BERITA BAIK!!!

Ahad, 3 Julai 2011

Tips Memikat Lelaki: 50 TIPS

Menjelang 2020, kadar perempuan nisbah lelaki adalah 37:1????Betulkah??? Jadi time tu, kadar ANDARTU meningkat???Tak tau lah betul ke tak saya pun just menonton astro first "3,2,1...cinta".   Apapun x salah kan kalau 50% daripada isu tersebut kita percaya?? Menerusi filem tu saya juga ada terlihat seimbas lalu tentang ** 50 TIPS MEMIKAT LELAKI**.  So, saya search and found about it.  Why not saya share dengan semua pembaca blog saya kan??


1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan mereka.
2. Pandai memasak adalah ciri-ciri utama mengapa lelaki mudah terpikat dengan anda.
3. Berpewatakan menarik mampu menarik minat mereka.
4. Jujur dan sentiasa merendah diri. 

5. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tidak suka.  
6. Mempunyai bentuk badan yang menarik (terpulang kepada individu).
7. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut.
8. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada di samping lelaki yang anda minati.
9. Jangan terlalu mengongkong.
10. Ketika berinteraksi dengan mereka jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan.
11. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang kepada lelaki yang anda minati.
12. Sering memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati untuk ‘plan’ pertama memikat dirinya.
13. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa menyembunyikan sesuatu.
14. Apabila berhadapan dengan lelaki yang kamu minati, renungi matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk memberitahu si dia bahawa kamu boleh didekati tetapi bukan bererti kamu ini perempuan murahan dan mudah didekati.
15. Jangan bersikap selalu jual mahal apabila berada bersama mereka.
16. Bijak menyesuaikan diri dalam apa jua keadaan.
17. Tidak mudah putus asa dan sentiasa berdiri di atas kaki sendiri tanpa meminta pertolongan dari orang lain.
18. Jangan suka bercakap benda yang tidak berfaedah ketika bercakap dengan mereka.
19. Jangan bandingkan ‘dia’ dengan lelaki-lelaki yang pernah kamu kenali.
20. Menjadi temannya ketika dia susah dan senang.
21. Lelaki suka kamu menjadi pendengar yang setia dan tidak suka wanita yang suka membangkang.
22. Yang paling penting lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik.
23. Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.
24. Lelaki tidak suka jika kamu memakai mekap yang terlalu tebal.
25. Mengetahui bila hari lahirnya.
26. Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.
27. Bersikap matang dalam tutur-kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.
28. Manja!
29. Jangan terlalu ‘excited’ ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
30. Jangan terlalu bersikap ‘kelakian’ dan ganas dalam pergaulan.
31. Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan ‘perfect’.
32. Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.
33. Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.
34. Bersikap keibuan adalah antara tips yang perlu kamu titik beratkan.
35. Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.
36. Ketahuilah mereka ini adalah golongan yang terlalu sensitif dan suka akan kelembutan apatah lagi dari seorang gadis.
37. Kenali siapa dirinya sebenarnya sebelum kamu memulakan langkah untuk memikat.
38. Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah kamu dipenuhi jerawat batu!
39. Aset penting bagi kamu untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah kamu yang kemas.
40. Jangan bersikap terlalu kuno.
41. Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu agar tali persahabatan kamu dengannya tidak putus begitu sahaja. Mungkin suatu hari nanti sikap kamu yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya.
42. Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran yang penting tetapi kecerdikan, kejujuran dan tingkah laku yang bersopan-santun.
43. Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu kamu tidaklah perlu terlalu alim.
44. Menunjukkan bahawa kamu bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan.
45. Jangan terlalu merengek dan mengada-ngada.
46. Jangan tunjukkan kelemahan kamu ketika berada di samping lelaki yang kamu minati.
47. Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.
48. Berjaya di dalam apa jua bidang yang kamu ceburi.
49. Tidak terlalu meminta dan jaga tata tertib kamu di meja makan.
50. Jangan terlalu over nanti lelaki akan meluat pula dengan kamu!

RECIPES REQUEST INFORMATION!!!

Tempat untuk berkongsi resepi baru! Ingin belajar atau berkongsi resipi baru?

Tempat untuk berkongsi resepi baru! Kini, ramai dikalangan remaja tidak begitu minat dengan aktiviti yang bermanfaat. Bagi mereka, kerja-kerja boleh dilesaikan dengan mengambil pembantu rumah. Namun, sebagai generasi baru kita tidak seharusnya lupa akan aktiviti memasak.
Bukannye susah untuk memasak yang penting kita mencuba.   Banyak resepi2 menarik yang boleh dikongsikan bersama. Nak tahu cara memasak mee karI???Laksa???Sambal sotong???dan macam-macam lagi resepi???? JUst.......

CLICK HERE



GAMES,JUST PLAY AND WIN GREAT PRIZES!!

Pemain bola sepak?  Minat dengan sukan bola sepak? Tahu cara bermain bola sepak? Suka makan KFC? This competition is suitable for U.  Why not just try play it and u chance win grand prizes from KFC.
This contest call KFC OLE WAVE CONTEST!


1st Prize.....A trip for 2 to SABAH 5 days 4 nights
2nd Prize.....A trip for 2 to PULAU PERHENTIAN 3 days 2 nights
3rd Prize.....A trip for 2 to PULAU REDANG 3 days 2 nights
4th, 5th, 6th, 7th.....SONY PS3
9th, 10th, 11th,12th.....SONY CYBERSHOT
13th, 14th, 15th, 16th.....CANON IXUS
CONSOLATION PRIZES....85 pairs of KFC Ole Pocketful Combo Vaucher

Just CLICKS the above picture ang PLAY the game U hv chance winn the prizes

SENANGKAN???? APA TUNGGU LAGI???

SENANGKAN???

Sabtu, 2 Julai 2011

IKAN TIGA RASA

Notis: Tambah nenas lagi sedap

Bahannya
1 ekor ikan bawal atau siakap [bersihkan dan kelar kedua belah badan]
1 labu bawang besar } mayang 
5 ulas bawang putih }mayang
1 inci halia }mayang
7 tangkai cili kecil } mayang
nenas }potong dadu
1 biji tomato}mayang
gaam secukup rasa
Minyak untuk goreng ikan 

Bahan Sos 
½ cawan sos tomato 
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram 
1/2 cawan air perahan asam jawa1 sudu kecil gula
2 biji limau kasturi}diperah dan ambil jusnya
Bahan Hiasan 
1 pokok daun bawang [potong 3 – 4 cm] 
2 biji cili merah ] 
2 biji cili hijau ] mayang 
 

Cara  
1. Gorengkan ikan dalam minyak yg banyak sehingga masak dan kuning keeemasan. Angkat dan letakkan dalam pingan hidangan. 
2. Keluarkan minyak dan tinggalkan 2 sudu besar minyak untuk tumis bahan sos sehingga wangi. 
3. Kacau rata sehingga mendidih. Masukkan bahan hiasan dan tutup api. 
4. Curahkan kuah sos keatas ikan didalam pinggan hidangan. 

 SELAMAT MENCUBA

CLICK HERE " SUPPORT MY BLOG"




KANTOI

pregnant cartoons, pregnant cartoon, pregnant picture, pregnant pictures, pregnant image, pregnant images, pregnant illustration, pregnant illustrations



Seorang wanita 'terberanak' dalam lif.  Dia sangat malu dan menangis tidak mahu keluar dari lif.  Tidak lama kemudian, datang doktor cuba memujuk wanita itu supaya ke hospital.


"Marilah keluar puan, saya bawa pergi ke hospital," pujuk doktor itu.

"Tak mahulah doktor, saya malu," jawab wanita itu sambil menangis

"Apa nak dimalukan, tahun lepas saya ada kes lagi teruk punya malu....Terberanak dalam longkang lagi!!!" Doktor cuba berkongsi pengalamannya yang lebih memalukan, dengan harapan wanita itu berasa lebih selesa.


Tiba-tiba, lagi kuat wanita itu menangis.  Doktor tercengang da bertanya kenapa menangis lagi kuat.


Kata wanita itu, "Orang itu sayalah jugak!!!"



