BERITA BAIK!!!

Selasa, 27 Mac 2012

HI-SHOP: All the BRANDS..One Invitation

About HiShop

HiShop is Malaysia's premier members-only online shopping club.

Members are granted exclusive access to their online private sales of branded goods ranging from ready-to-wear garments, handbags & accessories and home furnishing at up to 80% discount. HiShop branded goods and limited edition items are carefully selected and come with a 100% authenticity guarantee.

BEST PRICING

HiShop assure us that their discount deals and sales are the best value in town. HiShop privileged relationship with authorized retailers allows them to procure the best prices available for their merchandise, without compromising on quality.
They are committed to deliver the most competitive pricing in town. Don’t believe them? Take a sneak peek at our local boutiques! Discover that HiShop retail prices are sharper than none other.

REAL DEAL
HiShop guarantee that all merchandise sold are 100% genuine branded goods, procured only from authorized brand dealers. Support HiShop “fakes are never in fashion” campaign (insert URL here or coming soon). The aim of this campaign is to primarily raise awareness on how fake goods damage the industry.
They believe that fakes kill fashion, no ifs, no buts – no corners cut.

RELIABLE CUSTOMER CARE
HiShop prides itself on their fantastic level of customer service. Have a question? Email them! Want to chase an order? Call them! HiShop friendly and polite staff are always available to attend to customers every need.
They are here for you, always.

HASSLE FREE
Because HiShop is exclusively online we don’t need to face any problems of finding a car park, fighting with crowds in the mall, traffic jams to finding a babysitter to attend to the kids while we are out. They are available, in a click of a button, in a wide variety of items.
Simply sit back, relax and shop.


More Information:  http://hishop.my/sales


Fragrance SALE
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

UP TO 


40% OFF

 
 

Isnin, 26 Mac 2012

Pelajar Serba Boleh

Bermulalah EPISOD bekerja seawal 6.40 pagi dan pulang selewat 5.00 petang
















Sabtu, 24 Mac 2012

POPULAR BOOK FAIR (U make me crazy :)))

Hari ni sangat-sangat best shopping buku dekat POPULAR BOOK FAIR, Bintang Mega Mall, Miri...bayangkan Mama Mia yang sejak kawin sudah 'kureng membaca' ni tetiba je gila baca buku...hahaha...Mama Mia tak dapat nak kata ape dah,sebab Mama Mia rasa interested gila dengan benda ni...sebenarnya agak lama jugak dah Mama Mia tinggalkan hobi gila membaca novel nie...kalau dulu masa kat 'U' boleh dikatakan siang malam berkepit dengan novel sejak kawin  Mama Mia  hanya baca buku x kisah la buku ilmiah atau novel bila  Mama Mia  tension ja tapi hobi  Mama Mia  nie come back sejak cuti November 2011 yang lepas.  (Ini gara2x terbaca salah sebuah novel kepunyaan kakak Mama Mia masa Mama Mia lepak kat rumah dia.  Kakak Mama Mia nie juga penggemar novel lebih tepat *HANTU NOVEL* tak tau berapa ratus novel yang memenuhi kabinet buku rumah dia.)  Mama Mia  gila beli buku novel nie kembali sejak Disember 2011 lepas nih. Bukan jer Mama Mia beli kat kedai2x buku tapi shopping online melalui laman web 



Pantang Mama Mia duduk di sofa or baring di atas katil mesti Mama Mia pegang novel punya.  Jadi curi masa membaca sambil tunggu husband, tunggu anak swimming class, sambil lepak2x dengan anak. Kalau kat rumah Mama Mia ni, buku ada di mana2x.. atas meja, bawah meja, dalam kotak, tepi dinding…maklumlah ditambah pulak kerjaya suami isteri nie CIKGU kan??? heheh (^__^) Bila husband bising, Mama Mia kata “Alah takpelah, senang nak baca anytime”. Hehe.  Itu kalau husband bising tapi kalau Mama Mia sendiri bising??Biasa lah guru ERT mana suka rumah sepah2x nie.


Walau bagaimanapun, Mama Mia suka dengan hobi nie.. membaca dan menghabiskan duit beli buku. Rasanya habit Mama Mia nie dah turun kepada Qistina Damia (anak Mama Mia) sebab mana2x nak pergi dah pasti dia nak shopping buku :))   Apa pun, ia sangat berbaloi, walaupun kadang2 cuma sempat skim dan scan saja. Yang penting dapat isinya.
Tapi kadang2x Mama Mia rasa  Mama Mia  ni bukan ulat buku (read: suka baca buku) tapi gila buku (read : suka beli dan tengok buku) sebabnya masih belambak buku2x yang telah Mama Mia beli tapi belum pun sempat membacanya.. Kalau keluar jalan2x  Mama Mia mesti nak lalu depan kedai buku. Rasa tak senang hati kalau lalu saja tapi tak masuk...dan tangan nie gatal jer nak beli buku walaupun bukan novel.
Namun begitu, Mama Mia ada beberapa specific author yang Mama Mia suka. Asalkan nampak jer dia penulisnya dah pasti Mama Mia akan beli.  Antaranya Norhayati Berahim, Aisya Sofea, Fauziah Ashari, Sharifah Abu Salem, Anis Ayuni, Sha ibrahim dan ....... Tapi penulis2x lain pun Mama Mia bedal jugak asalkan ceritanya menarik..siapa penulis x lah begitu penting...yang penting tu isinya

Hari nie x pasal2x  Mama Mia borong sebeban..huhu...Tadi,  Mama Mia pergi Parkson kat Bintang Mega Mall Miri konon2xnya nak menghabiskan masa berdua dengan encik suami tercinta. Ops mana qistina???? hehehe hari nie Auntie YAYA day out dengan dia. Di kesempatan yang jarang-jarang macam nie  Mama Mia keluar date la ngan encik suami. Kebetulan di sana ternampak pula......
Banyak gila buku dia yang on sale.....tension gile  Mama Mia nak pilih...serius semua author best-best..yang best seller tu tak payah cakap la...berlambak,tapi lastly  Mama Mia beli......

Sebenarnya, ada di antara novel2x yang  Mama Mia beli nie  Mama Mia  dah baca dan pernah memilikinya masa  Mama Mia di 'U' dulu tapi akibat bencana alam yang berlaku pada tahun 2009, buku2x tu x sempat di selamatkan oleh parents  Mama Mia kat kampung. 4 kotak besar jugalah koleksi novel Mama Mia  tu ditenggelami air. Oleh kerana cerita2x tu sangat best  Mama Mia beli lagi sekali sebagai koleksi. Harga????? serius murah.. sebab today  Mama Mia dapat discount 40% untuk novel2x tu selain discount 20% yang diberikan oleh Popular sebagai pemegang kad ahli  Mama Mia juga ada voucher tambahan 20%.  Buku untuk kanak2x, Mama Mia dapat discount 90% (70% + 20%) Bayangkan usual price  semua tu actually RM281.90 tapi after discount  Mama Mia just paid RM151.55. Gila x? Less sampai RM130.35...so,kalau korang nak beli...esok last date...tapi jangan risau sangat lah...every years ade....Book Fair nie, cuma maybe title2x buku tu la yang x sama lagi. 

HHHHHHHHHuuuhhhhhhhhh.... (mengeluh la pulak) ntah bila la  Mama Mia dapat habis baca buku2x nie... Mama Mia pun x tau. Kerja sekolah yang belambak2x tu pun  Mama Mia x tau bila nak habis buat.


So, how about you? Do you have something you crazy about? Wah, speaking pulak :)))

Khamis, 22 Mac 2012

Gangguan Bekalan Elektrik Di 5 Negeri

Kepada pengguna BEKALAN ELETRIK yang dihormati sekalian..Gangguan bekalan elaktrik telah dan sedang berlaku disebuah negeri di selatan tanah air.


Adalah dimaklumkan bahawa gangguan ini akan mengambil tempoh selama lebih kurang seminggu, sebelum ianya berakhir. Kesulitan ini adalah disebabkan pencawang TNB yang voltannya 'terlebih' aktif dan gangguan ini akan berlaku di negeri-negeri berikut..


1. Seluruh Negeri Sarawak
2. Seluruh Negeri Sabah
3. Sebahagian Negeri Selangor
4. Seluruh Negeri Kedah
5. Seluruh Negeri Johor

Pihak SESCO dan Tenaga Nasional Berhad Malaysia ingin memohon maaf kepada semua pengguna terbabit dan berharap agar semua pengguna mengambil langkah sewajarnya.

Harap maaf...(sila rujuk gambar di bawah untuk rujukan anda)



Jumaat, 9 Mac 2012

JADUAL GAJI BARU~ DG41 (^__^)

Kalau di kaji SBPA lebih menguntungkan tapi ini pun dah cukup baik bersyukur dari tak dapat apa2x

 
Ini pula tangga gaji untuk tahun-tahun akan datang.....
 

Rabu, 7 Mac 2012

MENAMBAH PENDAPATAN TANPA RISIKO HANYA PERLU MENCUBA

Mama Mia rasa nak berkongsi sesuatu dengan pembaca-pembaca blog semua. Tak salah kalau kita berkongsi tambahan pula kalau itu adalah sesuatu yang "free of charge". Ada satu peluang yang mana Mama Mia samaada nak percaya ataupun tidak pada mulanya. Tetapi setelah difikirkan peluang yang datang itu hanya perlu kita mencuba saja dan peluang yang datang bukan berkali2x, tanpa mengeluarkan apa-apa modal dapat menjana pendapatan untuk kita. Sebenarnya nampak macam "something wrong some....." bila dikaji betul2x sebenarnya kita bekerja tanpa kita sedari yang mana kerja itu dibayar dan dilakukan seharian. 


sebagai langkah pertama untuk menceburi dalam bidang ini pembaca2x blog diminta baca dengan teliti dan klik pada url dibawah ini;




It's a fact: companies like Google or Facebook earn BILLIONS OF $$$ every quarter just because we, the Internet users use their services. It is time to understand, that we “the users” decide who is earning the big money. WAZZUB is the first truly global community that pays us “the users”, just for choosing them as our homepage.
It's so easy: the more users that join the WAZZUB Family for free, the more money we “the users” will earn!
Example: If you invite just 5 people to join for free and they do the same 5 generations deep, you could earn about $4,000 every month PASSIVELYfor life, doing NOTHING different than you already do everyday.
What if everyone invited just 10 people? That amount would EXPLODE to: $111,110 every month. There is NO limit!
The more people you invite the more money you'll earn. Period!

PULUT SERIMUKA

Today Mama Mia just nak share resepi Pulut Serimuka dengan pembaca-pembaca blog Mama Mia semua.  



BAHAN A (Lapisan Bawah)~Pulut
2 Cawan Beras Pulut
2 ½ cawan santan cair (½ biji kelapa)
½ sudu teh garam

Pulut serimuka


BAHAN B (Lapisan Atas)~Hijau
2 cawan santan pekat
½ cawan air tapisan santan
1 sudu teh pewarna hijau
½ cawan gula pasir
½ cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu teh garam



CARA MEMBUAT
  1. Basuh beras pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak
  2. Masukkan bahan A ke dalam loyang dan kukuskan sehingga masak
  3. Lapikkan plastik ke dalam loyang bulat ataupun empat segi berukuran 8 inci
  4. Tekan pulut yang sudah dimasak tadi supaya mampat dan cantik
  5. Masukkan bahan B ke dalam mangkuk dan kacau rata kemudian tapiskan
  6. Masukkan di dalam kuali tidak lekat dan panaskan sekadar suam-suam kuku
  7. Tuangkan perlahan-lahan di atas pulut tadi
  8. Kukuskan selama 30 minit
  9. Sejukkan dahulu, kemudian potong dan sedia dihidangkan

Sabtu, 3 Mac 2012

Tonight "ENTERTAINMENT"

Minggu nie Mama Mia kerja 6 hari seminggu.  Jadi, otak sangat penat bekerja.  Sekali sekala perlu juga service.  Tempat nie Mama Mia jumpa ketika jalan2x di Merdeka Mall sebelah movie cinema.  Agak menarik dan sangat sesuai untuk melepas tekanan.  Lepas nie kalau stress bolehlah datang sini lagi.  Kalau tak percaya, Mama Mia syorkan pembaca2x blog Mama Mia semua silalah cuba OK. Hanya RM10 untuk 20 batang anak panah.



 Arm Guard digunakan sebagai langkah keselamatan

 Ini pula merupakan finger tap 

Bow nie kalau x ada macam mana mau main archery nie 

 Pom pom girl

 Peserta permainan ini

 Sasaran


 Kalau x nak main archery kad UNO pun ada disediakan

 Teknik untuk menembak sasaran




Kenaikan gaji mungkin mufliskan Malaysia


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi amaran bahawa Malaysia sudah  mempunyai terlalu banyak cuti umum sehingga sukar bagi meningkatkan produktiviti.

mahathir ebook launching 091211 02Katanya, jika keadaan itu berterusan dengan kerajaan memilih untuk membayar lebih untuk kurang bekerja, negara akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius atau menjadi muflis seperti yang berlaku di negara Barat.
jika.

“Apabila kita bekerja jumlah hari yang kurang, maka produktiviti juga akan berkurangan.

“Kita mempunyai cuti yang terlalu banyak. Terdapat 52 hari Ahad dan ditambah lagi 52 hari Sabtu.

“Kita juga diberi cuti untuk semua perayaan keagamaan, walaupun agama itu mempunyai penganut  yang kecil.

"Kita sekarang pula menggantikan secara automatik cuti umum yang jatuh pada Ahad atau Sabtu dengan hari yang lain,” katanya dalam entri terbaru dalam blog beliau di bawah tajuk "Gaji Minimum".
Gaji minimum

Dr Mahathir  juga melahirkan kebimbangan dengan dasar gaji minimum yang bakal meningkatkan gaji secara keseluruhan kerana majikan akan cuba memastikan persamaan antara gred pekerja yang berbeza dapat dikekalkan.
NONEPada 24 Februari lalu, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Kementerian Sumber Manusia sedang memuktamadkan segala proses sebelum menguymumkan dasar gaji minimum bagi pekerja di sektor swasta di seluruh negara.

Menurut menterinya, Datuk Dr S Subramaniam, tindakan itu akan menyaksikan kira-kira 30 peratus daripada tenaga kerja di negara ini yang kini berpendapatan di bawah RM900 menikmati kenaikkan gaji minimum yang belum ditetapkan lagi itu.

Menurur Dr Mahathir,  Malaysia boleh menjadi  muflis apabila gaji atau pampasan untuk bekerja tidak diikuti dengan pertambahan produktiviti.

"Kita semua mahu menyaksikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi. Namun kita mesti juga bimbang mengenai daya persaingan kita.

azlan"Menambah pendapatan mesti meningkatkan kos pengeluaran melainkan produktiviti turut bertambah," katanya.

Menurutnya, Barat kini menghadapi masalah kewangan yang gawat dengan sekurang-kurangnya sebuah negaranya menjadi bankrap selepas membayar gaji berlebihan kepada rakyat mereka.

"Upah dan gaji yang tinggi, bonus yang besar dan pelbagai manfaat seperti bayaran untuk pengangguran menjadikan negara Barat kelihatan makmur. Tetapi cara boros mereka tidak boleh berterusan.

"Saya bimbang Malaysia mungkin menuju ke arah ini jika kita membayar lebih untuk kurang bekerja, seperti yang kita lakukan sekarang," kata beliau.
Tidak baik
Dr Mahathir juga membidas pentadbiran selepasnya kerana menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus.

Last day of Abdullah Ahmad Badawi. Najib Abdul Razak takes over as prime minister in PutrajayaWalaupun, tidak menamakan perdana menteri yang bertanggungjawab ke atas kenaikan itu, sasaran Dr Mahathir adalah penggantinya Tun Abdullah Ahmad Badawi yang katanya, mengurangkan peruntukan pembangunan bagi menaikkan gaji.

“Pernah seorang perdana menteri, pentadbiran yang lalu, menaikkan gaji kakitangan awam sebanyak 25 peratus. Namun tidak ada bukti bahawa hasil kerajaan pula meningkat sehingga 25 peratus.

Lazimnya, peningkatan adalah hanya kira-kira 10 peratus. Ini bermakna peningkatan kos operasi 25 peratus itu terpaksa ditampung dengan pemotongan 25 peratus peruntukan pembangunan,” katanya.

Menurut Mahathir, pengurangan peruntukan bagi pembangunan adalah tidak baik bagi negara yang sedang pesat membangun seperti Malaysia.