BERITA BAIK!!!

Selasa, 14 Jun 2011

ANAK MANJA? MASALAH?TIPS?CARA ATASI???????

Hari ni Mama Mia nak kongsikan dengan pembaca-pembaca blog Mama Mia semua tentang bagaimana cara untuk mengatasi anak yang manja.
Biasala, bila anak meninggalkan usia kecilnya kadang-kadang mereka masih juga manja.  Anak menjadi manja disebabkan oleh layanan kita sebagai parentsnya yang terlalu berlebihan dalam menuruti semua permintaan anak.  Apa yang diminta oleh anak, ibu apa selalu memenuhinya.  Jika ibu bapa tidak memenuhi permintaannya, anak pun merengek dan menangis.  Adakah itu satu-satunya faktor penyebab??? Salah ke kalau macam tu????Itu persoalan biasa yang bermain di fikiran setiap ibu bapa.
Sebagai seorang Ibu, Mama Mia rasa tak salah kalau kita cuba penuhi permintaan anak kita tetapi biarlah kena dengan caranya.  Biasanya Mama Mia akan minta sesuatu dari anak Mama Mia dan apabila permintaan Mama Mia ditunaikan barulah Mama Mia penuhi permintaan anak Mama Mia sebagai pengukuhan atau ganjaran kepadanya.  Adillah kan....mestilah give N take.
Pada pendapat Mama Mia itu bukanlah satu-satunya faktor penyebab anak menjadi manja. Sifat anak Mama Mia yang manja terjadi mungkin disebabkan oleh keinginan dia untuk selalu berada disamping Mama Mia dan suami.  


Tips Atasi Anak Manja
> Parents mesti ada kemahuan untuk tidak manjakan anak. Sangat penting tu!!!!! (Amaran keras)
> Tak salah kalau kita mengajar anak kita hidup berdikari mulai dengan perara-perkara yang kecil contohnya biasakan anak dengan mengambil baju sekolah sediri, makanan atau minuman sendiri.  Pendapat orang bila kita minta anak kita berbuat demikian, "Mummy awak tu malas, ada ke awak yang kecil2 pun dah suruh buat sendiri" pedulikan jer dengan pendapat orang, kerana lain orang lain pendapat. Bagi Mama Mia, pepatah *Kalau nak lentur buluh biar dari rebungnya* ada banyak kebaikannya. Kalau tak, x kan pepatah sedemikian masih digunakan sehingga sekarang. Buktinya, Mama Mia sekarang menjadi orang yang boleh berdikari dan berbakti kepada masyarakat kerana *pepatah * itu sahaja.  Walaupun Mama Mia ada orang gaji tetapi Mama Mia tidak mahu anak Mama Mia sentiasa bergantung dengannya.
> Sentiasa berkomunikasi dengan anak bahawa pada usianya ketika ini, dia harus mempunyai tanggungjawab. Bukannya nak *stress* kan anak Mama Mia. Tetapi, Mama Mia cuba jelaskan kepada anak Mama Mia mengenai keutamaan bahawa tidak semua perkara yang diinginkannya mesti dipenuhi. * Untuk mendapatkan sesuatu mestilah dengan cara berusaha kerana dengan itu kita akan lebih menghargainya*
> Jika anak Mama Mia masih mengingkar perintah Mama Mia dengan merengek atau menangis, Mama Mia akan biarkannya sehingga anak Mama Mia tenang dan setelah dia tenang barulah Mama Mia cuba explain bahawa tindakannya itu tidak benar.  Cuba fikir??? Kalau kita diberitahu/dituduh membuat kesalahan, dah tentu kita mahukan explanation kan??? Anak kita pun begitu juga.
>  Parents harus konsisten untuk tidak memanjakan anak (Perkara Wajib BUAT).  Jangan hanya sanggup melakukannya satu atau 2 hari sahaja, dan kemudian memanjakan mereka kembali.
>  Mama Mia sealu berikan pujian jika anak Mama Mia tidak lagi merengek ketika meminta sesuatu sehingga dia memahami bahawa Mama Mia bahagia jika melihat dirinya mulai berubah.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. tapi mcmn ea kalau anak tu umur 2tahun?pening pikir..dia tak nak org lain..nak mama dia shj...

    BalasPadam