BERITA BAIK!!!

Jumaat, 17 Jun 2011

TIPS MENGATASI PERTENGKARAN KELUARGA

*Bertengkar*???? Biasala tu....Inilah namanya kehidupan berumah tangga.  Ia memang perkara yang *mungkin* atau *wajar* terjadi.  Kalau tak takkan ler ada yang kata *tanpa adanya masalah, ibarat sayur tanpa garam*.  Dah tentu kehidupan keluarga menjadi hambar atau membosankan.  Betul ker???? Ntah, itu pendapat saya jer.  Tak semestiya pedapat semua orang tu sama.  Kalau anda rasa pendapat saya ni salah silakan kritik *Gayah tak kisah* :-) :-P.
Tapi, yang jadi masalahnya ialah bagaimana nak selesaikan pertengkaran tu??? Banyak masalah dalam rumah tangga berlanjutan terus tanpa penghujungnya.  Akhirnya, pertengkaran itu berakhir dengan penceraian.
Jadi, di sini Mama Mia ada beberapa tips untuk kita kongsikan bersama;
1.  Tetap Tenang-Bila berlaku pertengkaran, jangan sampai perasaan marah itu melanda kedua-dua pihak dalam masa yang sama.  Bila dua-dua tengah marah, salah satu pihak tak kira la suami atau isteri yang dalam keadaan tidak terlalu marah bertenang dan berdiam diri.  Apa salahnya kalau mengalah untuk mendengar kemarahan suami atau isteri agar perang mulut atau *mulut celupar* dapat dihindarkan.  Jika anda masih berada bersama pasangan anda yang sedang marah akan menyebabkan rasa amarah semakin meluap-luap, segera tinggalkan pasangan anda, pergilah ke tempat yang lebih tenang, minum air dan kenal pasti apa yang berlaku.  Cubalah hadapi segala masalah yang menimpa anda berdua dengan hati terbuka.


2.  Tanyakan apa yang dia inginkan-Macam mana masalah nak selesai kalau dua-dua pihak nak menang.Cuba tanya...apa yang diinginkan oleh pasangan masing-masing.  Kalau kedua-dua pihak bersikap terbuka,  dah tentu suasana akan lebih tenang dan konflik dapat diminimumkan.  Dah tentu hubungan suami isteri akan menjadi lebih hangat kerana adanya keterbukaan dan saling memberi perhatian kedua-dua pihak.  Justeru membuatkan pasangan merasa lebih bahagia dan merasa lebih diberi perhatian.


3.  Minta Maaf (sangat penting)- Kalau tengah ada konflik, tak salah kalau salah seorang mengalah dan minta maaf terlebih dahulu.  Seperti kata orang bijak pandai *mengalah bukan beerti kalah*.Tak perlulah tinggikan ego saling tunggu siapa yang kena minta maaf dulu.


4.  Sentuhan Lembut-Ungkapkan ungkapan maaf dengan bersungguh-sungguh kerana ia lebih bermakna dan lebih memberi kesan di hati pasangan.  Tak salah kalau memeluk atau menggenggam tangannya dengan lembut.  
     
SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan