Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tanggal 13 Disember 2011, iaitu pada hari ini akan diadakan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Pertama dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabal buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada tahun 1970-1975.
Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 setelah Sultan Mizan Zainal Abidin Al Wathiqu Billah, Sultan Terengganu yang ke-17 telah menamatkan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan kembali ke Terengganu semalam.
Perarakan baginda dari Istana Anak Bukit ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Setar untuk ke Istana Negara dengan menaiki pesawat diiringi oleh Rakyat Jelata Negeri Kedah. Saya dan saudara-mara yang lain juga turut join meraikan perarakan tersebut.
Di bawah merupakan antara gambar suasana sambutan perarakan pemergian baginda yang sempat saya ambil;
seawal 6.15 pagi anak dan anak2 sedara saya sudah bangun menunggu Sultan di hadapan jalan utama bagi menyaksikan perarakan baginda
rakyat yang mengiringi keberangkatan baginda dihadiahkan bendera
pemuzik gendang silat
gembira dihadiahkan bendera
suasana seawal 7.00 pagi
sedih sebab dapat satu je bendera
Sultan belum datang lagi...boleh gosip dulu
Pertunjukkan silat
Nak undang bagi acara kenduri kahwin..boleh hubungi mereka di atas
Rakyat sudah memenuhi tepi dan tengah jalan utama
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Secara ringkas maklumat mengenai Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah.
1. Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah diputerakan pada tanggal 28hb. November 1927.
2. Tuanku Sultan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Alor Merah dan Sekolah Melayu Titi Gajah sebelum menyambung pelajaran Baginda di Kolej Sultan Abdul Hamid Alor Setar.
3. Pada bulan Februari 1949, baginda telah berangkat ke England untuk melanjutkan pelajaran dan telah diterima masuk ke Wadham College, Oxford London pada awal tahun 1952 dalam bidang Sains Kemasyarakatan dan Pentadbiran Awam.
4. Sewaktu di England, Baginda telah ditabalkan sebagai Raja Muda Negeri Kedah pada 6 Ogos 1949.
5. Pada tanggal 20 Februari 1959, Baginda ditabalkan secara rasminya sebagai Sultan Kedah ke-28 dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultanah Bahiyah sebagai Sultanah Kedah dalam satu istiadat gilang gemilang di Balai Besar Alor Star.
6. Tuanku Sultan dilantik sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia yang ke-5 iaitu di antara tahun 1970 hingga tahun 1975. Pada 21 September 1970, Baginda dan Almarhumah Tuanku Sultanah Bahiyah dengan rasminya sebagai Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
7. Pada tahun 13 Disember 2006, KDYMM Tuanku telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia XIII.
8. Dan pada tahun ini, Baginda dilantik sebagai Yang DiPertuan Agong Malaysia buat kali ke-2.
TAHNIAH DI ATAS PERTABALAN SEBAGAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA KE-14
DAULAT TUANKU.
ALLAH LANJUTKAN USIA TUANKU.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan