BERITA BAIK!!!

Jumaat, 2 Mac 2012

Selamat Datang Ke Labuan

Minggu depan sudah mula cuti sekolah.  Semua orang sudah sibuk planning itu planning ini tapi untuk kawan2 yang status GURU jangan lupa tanda exam paper!!!  Cuti kali ini Mama Mia sekeluarga tak balik KL.  Konon2xnya bermimpi siang dan malam tahun nie tahun terakhir lah di Miri so, sebelum "hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri" ingat nak takluk la Sarawak nie dulu.  Reasonnya, terngiang-ngiang di telinga kata kawan2x yang telah "hujan batu di negeri sendiri" konon2x nya nak datang lagi ke Sarawak nie tapi....hampeh tak nampak batang hidung pun.  Yer lah x kata kat orang lah kan, kalau Mama Mia sendiri pun belum tahu bila nak datang lagi.  Terasa rugilah bila dah ada di tempat orang tapi x manfaatkan masa habis-habisan untuk menikmati keindahan di sini nak datang ke sini balik nanti banyak nak di fikir tambah2x soal kewangan kerana tiket kapal terbang ke sini bukannya murah.  Planning Mama Mia sekeluarga macam nak ke Kuching jer.  Bukannya aper kebetulan pasport maid Mama Mia awal tahun next year dah nak tamat tempoh jadi terpaksa renew lah kan..  Difahamkan oleh imegresen Miri minta Mama Mia renew kat kedutaan indonesia di Kuching jer so sambil menyelam minum air lah.  Apa2x pun balik dari Kuching nanti Mama Mia akan update  ok.

Cuti raya Cina yang lepas Mama Mia lupa nak update tentang percutian Mama Mia ke Labuan.  Jadi hari nie Mama Mia akan story morry about Labuan. Pada pendapat Mama Mia Labuan nie memang wonderful place untuk kita pergi bercuti dan tenangkan fikiran kerana di sana tidak di suggestkan untuk shopping kecuali lah kalau ada niat nak beli kain sutera atau coklat.  Lainnya, sudah pasti masa akan dihabiskan bersama keluarga untuk bersantai atau makan.

Menggunakan perkhidmatan feri dari Muara (Brunei) untuk ke Labuan

Nak tahu harga tambang sila klik 


 
 Gambar sekitar jeti Muara

 Mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit untuk sampai ke jeti Labuan.  Penumpang dapat menghilangkan keboringan dalam feri dengan menonton video yang ditayangkan 

 Makanan ada di jual dalam feri ini

 Deluxe room ini dibayar dengan harga ONLY RM 188 sahaja tetapi mestilah mempunyai identiti card "Goverment"

Untuk keterangan lebih lanjut tentang resort nie sila klik sini;


 check in konon2x satu hari jer tiba2x nak balik tiket feri habis.  Nasihat Mama Mia sebelum datang sila beli tiket pergi dan balik terlebih dahulu ok.

 service dalam bilik

 bilik air untuk deluxe room ini

 Inilah gambar luaran resort yang menempatkan deluxe room kami

 Sky Park ini merupakan tempat shopping coklat termurah di Labuan yang kami jumpa.  Untuk keterangan lebih lanjut sila klik;


 Antara koleksi coklat yang ada di Sky Park

 Dalam plastik beg di atas penuh dengan coklat2x yang telah dibeli oleh Mama Mia dan kawan2x.  Jacob tin biscuit dengan keropok twistiest itu diberi percuma setelah bershopping dengan jumlah tertentu

 Swimming pool ini terletak berhadapan dengan pintu deluxe room

 Terumbu warisan merupakan tempat untuk makan ketam

 Selain di Terumbu Warisan Mama Mia suggestkan tempat yang paling x dapat di lupakan untuk makan 'sea food' adalah di "MAWILA RESTAURANT" 

 Bersantai di kolam renang depan pintu bilik

 Kalau dah banyak shopping coklat jangan lupa beli beg ini

 Gambar nie diambil di Muzium Chimney

Serba sedikit tentang Chimney

Terletak di suatu kawasan tinggi di Tanjung Kubong adalah sebuah struktur terkenal ‘Chimney' – dengan bata merah tersusun 106 kaki tinggi, ia dikaitkan dengan zaman perlombongan Labuan. ‘The Chimney' dibuat daripada lebih 23,000 bata merah yang diimport dari England. Struktur ini merupakan stail British yang biasa ditemui.

Untuk sekian lama, ‘The Chimney' dianggap sebagai satu aci pengudaraan. Bagaimanapun, penemuan terbaru menunjukkan bahawa tiada kesan asap or pembakaran bagi mencadang penggunaannya sebagai serombong. Galian terperinci mendedahkan bahawa terdapat 12 lapisan batu-bata dibawah permukaan. Struktur ini terletak pada satu kawasan batu kapur yang mengandungi kaolin atau lempung tembikar, yang menyediakan asas kukuh.

‘The Chimney' masih dianggap sebagai suatu misteri pada hari ini. Terdapat banyak hipotesis yang telah dikemukakan bagi membongkarkan misteri ini. Sesetengah pendapat menyatakan bahawa ianya sebuah rumah besar yang tidak siap. Terdapat juga pihak yang mengatakan bahawa ia adalah sebuah rumah api pagi kapal-kapal yang berlalu. Pada zaman kegemilangannya, sebuah penempatan didirikan di kawasan berhadapan laut yang terletak dibawah ‘Chimney'. Ia telah digunakan sebagai menara loceng untuk menandakan kedatangan kapal-kapal kepada penduduk disitu. ‘Chimney' telah menjadi satu teka-teki yang menarik minat para penduduk tempatan dan juga pelawat-pelawat.




 Di shoppers' stop ini juga kita boleh shopping coklat, rokok (amaran:ianya merbahayakan kesihatan) dan perfume

 Perfume yang dijual dalam shoppers' stop

 ini merupakan kedai yang menjual kain sutera.  Lokasinya berhampiran dengan kedai shoppers' stop tadi.  Nama kedai Mama Mia lupa lah pulak ^__^

 Beginilah keadaan kereta kita di dalam feri untuk menuju ke Labuan mahupun Muara

Setelah sampai di Muara, penumpang di nasihatkan turun jalan kaki untuk chop pasport ok


Rabu, 29 Februari 2012

Alhamdulillah...Luck Mr. Ahmad Fairus today...

"Daddy ada hadiah untuk mummy hari nie"..confius???confius??? sempena apa ek???kerana kerja yang melambak jawapan dari Mama Mia "Ok..nanti balik la kita discuss"


Dalam kereta my hubby say "Surprises" dan memberi saya sebuah kotak;




Wah rezeki...rezeki beb.  Mr. Ahmad Fairus (My hubby of coz) menang saguhati cabutan bertuah daripada bank.  Bank call beritahu hadiah sudah 2 bulan belum dituntut.  Alhamdulillah..... sedikit tips untuk pembaca2x blog Mama Mia "Setiap sesuatu kejadian ada hikmah dan ganjaran dari Nya,  jangan menyesali dengan kejadian yang menimpa kerana ia boleh dijadikan pengalaman yang sungguh beharga yang tentu sudah ditentukan ganjaran yang lebih beharga oleh Nya"


Dan Mama Mia sangat senang dengan kata2x ini yang telah di tag oleh kawan Mama Mia ;
"Forgive those who insult you, attack you, be little you or take you for granted.  But more than this....forgive your self for allowing them to hurt you"


Hadiah saguhati di atas 'maybe' ganjaran mungkin berkat dari dua kata2x ini yang sentiasa menjadi sumber motivasi.

Selasa, 28 Februari 2012

Adakah sekadar suka-suka?????


Ketika kanak-kanak lain mungkin berada di rumah melihat rancangan kegemaran masing-masing di televisyen, Qistina Damia pula menghabiskan masa di driving range memukul bola golf. Minatnya mula disedari oleh Mama Mia suami isteri setelah melihat dia mula meniru aksi Daddynya memukul bola. Sedar akan minat dan bakat yang ditunjukkan, daddynya menghadiahkan set golf sebenar ketika usianya empat tahun.

 
 full swing

 putting

 boggey

success

Ahad, 26 Februari 2012

Today Mama Mia Mummy 4 two barbie and 1 kent

Macam biasa, today kan Sunday. Dah tentu aktiviti saya day out dengan Qistina Damia. Tapi, today Qistina not alone....happy sangat2x macam org yang “mengantuk disorongkan bantal”. Saya rasa dia dah ready untuk jadi kakak melihat cara dia melayan Wafiq dengan Zahidah nie.
 Zahida & Qistina


  seronok nie kalau mama & papa buat satu kat rumah


  wafiq training life guard

 ala2x minah saleh pulak si zahida nie konon2x nak berjemur...x panas la!!!

  aksi kepenatan mengawal adik2x

 happy sampai ajak balik pun x nak

 terpaksa ikut abang kalau x kena main sorang2x

 sesi coaching

  layan blues

 alhamdulillah...x sedap minum air kolam tadi

 melayan perasaan

 straw nie pun sedap????

  baiknya anak sapa nie???

 ada amoi tanya "ini budak perempuan anak u ka dua2x?". "Rambut banyak cantik...jangan kasi potong ok"


kakak Qistina, Wafiq dan Zahida

Ahad, 19 Februari 2012

Day Out with Aleesya

Now a days...kids not like us dulu2x. Dah pandai complained itu, complained ini. Kadang2x apa yang di complained itu ada kewajarannya. Takut juga nanti timbul kata2x yang kurang manis di dengar contohnya “Nama jer anak cikgu, tapi....”. Sangat menakutkan dan amat membimbangkan. Minta simpang malaikat 44. Realiti, cikgu nie asyik fokus dengan anak orang tapi anak sendiri....thats why kalau boleh Mama Mia akan cuba juga untuk spent time dengan Qistina Damia walau sesibuk atau sepenat mana sekali pun.
Lately nie, dia asyik complained 'dah lama tak jumpa Aleesya', 'kalau Mummy and Daddy sibuk, hantar la Nia pergi rumah Aleesya'. Can U believe it girl baru umur not yet 5 tahun ble cakap2x macam tu.
Mama Mia ada cousin di Miri nie, nama jer duduk dekat tapi jarang2x nak jumpa apa taknye ble kata setiap minggu Mama Mia ada aktiviti di sekolah. Cikgu sekarang bukan macam cikgu dulu2x. Pantang larang banyak....bidang tugas pun banyak.

HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI PROFESSION PERGURUAN SHJ YG BERKATA ;
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit.
3. Cuti banyak.
KERJA CIKGU NI BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI GEMBAR GEMBURKAN..!!
Time pertandingan bola.. cikgu jd REFEREE..
Time budak nak bertanding apa2 acara... cikgu jd JURULATIH
Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI..
Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
Time RMT.. cikgu jd PELAYAN..
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR..
Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR..
Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
Time persembahan hari guru.. cikgu jd KOMPOSER..
Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG KAYU..
Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu jd TUKANG CUCI..
Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
Time budak wat persembahan... cikgu jd PHOTOGRAPHER..
Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR MALAM..
Time gotong royong sekolah... cikgu jd TUKANG KEBUN..
Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK IMAM..
Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM MAHKAMAH..
Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd PEMANDU AMBULANS..
Time merentas desa.. cikgu jd POLIS TRAFIK..


* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni? dialah segala-galanya..!!

Alamak!!! Dah out of topic nie. Jadi, today we all bawa juga la Qistina Damia nie meet up dengan cousin dia si Aleesya nie dengan program mandi-manda and lets makan-makan.

Qistina & Aleesya


Kanak2x riang...

KoNSep 5K daLaM PLaNNinG BeRuMaH TanGGa

Dari sudut pandangan masyarakat Cina, tahun 2012 merupakan tahun naga air yang membawa banyak kebaikan dan rezeki. Tahun naga dianggap sebagai tahun yang paling bertuah di dalam kalendar masyarakat Cina. Naga merupakan makluk mistik yang membawa simbol kepada karisma, semangat dan juga kuasa.
Itu dari sudut pandangan masyarakat Cina lah kan tapi bagi Mama Mia berbangsa Melayu nie ntah kenapa Tahun 2012= Tahun Naga Air nie macam merupakan tahun malang sangat2x kerana banyak perkara yang berlaku agak tidak baik bermula seawal Januari 2012. Tahun 2012 merupakan tahun yang betul2x membuatkan Mama Mia S.T.R.E.S.S
Mama Mia if s.t.r.e.s.s, Mama Mia memang suka baca buku motivasi or novel. Lately nie, Mama Mia mengalami masalah tidak boleh tidur sampaikan kadang2x terpaksa mengambil pil tidur (x ble amalkan selalu..no good!!!). Hasil daripada pembacaan Mama Mia terjumpa satu article yang ble Mama Mia boleh kongsikan dengan pembaca-pembaca blog Mama Mia semua. It is about “Konsep 5K dalam planning berumah tangga”. Sebenarnya article nie not usefull lagi untuk Mama Mia tapi agak menarik sebenarnya bagi mereka yang belum berumah tangga membaca dan mendalami maksudnya.
Dalam memilih pasangan, Rasulullah SAW telah memperkenalkan konsep '5K' iaitu KENAL, KELAS, KUFU, KASIH dan KAHWIN.

KENAL :
Kita disuruh mengenali pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran atau fizikal sahaja, tetapi termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Mungkin memang sudah lama kenal tetapi adalah perlu masa lebih untuk mengenali contohnya kesukaan dan kebencian pasangan agar kelak dapat menyenangkan hati pasangan dan menjauhkan perkara-perkara yang tidak disukai pasangan.
KELAS :
Kelas yang baik pula bermakna golongan yang mengamalkan ajaran agama dan menjaga akhlak. Dengan adanya kefahaman dan penghayatan agama, mereka akan menghormati pertalian pernikahan
KUFU :
Kebendaan atau keturunan (ada yang sangat2x menitik beratkan soal ini dan ada juga yang bersahaja)
KASIH :
Sesungguhnya perlu wujud rasa kasih sebelum berkahwin.  Contohnya, petunjuk yang manis untuk permulaan atau perhubungan iaitu direstui keluarga kedua-dua belah pihak
KAHWIN :
Ibadah yang disyariatkan oleh Islam.


Jumaat, 17 Februari 2012

ReSePi “PeRap AyaM / ChicKen MaRinate”

Sebenarnya, Mama Mia 'p.e.r.a.p a.y.a.m' nie untuk sesi BBQ Guru di sekolah.  Hari nie sekolah Mama Mia mengadakan Kem Kepimpinan Pelajar untuk ahli Lembaga Pengawas Sekolah.  Jadi Mama Mia telah ditugaskan untuk 'perap ayam' di bawah AJK Masakan.  Rakyat jelata kat sekolah Mama Mia ni memang 'hantu' ayam BBQ...setiap kali ada kem pasti BBQ ayam nie menjadi antara menu utama.
Sesiapa yang mahu resepi minta maaf kerana ayam panggang ni versi try n error Mama Mia x denye resepi turun temurun ke apa ke. Tapi ble lah cuba... 
Mama Mia taruh, halia, bawang putih, cili kering, lada sulah, kicap manis, gula, garam, jus perahan lemon, gula merah, serai, kunyit…
Apa susahnya...blend jer semua bahan2x tu dan perap je bersama ayam kemudian simpan dalam peti sejuk. Mama Mia suka letak bawang putih banyak sikit, sebab Mama Mia suka rasa bawang putih tu terasa pada ayam… lagi pun makan bawang putih sangat bagus sebab dapat mengelakkan tubuh kita dari mendapat kanser. Kalau rasa nak lagi sedap..jangan lupa tambah madu. Lepas tu bila time nak masak bakar je dalam oven… senang kan!!!



Rabu, 15 Februari 2012

ALaHai Anak MummY


Penat mama mia fikir ntah dari mana Qistina Damia nie photostat perangai dia, tak tau macam mana Mama Mia nak describe.
Mama Mia ada kawan... Pak Dolah dan isterinya Mak Jah (Gelaran oleh Qistina Damia anak Mama Mia penangan dari Cerita Ombak Rindu. Memang antara kawan rapat Mama Mia suami isteri, biasanya kalau ada apa2x masalah mereka antara orang yang Mama Mia mintak tolong kat sini.
Baru-baru ni kereta Mama Mia kan accident jadi, terpaksalah pinjam kereta Mak Jah isteri Pak Dolah. TQ Pak Dolah n Mak Jah kerana memahami ^--^.
Alkisahnya anak Mama Mia hari ini, kebetulan Pak Dolah bertandang ke rumah Mama Mia. Bila dilihatnya kereta Pak Dolah boleh dia cakap “Daddy, daddy...kalau Pak Dolah masuk SYURGA nanti, kita gunalah kereta Pak Dolah. Kereta Mak Jah kita hantarlah balik”.????????????? Sungguh Mama Mia tak pernah ajar....
ALAHAI ANAK MUMMY......

Inilah Pak Dolah dan isterinya Mak Jah!!!