Dari sudut
pandangan masyarakat Cina, tahun 2012 merupakan tahun naga air yang
membawa banyak kebaikan dan rezeki. Tahun naga dianggap sebagai tahun
yang paling bertuah di dalam kalendar masyarakat Cina. Naga merupakan
makluk mistik yang membawa simbol kepada karisma, semangat dan juga
kuasa.
Itu
dari sudut pandangan masyarakat Cina lah kan tapi bagi Mama Mia
berbangsa Melayu nie ntah kenapa Tahun 2012= Tahun Naga Air nie macam
merupakan tahun malang sangat2x kerana banyak perkara yang berlaku
agak tidak baik bermula seawal Januari 2012. Tahun 2012 merupakan
tahun yang betul2x membuatkan Mama Mia S.T.R.E.S.S
Mama Mia if
s.t.r.e.s.s, Mama Mia memang suka baca buku motivasi or novel.
Lately nie, Mama Mia mengalami masalah tidak boleh tidur sampaikan
kadang2x terpaksa mengambil pil tidur (x ble amalkan selalu..no
good!!!). Hasil daripada pembacaan Mama Mia terjumpa satu article
yang ble Mama Mia boleh kongsikan dengan pembaca-pembaca blog Mama
Mia semua. It is about “Konsep 5K dalam
planning berumah tangga”.
Sebenarnya article nie not usefull lagi untuk Mama Mia tapi agak
menarik sebenarnya bagi mereka yang belum berumah tangga membaca dan
mendalami maksudnya.
Dalam memilih
pasangan, Rasulullah SAW telah memperkenalkan konsep '5K' iaitu
KENAL, KELAS, KUFU, KASIH dan KAHWIN.
KENAL :
Kita disuruh
mengenali pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau
fizikal sahaja, tetapi termasuk hati budi dan pegangan hidupnya.
Mungkin memang sudah lama kenal tetapi adalah perlu masa lebih untuk
mengenali contohnya kesukaan dan kebencian pasangan agar kelak dapat
menyenangkan hati pasangan dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak
disukai pasangan.
KELAS :
Kelas yang
baik pula bermakna golongan yang mengamalkan ajaran agama dan menjaga
akhlak. Dengan adanya kefahaman dan penghayatan agama, mereka akan
menghormati pertalian pernikahan
KUFU :
Kebendaan
atau keturunan (ada yang sangat2x menitik beratkan soal ini dan ada
juga yang bersahaja)
KASIH :
Sesungguhnya perlu wujud rasa kasih sebelum berkahwin. Contohnya, petunjuk yang manis untuk permulaan atau perhubungan iaitu direstui keluarga kedua-dua belah pihak
KAHWIN :
Ibadah yang
disyariatkan oleh Islam.