan perkhidmatan AIRASIA dan MAS sekiranya harga tiket mahal.  Selain dapat menjimatkan tambang, saya juga tidak perlu bermalam di LCCT mahupun KLIA untuk menunggu penerbangan pagi dari Kuala Lumpur ke Alor Setar kerana dengan menaiki keretapi jam 11.30 malam di KL Central kita akan tiba di Alor Setar pada jam 6.30 pagi.  Selain itu, kita juga dapat tidur dengan lena dan menikmati rehat yang secukupnya tanpa bimbang akan di ragut dan sebagainya ketika tidur atau tertidur.  Oleh yang demikian, saya dan hubby bercadang travel dari kampung nanti kami akan menggunakan perkhidmatan KTMB sekali lagi tetapi kali ini akan bersama SENANDUNG MUTIARA pula dari Bukit Mertajam ke KL Central.  Train yang akan kami naiki akan datang harganya berbeza lebih mahal sedikit berbanding Senandung Langkawi.  Saya mengharapkan perkhidmatan yang disediakan juga berbeza kerana harganya yang berbeza.  Nantikan ENTRY saya akan datang "Experience Travel dengan SENANDUNG MUTIARA".

Sabtu, 10 Disember 2011

Discovery @ i-CiTy

Untuk cuti sekolah tahun ini, saya juga berkesempatan "TAKE A WALK ON THE WILD SIDE" @ i-City Shah Alam.  Actually, hari yang saya pergi nie hujan renyai-renyai.  Oleh kerana saya hang out dengan anak saya juga maka banyak masa yang dihabiskan adalah tempat-tempat di dalam bangunan.  Ketika bersiar-siar di sekitar kawasan tersebut saya terjumpa signboard nie....
Dengan bayaran RM5 dewasa, dan RM3 kanak-kanak, saya entertain anak saya melihat binatang-binatang yang ada di sini.  Agak berbaloi-baloi jugalah..of coz lah tak berapa banyak coz harga tiket pun murah ja.  Bila anda ke sini nanti antara binatang-binatang yang ble anda lihat.......













Sebenarnya banyak lagi binatang yang boleh dilihat tapi saya tak ada masa nak download kesemuanya sekali.  Tapi apa yang menggerunkan saya apabila melihat ularsawa terbesar bagi saya kerana saya belum pernah melihat ular sawa sebesar itu sebelum ini yang mana bila ular sawa tersebut membuka mulutnya ia mampu menelan seekor seladang dengan mudah apatah lagi kalau kita manusia.....
Bagi saya tempat-tempat begini bagus untuk dilawati bersama-sama anak selain melihat binatang-binatang yang dipamerkan kita juga boleh share kebaikan dan keburukan setiap binatang tersebut dengan anak kita.
Oleh kerana cuti sekolah ini masih panjang, jadi saya syorkan ibu bapa yang ada jalan-jalan di i-city jangan ketinggalan untuk melawati tempat ini dengan anak-anak anda.

Isnin, 21 November 2011

CHAKRI XPRESS(Authentic Thai Cuisine)



Saya memang excited sangat bila adik saya "Wanie" offer diri nak belanja dekat CHAKRI XPRESS(Authentic Thai Cuisine).  Since balik raya hari tu lagi teringin nak makan opppsssss!!!!Bukan mengidam pasal nak mengandung yer. Pls don't miss understanding ok???? Tapi x berkesempatan maklumlah cuti raya bukannya lama sangat kan.Ini antara tempat favourite aku coz ada special menu yang aku suka if aku berada di Thailand for sure aku cari Appertizers nie call  "TRADITIONAL KADOK LEAVES ROLL".  Memang best lah...setahu aku memang nak jumpa appertizers nie kat Malaysia susahlah if kalau sesape yang ada jumpa ble la roger2 saya yer coz klu kita menikmatinya di Chakri Xpress dah tentu la price dia boleh tahan.  Kalau beli di Hatyai, Patani, Yala Sadou 1 set baru RM 3 tapi di Chakri........paham2 jer lah.  Apa pun makan di sini memang sangat2 berbaloi semua sedap.  Kiranya memenuhi taste aku la.


Lupa plak...kalau U all nak tau apa itu "TRADITIONAL KADOK LEAVES ROLL"-Mieang Kam, sila lihat gambar di bawah...
Menu nie merupakan campuran peanut, baked grated coconut, chili padi, diced onion, diced lime, diced ginger, sun dried shrimp, and piper sarmentosum leaves served with shrimp based sauce.


Antara menu-menu lain yang menjadi favourite aku............
1.  Spicy & Sour Lemongrass Soup (Tom Yam) King Prawn-Gung Mae Num


2.  Traditional Mango Salad (Yam Ma Moung)


3.  Crispy Floured Prawn (Gung Chud Peng Tod)


4.  Fish-Seabass Pla Krap fried with 'Tiga Rasa'Sauce (Samrod)


5.  Dessert-Strawberry Milk Shake


Actually, banyak lagi menu-menu menarik yang lain tapi time is running up la.  Lagipun daripada saya upload banyak2 better u all pergi sendiri dan menikmatinya baru surprise kan.  Memang saya bagi kredit la kat outlet nie..  Saya dah cuba....U ALL bila lagi?????? Bagi sesiapa yang planning nak ke Chakri Xpress jangan lupa untuk mencuba appertizer "TRADITIONAL KADOK LEAVES ROLL".  Anda pasti menyesal kalau tidak mencubanya.....