So, how to handle it???Why not kita sama-sama lihat beberapa tip yang dapat dilakukan bagi memelihara kesihatan mulut dan gigi:
Mengawal apa yang kita makan
# Kurangkan memakan makanan manis bagi memelihara kesihatan gigi
# Makanan masam juga tidak digalakkan kerana makanan masam mengandungi nilai PH yang rendah, yang akan menjadikan gigi kita 'lembut' dan mudah rapuh
Minum susu dan makanan yang dapat membekalkan kalsium dalam badan
# Kalsium akan menguatkan gigi kita, dan oleh itu mengurangkan risiko kerosakan gigi yang menyebabkan mulut berbau
# Sayuran berwarna hijau gelap juga mengandungi kalsium didalamnya
Gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari
# Biasanya, kita akan mandi 2 kali sehari, iaitu pagi dan juga malam. Maka setiap kali mandi jangan lupa menggosok gigi ya!
# Digalakkan juga menggosok gigi setiap kali selepas makan dan sebelum tidur
# Gosok gigi dengan cara yang betul, kerana sekiranya kita menggosok gigi terlalu kuat, akan berlaku pecahan enamel gigi
Gunakan cecair kumur yang mengandungi florida
# Cecair kumur yang berflorida dapat mencegah masalah karies gigi pada bahagian gigi yang tidak dapat dicapai oleh berus gigi
Biasakan penggunaan flos
# Lakukan flos sekurang-kurangnya sehari sekali terutamanya sebelum tidur
Gigi hanya bagi mengunyah makanan
# Jangan menggunakan gigi sebagai alat membuka botol minuman yang ketat ataupun membuka bungkusan makanan ringan
# Gigi mungkin pecah semasa membuka botol yang akan menyebabkan senyuman kurang menawan.
Lakukan pemeriksaan dan pembersihan gigi profesional secara berkala
# Kanak-kanak bermula usia 2 tahun selepas semua gigi susu tanggal
# Orang dewasa, sekurang-kurangnya enam bulan sekali
Jangan merokok
# Merokok akan menyebabkan gigi menjadi kuning dan nafas berbau, selain mendatang pelbagai masalah kesihatan seperti sakit jantung dan barah mulut
# Malah, rokok juga sudah diharamkan oleh majlis agama!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan