BERITA BAIK!!!

Khamis, 30 Jun 2011




Suami GIGIT kemaluan isteri??? Macam-macam ada

"Macam-macam ada".  Dunia sekarang ni macam-macam perkara pelik dan tak diduga berlaku.  Selepas membaca artikel ini siapa yang harus dipersalahkan????Yang menjadi persoalannya sekiranya si isteri menolak ajakan suami tanpa sebab yang munasabah atau memudaratkan diri sendiri SALAH ke TAK?  Cuba tanya diri sendiri???

Dituduh gigit kemaluan isteri

KUANTAN - Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap isterinya dengan menggigit kemaluan wanita itu yang enggan mengadakan hubungan seks pada April lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Mohd. Shakri Ismail, 28, dari Felda Bukit Goh di sini membuat pengakuan tidak bersalah atas dakwaan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noradidah Ahmad.
Mengikut kertas pertuduhan, Mohd. Shakri didakwa menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Roshapida Mat Sidik, 23, dengan menggigit kemaluan mangsa untuk mengadakan persetubuhan antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 3.30 pagi pada 21 April lalu di sebuah rumah di Felda Bukit Goh di sini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375A Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kecederaan untuk mengadakan persetubuhan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Terdahulu, selepas kertas pertuduhan dibacakan tertuduh memberitahu mahkamah bahawa dia tidak melakukan perbuatan itu dan mempersoalkan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
"Saya tidak mencederakan dia," kata Mohd. Shakri.
Mendengar kata-kata tertuduh itu, Noradidah menyoal semula Mohd. Shakri dengan berkata:
"Jika kamu tidak melakukan perbuatan itu mengapa ada kesan gigitan pada mangsa."
Kata-kata hakim itu menyebabkan tertuduh terus mendiamkan diri sebelum mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

GOOD NEWS "CASH BACK" guarantee!!!

Siapa yang tak suka shopping????Tipulah kalau ada yang tak minat shopping terutamanya kaum perempuan kan???Bila shopping mana fikir duit ada ke tidak kan??Apapun saya ada berita baik untuk mereka2 yang gemar shopping.**Dapatkan 25% cash back** dengan  CLICK SINI

Rabu, 29 Jun 2011

Pelajar cedera dakwa di BELASAH 6 orang GURU????

Macam biasa, balik jer dari sekolah saya akan buka internet baca *paper*.  Nak beli sure habis punya sebab pukul 5.00 petang baru sampai rumah. Mata tertancap pada berita paling terkini di situ, “Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru” dikarang Oleh Zulkifli Manzor.[Artikel asal di sini]

Pelajar cedera dakwa dibelasah 6 guru






LAKONAN semula bagaimana Muhammad Noor Azim dipijak oleh sekumpulan 
enam guru dalam kedudukan bersujud.




HULU LANGAT – Seorang pelajar sebuah sekolah di Jelebu, Negeri Sembilan mendakwa dibelasah hingga cedera oleh sekumpulan guru lelaki di sekolah itu pada Selasa lalu. Muhammad Noor Azim Ajis, 17, mendakwa, kejadian bermula ketika dia sedang menduduki peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Bahasa Melayu sebelum seorang guru datang dan memintanya ke bengkel sekolah.
Apabila tiba di bengkel, ada enam guru lelaki lain. Tiba-tiba mereka menumbuk, menendang dan memijak saya hampir setengah jam,” dakwanya ketika ditemui Kosmo! di rumahnya di Kampung Jawa, Batu 18 di sini semalam. Selain menjadi mangsa sepak terajang, dia juga mendakwa dipukul dengan objek keras pada kejadian pukul 8.30 pagi itu. Akibat serangan itu, Muhammad Noor Azim terpaksa mengambil cuti sakit kerana cedera di muka, kepala dan badan serta tidak berupaya menduduki peperiksaan.
Dia mendakwa, kumpulan guru itu mengarahkan dia bersujud dengan kedua-dua tangan dilipat ke belakang sebelum dipijak dan ditendang.
"Betul ke kejadian nie berlaku????macam x logik jer.  Musim tryal exam ke sekarang nie???? macam x logik jer???bukan mid year exam ker yang baru lepas??? semuanya question mark????"

MAHALNYA!!! Harga ayam naik RM1.00 sekilo???

Harga ayam naik RM1 sekilo

NAIK...peniaga di Pasar Chow Kit menjual ayam RM8 sekilogram.

NAIK...peniaga di Pasar Chow Kit menjual ayam RM8 sekilogram.
KUALA LUMPUR: Sejak dua minggu lalu, kebanyakan peniaga bahan
keperluan di beberapapasar mendakwa berlaku kenaikan harga terutama
barangan mentah di pasar khususnya ikan
dan ayam.
Tinjauan ke Pasar Chow Kit mendapati, harga ayam meningkat 50 sen
hingga RM1 sekilogram yangdijual pada harga RM8 atau RM8.50 sekilogram
berbanding RM7.50 sekilogram sebelum ini.

Malah, lebih mengejutkan harga ikan kembung yang dijual pada harga RM6
sekilogram meningkatsehingga 100 peratus iaitu pada harga RM12
sekilogram sejak tiga hari lalu.

Peniaga, Ali Mahmud, 28, berkata, kenaikan harga berlaku sejak dua minggu
lalu dengan kenaikan20 sen hingga RM6 menyebabkan peniaga menerima
pelbagai rungutan daripada pembeli.

“Kami menerima barangan daripada pemborong. Jika mereka menaikkan
harga kami terpaksamenjual pada harga tinggi walaupun kadang-kadang
keuntungan sedikit.

“Peniaga dalam dilema kerana setiap hari terpaksa menerima rungutan
daripada pembeli jikaberlaku keadaan sedemikian,” katanya.


Menurutnya, dia tidak pernah menaikkan harga ayam sesuka hati kerana
sedia maklum bahanmentah berkenaan barangan kawalan.

Peniaga ikan yang mahu dikenali Hairi, 29, berkata minggu ini menyaksikan
kenaikan beberapajenis ikan seperti kembung, kerisi dan selar sehingga dua
kali ganda daripada harga sebelum ini.

“Kekurangan bekalan ikan terutama kembung akibat keadaan cuaca tidak
menentu menyebabkan harganya naik mendadak dan ini kali kedua harga
ikan naik.

“Kami tidak dapat menjangka harganya akan turun dalam masa terdekat
kerana tidak menunjukkan ia akan kembali normal dan bergantung keadaan
semasa,” katanya.

sumber:  http://www.hmetro.com.my/articles/HargaayamnaikRM1sekilo/Article

Selasa, 28 Jun 2011

Keluarga P Ramlee tuntut royalti RM200 juta adalah wajar



2011/06/28

GEORGETOWN: Tindakan ahli keluarga Allahyarham Tan Sri P Ramlee menuntut royalti hasil bayaran daripada tayangan filem lakonan seniman itu daripada syarikat produksi, Shaw Brothers adalah wajar, kata pelakon veteran Datuk Mustapha Ma'arof.

Mustapha yang juga anggota Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) berkata, tindakan itu wajar kerana syarikat berkenaan memperolehi keuntungan hasil penayangan filem-filem P.Ramlee.
"Sebagai anak seni, saya sokong hasrat keluarga P Ramlee menuntut hak mereka bagi mendapatkan royalti hasil daripada tayangan filem lakonannya namun semuany

a bergantung kepada Shaw Brothers untuk pertimbangan sewajarnya," katanya kepada pemberita selepas berucap pada majlis "Bicara Seni P.Ramlee - Seniman Sepanjang Zaman" di sini, hari ini.
Akhbar baru-baru ini melaporkan waris P Ramlee bercadang menuntut royalti daripada bekas majikan seniman agung itu hasil bayaran tayangan filem lakonan Allahyarham di stesen televisyen termasuk televisyen berbayar yang dikatakan mencecah RM200 juta.

P Ramlee adalah seniman yang dikenang dan disanjung sepanjang zaman menerusi pembabitannya dalam lebih 60 buah filem dan 360 lagu.

Bicara itu ianjurkan hasil kerjasama antara Arkib Negara di bawah Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan bersama Universiti Sains Malaysia (USM) bertujuan mengumpul, menambah dan melengkapkan maklumat berkaitan Allahyarham Tan Sri P Ramlee untuk simpanan di Arkib Negara.

Antara barisan panel di bicara itu ialah Profesor Madya Razif Mohd dan Profesor Madya Samad Salleh dar

JAHITAN TAMPAL CANTUM

Bangganya aku sebagai seorang guru.  Bukan senang nak kerja senang dan sangat susah kalau nak senang jer.  Anyway, today topic is about my job as a teacher.  Student kalau cikgu dah announce nak buat amali sure yang bisu pun  tiba-tiba jadi boleh bercakap.  Tengoklah picture kat bawah tu masing-masing tekun jer buat kerja.  Kita pun as a teacher mesti lah ada "Give N Take".  Wahai anak-anak didikku, cikgu bukanlah kejam sangat if U all rajin buat kerja-kerja yang I suruh buat dah tentu I pun akan rasa sadis n berperikemanusiaan.  Student kalau buat amali mereka really2 enjoy it.  Yer la takan lah 24 hours jumpa kita* just chalk n talk* maunya tak "boring" budak-budak ni.  Tapi for me, alangalang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.  Saya kalau bleh nak pastikan semua student yang saya ajar faham dengan apa yang telah saya ajar.  I'm look stupid if they were stupid just because of me. 

Ini adalah sesi amali subjek KHB.  Amali yang pelajar ni tengah buat adalah amali Jahitan Tampal Cantum.  Pelajar-pelajar ni bukan tidak boleh buat.  Kalau kita bagi sepenuh kepercayaan mereka memang boleh buat.  Sorry yer my student, cikgu ajar n paksa kamu suruh buat untuk masa depan kamu.  Kita ni manusia yang hanya mampu merancang tapi tuhan yang akan menentukan nanti.  Mana tahu korang x de kejer bila tamat sekolah nanti or  berminat untuk berkecimpung dalam bisnes2 something like this.  Jadi, kemahiran dah ada kan cuma kena guna jer lah.  **Cikgu pun tak akan rasa berdosa kerana cikgu dah betul2 mengajar kamu.**



cantikkan?????

Ini pelajar kelas nomber 11 daripada 14 kelas

tekun jer menjahit




First time buat, tapi hasil sungguh membanggakan


If I boleh buat, why not u all.  Yang penting nasihat saya jangan selalu give excuse kerana buat atau tak nak buat itu depends dengan diri sendiri.  

Guru nyaris DILIBAS PARANG


Oleh JUNHAIRI ALYASA dan LILY YEAN
berita@kosmo.com.my

KETIKA mahu melarikan diri, penjenayah mengacukan parang ke arah mangsa yang terbaring di atas jalan.

KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit.

SUMBER: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0628&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

Isnin, 27 Jun 2011

Akibat salah faham, guru ditumbuk bapa murid

Oleh ADHAM SHADAN
berita@kosmo.com.my
PASIR MAS – Seorang guru yang baharu tiba di sekolah untuk memulakan tugas cedera di pipi kiri selepas ditumbuk seorang lelaki yang sedang menunggu di pagar sekolah itu pagi semalam.

Azidi Abdullah, 44, mendakwa, lelaki tersebut yang ditemani seorang wanita dipercayai isterinya turut membawa sebilah parang yang dibalut dengan tuala sambil memarahinya kerana menampar pipi anak lelaki mereka yang belajar di tahun empat pada sesi persekolahan Rabu lalu.

Dalam kejadian pukul 7.20 pagi itu, Azidi mendakwa ditumbuk sebanyak dua kali.

“Tanpa sempat berbuat apa-apa, saya terus ditumbuk dan bila minta dia bertenang, dia tumbuk sekali lagi,” ceritanya ketika ditemui bersama isterinya, Azfaneeza Adnan di rumahnya di sini.

Dakwanya lagi, ekoran kejadian itu, dia membuat laporan di Balai Polis Pasir Mas di sini pada pukul 10.15 pagi.

Guru itu mendakwa, pasangan suami isteri itu sebenarnya salah faham apabila menyangka dia menampar anak mereka di kelas pada Rabu lalu yang menyebabkan murid tersebut tercedera.

sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0627&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

Ahad, 26 Jun 2011

NORA ELENA SLOT AKASIA TV3



Sinopsis Nora Elena
Nora Elena ialah kisah seorang  gadis  yang telah dinodai oleh seseorang semasa dia berusia 15 tahun. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya apabila tunangnya mendapat tahu dia dah tak suci lagi.. Dalam kekecewaan tu, muncul le hero bernama Seth Tan, seorang lelaki berketurunan Baba Nyonya, sanggup berkahwin di bagi menggantikan tunang Nora kerana hari perkahwinan semakin dekat.


Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan ni berkahwin, baru lah Nora dapat tahu Seth ni rupanya lelaki yang telah menodainya 10 tahun lalu. Malangnya Nora ketika tu dah berkahwin dengan Seth dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth dah memeluk Islam dan telah insaf tapi Nora Elena tetap tak dapat memaafkan suaminya tu. Bagaimana ye Seth nak mengatasi sikap benci Nora terhadapnya, Nora sering menyakiti hati Seth. Sebagai saudara Islam, dapatkan Seth menghadapi dugaan yang besar dalam hidupnya. Nora Elena menggugut akan meninggalkan Seth setelah bersalin kelak. Seth yg terlalu sayangkan Nora Elena akan cuba sedaya upaya memikat kembali Nora Elena. Mesti ada banyak babak romantik dan mencairkan hati semua penonton..hehe!! Watak Seth dipegang oleh Aaron Aziz ni yang macho dan hensem kena memikat hati Siti Saleha watak Nora elena tu. Macam mana ye…ada yang tak sabaq sabaq ka nak tengok Nora Elena. Seperti biasa Akasia jam 7 petang, tv3 (Isnin – Khamis)


Pelakon lain dalam Nora Elena: Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira, dan Shah Iskandar sebagai Malik.


Nuriz tak pernah baca novel ni tapi dari sinopsis cerita ni dah boleh bayangkan dah macam mana jalan cerita dalam drama ni pasti menarik macam novel ni jugak.  Watak Nora Elena digambarkan seorang yang ayu dan cantik telah mencairkan hati lelaki. Watak Seth sebagai hero pulak seorang yang hensem, penyayang dan berusaha sedaya upaya mendapatkan cinta sucinya. Teruja le nak tengok hehe!!

UNTUK MENONTON????

Episod 1
Episod 2 part 1
Episod 2 part 2
Episod 2 part 3
Episod 3 part 1
Episod 3 part 2
Episod 3 part 3
Episod 4 part 1
Episod 4 part 2
Episod 4 part 3

Episod 6 part 1

165 JENIS BARANG HARGANYA TURUN???

165 barang di pasaran turun harga


ISMAIL SABRI (kanan) melihat beberapa buah beg yang dijual pada Ekspo Beli Barangan Malaysia di East Coast Mall, Kuantan semalam.


KUANTAN – Bilangan barangan di pasaran yang mengalami penurunan harga adalah lebih banyak berbanding yang mengalami kenaikan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya mendapati sebanyak 165 jenis barang mengalami penurunan harga manakala 135 lagi mengalami kenaikan.
“Banyak pihak mempersoalkan harga barang naik, namun keadaan sebenarnya adalah lebih banyak barang mengalami penurunan harga.
“Contohnya yang turun harga ialah bawang merah dan beberapa lagi barang. Para pengguna boleh memeriksa harga barang-barang tersebut di portal kementerian (http://www.kpdnkk.gov.my),” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan penutup Ekspo Beli Barangan Malaysia di East Coast Mall di sini semalam yang disertai 97 syarikat pengeluar barangan buatan tempatan.
Ismail Sabri berkata, para pengguna juga perlu bijak memilih kedai serta pasar raya yang menjual barangan pada harga murah.
UNTUK LAPORAN ANALISA ALIRAN HARGA BARANG YANG MENURUN DAN MENINGKAT
Sila Klik SINI

Sabtu, 25 Jun 2011

PUDING TELUR KARAMEL SPECIAL MAMA MIA

Dipetang berbahagia setelah penat baru pulang dari sekolah sebab ada Hari Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru, teringin pula nak menghadap Puding Telur Karamel nie.  Actually, aku belajar buat nie time school break November-Disember last year daripada chef "Kak Pija" aku panggil dari Pulau Pinang....

Inilah juadah minum petang untuk petang ini
 ... KEKAWAN: Cara Membuat Puding Telur Berkaramel / Puding Gula Hangus

Bahan
>> 6 biji telur
>> 1 tin susu cair
>> 1 mangkuk air
>> 1 cawan gula
>> 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat
1.  Kisar telur dengan susu, tambahkan air dan esen vanilla
2.  Cairkan gula, kemudian tuangkan air gula ke dalam sebuah bekas
3.  Bahan yang telah dikisar tadi dimasukkan ke dalam bekas yang sama, kemudian dikukus
4.  Angkat dan apabila sejuk boleh lah dihidang

ALHAMDULILLAH UNTUK REZEKI PETANG INI.....

Cuba buat sure menjadi punya!!

Jumaat, 24 Jun 2011

KENDURI KAHWIN SAMPAI SEMINGGU???

WEDDING OF THE YEAR 2010

Story nie hanya kita found it kat Titi Gajah je.  Kat tempat lain Mama Mia tak tau tapi memang best lah coz before I get married dengan Mr. Ahmad Fairus Che Mi, I never attend or involved dengan gathering atau apa-apa jer la like this.  What ever, sangat best n enjoy very much coz Mama Mia sangat2 bersyukur kerana ditemukan keluarga yang macam nie.  2kg badan Mama Mia suffer b'coz melantak nasi minyak sampai seminggu.  It started from 25 November 2010, suddenly that day was my birthday.
The above picture adalah Sharukh Khan n Kajol.  (:-P)..Shahrukh Khan tu adalah cousin hubby Mama Mia.  That why sepesen jer muka tapi *handsome lagi la husband I* hehehe.  Yer la takan nak cakap laki orang handsome kot mesti la higher mark dekat laki sendiri kan. Yang best kat Titi Gajah nie orang lain kenduri sehari jer tapi kalau Titi Gajah kalau boleh setahun.  So, memang bebaloi la orang-orang yang jauh diperantauan kalau sekali balik kampung coz nak makan apa pun boleh request especially kalau permintaan dibuat kepada Hajah Norma.heheh...tapi tak tau lah tahun nie nak ke tak MAK NOMBOR 2 aku kat Titi Gajah tu kalau request dapat dipenuhi?????bukan aper kan dah dapat menantu kat atas tu. hehehe....Rindu *bengkang ubi* :-(

Tanggal 27 November 2010 pulak yang mana kedudukan rumah keduri hanya lebih kurang 500 meter dari rumah kenduri di atas, Titi Gajah masih sibuk dengan kenduri yang ke 2.


Tapi untuk kenduri yang kedua nie bukan la kenduri dipihak lelaki.  Ini adalah kenduri di pihak perempuan (anak saudara pupu husband Mama Mia).  Just imagine 25/11/10 kenduri yang 1st tadi itu pun starting 24/11/10 lagi dah makan besar dah dekat Titi Gajah nie. 26/11/10 Majlis akad nikah pengantin kat 2nd picture tu.  27/11/10 kenduri persandingan kedua2 mempelai di atas. Best sangat. Sangat2 meriah coz saudara mara family my hubby nie banyak sehingga setiap tahun kena update ahli keluarga dalam buku salasilah anak menantu cucu TOK DON.


Ini pula adalah kenduri yang ketiga jatuh pada tanggal 29 November 2010.  Dah tentu la yang lelaki tu adalah cousin husband I.  Kan mirip2 gitu.  Tapi nak ditekankan di sini what ever pun  dah tentulah My hubby lagi handsome (Uweeeek!!!) jangan baca kalau tak tahan nak muntah ok????. Ending kenduri bukan macam tu ok ada lagi yang biasanya acara wajib setiap kali selepas selesai majlis menyambut ahli keluarga baru dalam keluarga anak cucu menantu TOK DON ni.  Pada malam terakhir setelah selesai majlis kenduri kahwin, PESTA MUDA MUDI diadakan sebagai majlis suaikenal dengan ahli keluarga yang baru.  Sangat2 best sebab before Mama Mia get married, I never attend majlis-majlis yang macam nie.  Mama Mia rasa maybe U all pun tak pernah involved dengan gathering macam nie kan...
 Gambar nie belum start majlis....Susunan kerusi tu macam nak hadiri forum jer kan...Tapi di Titi Gajah kalau susun kerusi macam nie dah pasti forum anak cucu menantu TOK DON.  Penuh kerusi-kerusi tu.
sesi menonton gambar2 candid sepanjang majlis kenduri.

acara cabutan bertuah

majlis penyampaian cabutan bertuah oleh para mempelai

Seronok bukan????Anda pernah menghadiri majlis yang begini??? So, nak join???Kena cari orang Titi Gajah ler. heeh....Tahun nie bagaimana????kena tunggu till November la.  Itu pun kalau ada yang dah sampai seru.  Ramai tu, berduyun-duyun lagi..  Ini belum majlis sambutan hari raya tau...Kepada pembaca-pembaca blog Mama Mia, mana tau bleh dijadikan contoh or idea untuk orang buat arrangement kerana majlis-malis begini boleh merapatka tali silaturahim keluarga.  Ok, see you in next story telling.

Minta seminggu dapat 2 minggu!!!!!

Pak Pandir bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan.  Pada suatu hari, dia berjumpa dengan pengurus untuk minta cuti....

"Tuan, saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga.  Bolehkah?"

Jawab pengurus, "Cuti seminggu....oklah, saya bagi cuti seminggu."

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.  Tanya si pengurus, "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir, "Saya minta seminggu cuti.  Tuan bagi seminggu cuti.  Jadi dua minggulah..."


MORAL OF THE STORY
>>>Jaga disiplin.  Jangan mengambil kesempatan.

Rabu, 22 Jun 2011

Hantar karangan dapat kahwin percuma

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my


KUALA TERENGGANU - Siapkan karangan bertajuk 'Kenapa saya layak dipilih...' tidak kurang daripada 300 patah perkataan dan majlis perkahwinan anda dan pasangan mungkin ditaja sepenuhnya.
Itu antara syarat yang ditetapkan pihak penganjur kepada semua bakal pengantin yang ingin menyertai program My Idol, Raja Sehari 1Malaysia, 1Pasangan anjuran UMNO Bahagian Kuala Terengganu.
Ketuanya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, berdasarkan karangan itu kelak, pihaknya akan memilih 10 pasangan bertuah dan program itu terbuka kepada mana-mana pasangan yang belum pernah berkahwin serta mempunyai pendapatan tidak melebihi RM1,500 sebulan.
"Sebanyak 10 karangan terbaik akan dipilih mewakili 10 pasangan yang terdiri daripada lapan pasangan Melayu dan masing-masing satu pasangan berbangsa Cina dan India dalam program ini," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.
Menurut Wan Ahmad Farid lagi, salah seorang daripada pasangan itu nanti perlu berusia tidak kurang daripada 21 tahun dan bermastautin di Kuala Terengganu.
Borang untuk menyertai program itu boleh didapati di pejabat UMNO Bahagian Kuala Terengganu di Jalan Gong Kapas di sini dan karangan perlu dihantar selewat-lewatnya sebelum 17 Julai ini.
Majlis akad nikah untuk program itu akan diadakan pada 16 September ini di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam manakala jamuan rakyat yang turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said pula akan diadakan di Dataran Shahbandar di sini sehari kemudiannya.
Selain pejabat UMNO Kuala Terengganu, program yang sama turut mendapat kerjasama daripada Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, Pejabat Pelancongan Malaysia Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu serta Jabatan Kebudayaan dan Kesenian negeri.
"Kita bukan sahaja menaja sepenuhnya perkahwinan kesemua pasangan itu nanti, tetapi mereka juga akan diberikan wang saku sekurang-kurangnya RM5,000.
"Setiap pasangan akan diberikan satu khemah khas dan mereka juga dibenarkan menghantar jemputan kepada 1,000 tetamu bagi memeriahkan majlis," katanya.

Isnin, 20 Jun 2011

FILEM KONGSI AND KL GANGSTER GOT SUMMON BY "PEKIDA"

Yusof Haslam mohon maaf
18/06/2011


KUALA LUMPUR: Demi menjernihkan keadaan dan memelihara perpaduan sesama Islam, penerbit filem KL Gangster, Datuk Yusof Haslam memohon maaf kepada Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) berhubung kontroversi penggunaan beberapa nama panggilan yang dikatakan sinonim dengan pertubuhan itu melalui filem aksi terbabit, baru-baru ini.
Yusof yang juga Pengarah Urusan Skop Productions berkata, kontroversi itu tercetus disebabkan salah faham, bukannya salah PEKIDA atau Skop Productions.

“Saya dengan rasa rendah hati, menghulur tangan tanda persahabatan, demi Tuhan saya langsung tidak ada niat walau sebesar kuman untuk mempersendakan PEKIDA.

“Mungkin penggunaan beberapa nama panggilan di dalam KL Gangster membuatkan beberapa ahli PEKIDA terasa hati dan terkena tempias.

“Apabila wujud salah faham, ia berlaku secara kebetulan dalam filem, bahasa filem tak sama dengan bahasa di luar,” katanya pada majlis kesyukuran dan musyawarah antara Skop dan PEKIDA di Restoran Haslam, di sini, malam tadi.

Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Pekida Wilayah Persekutuan/Putrajaya/Labuan, Datuk Roslan Dahaman. Hadir sama, pengarah KL Gangster, Syamsul Yusof Haslam dan pelakon filem itu seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Soffi Jikan, Adam Corrie dan Sheera Iskandar. 
Turut hadir, penerbit filem Kongsi, David Teo dan produser drama terkenal, Mohd Noor Kadir. 



Talk Less and Listen More

Truly listening to another person is a gift---the ultimate sign of respect for another's thoughts.  But it's a difficult gift to give.  Instead of listening, we may be wondering what we should say next.  The bottom line is that most of us are simply too self-absorbed to be good listeners.  
Listening is a skill that requires practice and determination.  To master it, you must be willing to close your mouth and consciously focus on the other person's words.  Becoming a good listener is hard work, but giving the gift of being heard can make a great difference in the lives of those around you.


A true listener hears with
the ears, head and heart...

Ahad, 19 Jun 2011

MENGHADAPI ANAK YANG NAKAL DAN HIPERAKTIF

Kadang-kadang Mama Mia merasa susah hati, jika melihat anak sendiri melakukan perbuatan yang tidak baik.  Walaupun anak Mama Mia masih kecil tapi *nak melentur buluh biarlah dari rebungnya*.  Kanak-kanak boleh menjadi nakal kerana terpengaruh dengan kawan-kawannya di sekolah atau memang dia tergolong dalam anak yang hiperaktif.  Walaupun Mama Mia nie seorang cikgu, tapi realitinya bukan senang hendak mengajar dan mendidik anak sendiri.  
Mama Mia ada minta pendapat daripada beberapa orang doktor tentang bagaimana hendak menghadapi anak yang nakal dan hiperaktif.  Ada beberapa tips yang telah diberikan tetapi Mama Mia akan kongsikan tips-tips tersebut pada masa yang akan datang.  Hari ni Mama Mia just nak kongsikan salah satu tips yang telah diberikan.............

Tips 7- Sejak kecil, berikan bermacam-macam aktiviti kepada anak.  Kesibukan tersebut boleh disesuaikan dengan kecenderungan dan kesukaan si anak.  Jika anak suka membaca dan menulis, ajaklah dia ke pesta buku atau kedai-kedai buku.  Jika dia suka berolahraga beri sokongan kepadanya untuk dia mempelajari olahraga kesukaannya, atau di bidang seni atau bidang-bidang lainnya.

Mama Mia sangat 2 tertarik dengan Tips 7 ni. Jadi, Mama Mia fikir dan kaji tentang perkara2 yang anak Mama Mia suka.Mama Mia try tips 7 nie dan ternyata ianya amat berkesan.  Anak Mama Mia suka mewarna, menggunting,menyanyi n dah tentu berkubang dalam swimming pool.  That s the reason I send her to join Wonder Art Class n Swimming Class.  Ada orang cakap "anak kecil lagi tak perlulah nak 'stress' kan dia lagi".  Nak dengar orang berhenti cakap susahlah kan??? Mulut tempayan boleh lah tutup. Pada Mama Mia, 'The important thing is I know the reason I did it'.  Lain orang, lain sikapnya, lain perwatakkannya, lain kemampuannya.  Tak ada manusia yang sempurna dan sama di muka bumi nie.  Kanak-kanak pun macam tu juga....ada yang ok ada yang tidak ok. 

Alhamdulillah, after join Wonder Art Class n Swimming Class nie banyak perubahan yang dapat dilihat daripada anak Mama Mia.  She always ask me about time table class.  Contohnya...

Mia  :  Bila Mia ada art class dekat club lagi mummy?
Mama Mia  :  Next week sayang
Mia  :  Ala...lambatnye.  Swimming class ada tak hari nie?
Mama Mia  :  Tomorrow ada la..
Mia  :  Tak boleh hari-hari ker mummy?  Mia suka.

Conclusion:  I tak paksa anak I ok!!!!!!!!!  She ask for it.

Now, Mama Mia rasa lega kerana orang2 yang kata Mama Mia ni paksa anak buat ini itu sebenarnya tanggapan mereka SALAH. Reality, anak Mama Mia memang tak rasa *stress* pun dengan class2 yang dia join tu.  Malah dia benar2 enjoy.

Ini antara hasil 'art work' dia...

Yang tak tahannya dan membuatkan Mama Mia ketawa *spelling nama dia*

Just know how to spell QIS. *hehehe*

Q, I, S tu dah betul tapi I, U, D tu ntah la.  Tapi tak pe good try at least she try to recall her memory.
So, if u need your child happy and fun...why not you try let them join Wonder Art Class.  A happy child is able to explore the world through natural interest and to express their creativity and ideas n any way they love to.  Sadly our children spend most of their times in classroom, in tuition center or in front of TV.  They need to get out from "adult's expectation".  Why not let them dive into all kinds and creative art, music, drama and story.  
If pembaca blog Mama Mia in Miri, sudah pasti Mama Mia will help you.  Just contact me n I will send U the right place ok.





Jumaat, 17 Jun 2011

HONGKONG DISNEYLAND????PERCUTIAN PERCUMA?????

Mama Mia dah lama teringin nak ke HONG KONG Disneyland nie...JOM???


 Just clicks....SINI


Did you know that up to 75% engine wear happens at start up?

Stand a chance to win exciting prizes like a trip to HK Disneyland to
 celebrate your victory & iPad2!

Come and play the Castrol Magnatec Augmented Reality game on FB
and see intelligent molecules cling to the engine's critical parts.

Take up the challenge against start-up engine wear with Castrol Magnatec,
giving you instant protection from the moment you turn the key! ;)

TIPS MENGATASI PERTENGKARAN KELUARGA

*Bertengkar*???? Biasala tu....Inilah namanya kehidupan berumah tangga.  Ia memang perkara yang *mungkin* atau *wajar* terjadi.  Kalau tak takkan ler ada yang kata *tanpa adanya masalah, ibarat sayur tanpa garam*.  Dah tentu kehidupan keluarga menjadi hambar atau membosankan.  Betul ker???? Ntah, itu pendapat saya jer.  Tak semestiya pedapat semua orang tu sama.  Kalau anda rasa pendapat saya ni salah silakan kritik *Gayah tak kisah* :-) :-P.
Tapi, yang jadi masalahnya ialah bagaimana nak selesaikan pertengkaran tu??? Banyak masalah dalam rumah tangga berlanjutan terus tanpa penghujungnya.  Akhirnya, pertengkaran itu berakhir dengan penceraian.
Jadi, di sini Mama Mia ada beberapa tips untuk kita kongsikan bersama;
1.  Tetap Tenang-Bila berlaku pertengkaran, jangan sampai perasaan marah itu melanda kedua-dua pihak dalam masa yang sama.  Bila dua-dua tengah marah, salah satu pihak tak kira la suami atau isteri yang dalam keadaan tidak terlalu marah bertenang dan berdiam diri.  Apa salahnya kalau mengalah untuk mendengar kemarahan suami atau isteri agar perang mulut atau *mulut celupar* dapat dihindarkan.  Jika anda masih berada bersama pasangan anda yang sedang marah akan menyebabkan rasa amarah semakin meluap-luap, segera tinggalkan pasangan anda, pergilah ke tempat yang lebih tenang, minum air dan kenal pasti apa yang berlaku.  Cubalah hadapi segala masalah yang menimpa anda berdua dengan hati terbuka.


2.  Tanyakan apa yang dia inginkan-Macam mana masalah nak selesai kalau dua-dua pihak nak menang.Cuba tanya...apa yang diinginkan oleh pasangan masing-masing.  Kalau kedua-dua pihak bersikap terbuka,  dah tentu suasana akan lebih tenang dan konflik dapat diminimumkan.  Dah tentu hubungan suami isteri akan menjadi lebih hangat kerana adanya keterbukaan dan saling memberi perhatian kedua-dua pihak.  Justeru membuatkan pasangan merasa lebih bahagia dan merasa lebih diberi perhatian.


3.  Minta Maaf (sangat penting)- Kalau tengah ada konflik, tak salah kalau salah seorang mengalah dan minta maaf terlebih dahulu.  Seperti kata orang bijak pandai *mengalah bukan beerti kalah*.Tak perlulah tinggikan ego saling tunggu siapa yang kena minta maaf dulu.


4.  Sentuhan Lembut-Ungkapkan ungkapan maaf dengan bersungguh-sungguh kerana ia lebih bermakna dan lebih memberi kesan di hati pasangan.  Tak salah kalau memeluk atau menggenggam tangannya dengan lembut.  
     
SELAMAT MENCUBA!!!

I PAD 2 secara PERCUMA!!!! Milikinya hari ini

HERE'S HOW YOU WIN AN IPAD 2...

Be among the first thousand customer to sign up with P1 4G online and get an additional RM50 rebate on P1 4G broadband plan.

And did you also know that 1 out of every 33 customer stand a chance to be a proud owner of an iPad 2?

Bet you didn't!!

Shower this piece of good news to your friends today. Finders keepers, losers weepers! :P
Get #P14G online now to receive RM50 rebate and 1 out of 33 customer wins an iPad 2!


Find more out..... 



Rabu, 15 Jun 2011

OREO COOKIES AND CONTEST





Qis suka sangat makan biskut OREO.  Bukan dia jer yang suka, me, my husband n my maid pun suka. Kalau beli *sekali hadap* jer ha. Saya rasa bukan my family jer yang suka OREO.  Actually, all Kids and adults sangat enjoy the unique taste of Oreo.
Bagi saya, OREO merupakan biskut “sandwich” yang sangat sedap. Memang tak jemu kalau makan. Takde la manis sangat. OREO nie disaluti dengan  smooth vanilla crème sandwiched between dark chocolate cookies.
Dah banyak flavors Oreo Sandwich ni ada like Vanilla Crème, Chocolate Crème, Double Stuf (has twice the normal amount of vanilla creme filling) and Double Delight (chocolate & peanut butter).
Saja jer story sebab Qis ajak pegi Shell Station nak beli OREO.  Apa pun kebetulan saya ada terbaca tentang contest OREO.



Kenapa anda tak cuba masuk contest ini???Just spent time 5 minutes, U HAVE CHANCE WIN  THE PRIZES!!! Jangan tunggu lagi.

find out more....