PENGAJARAN:
>>JANGAN MELAKUKAN KESILAPAN YANG SAMA BERULANG KALI

>>KESILAPAN YANG TERBAIK IALAH MEMPELAJARI DARIPADA KESILAPAN ITU DAN BERUSAHA TIDAK MENGULANGINYA

>>APABILA ADA YANG MENGHULURKAN TANGAN MEMBANTU, JANGAN SIA-SIAKAN MEREKA.

Satu Malaysia **Run for decrease OBESITY??? Yer ker??**

Today is Saturday ok.. Tapi rutin cam weekday bangun awal coz prepared untuk duty bahagian KESELAMATAN **larian 1 Malaysia**.  Dah 2 minggu berturut-turut Sabtu kerja.  Inilah pengorbanan seorang guru.  Apa ble buat saya pun ada anak.


bersungguh-sungguh ni

macam lawatan sambil belajar jer???

lari ke nak pegi berkelah nie??

macam tolong menebas lalang  jer??

tengah jual air ker??

takde yang pengsan ker??

menepati tema 1 Malaysia nie **lari sambil senyum**

sempat lagi menari dalam hutan???

time nie lah nak enjoy

 tengah tampar nyamuk

 barisan keselamatan posing dalam hutan 

 lebih tepat lagi larian sambil belajar **tentang hutan**
masing-masing memegang perut tanda kelaparan


lari sambil memberi ceramah kesedaran kepada pelajar

iklan berkebun

  1 Malaysia sebab tu senyum


"WORLD, 1 MALAYSIA"

Jumaat, 1 Julai 2011




Kuih Buah Melaka

Tak sampai sebulan lagi kita akan menyambut Ramadhan.  Sebelum Ramadhan menjelma saya perlu bersedia mana tau kalau ada hari sibuk x sempat pula nak masak sendiri kan.  Nak beli pun x ada pilihan sangat dah nama pun merantau di tempat orang kan???**hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri.jadi, paham2 jer lah** So, saya terpaksa train my maid masak.  Minggu nie jer saya train dia buat beberapa jenis kuih.  For today, I just nak share dengan pembaa-pembaca blog saya cara nak buat kuih buah Melaka.  Ini memang my favourite.




Bahan2
>>200g tepung pulut
>>350ml air daun pandan
>>200g gula melaka
>>100g kelapa parut
>>1/2 sudu garam

Cara Membuat
1.  Campurkan tepung pulut bersama air daun pandan dan pewarna
2.  Uli ramuan sehingga menjadi doh
3.  Hiris gula melaka seperti buah dadu
4.  Masukkan gula melaka ke dalam doh yang telah dibulatkan menjadi kecil
5.  Masukkan ke dalam air yang telah mendidih
6.  Angkat apabila kuih tersebut tibul di permukaan air
7.  Gaul dengan kelapa yang telah dicampur dengan garam

GERENTI JADI!

Lisa Surihani bercinta dengan YUSRY KRU?


Yusry memang handsome kan???Yusry KRU bukan saja menjadi kegilaan peminat wanita tetapi juga sering dikaitkan dengan ramai artis wanita. Yusry sebelum ini pernah hangat digosipkan bercinta dengan aktres jelita, Maya Karin kerana sering menghadiri majlis pratonton teater dan filem bersama-sama hingga menjadi bualan ramai.
Selepas itu, nama Yusry pernah dikaitkan pula dengan pelakon seksi, Kilafairy yang juga anak penyanyi Rohana Jalil. Hubungan mereka dikatakan rapat kerana Kilafairy berlakon dalam filem seram arahan Yusry, Karak. Terbaru, Yusry dikatakan hangat bercinta dengan pelakon jelita Lisa Surihani pula.
Di bawah merupakan keratan dari ruangan SOSEH SOSEH, Harian Metro RABU 20 APRIL 2011 tentang gosip terbaru Yusry dan Lisa Surihani.
‘Ketika melangkah masuk ke pawagam, Yusry dan Lisa bergandingan dengan diiringi ibu Lisa sendiri yang berjalan di depan mereka. Pada mulanya, rakan SS hanya memikirkan Yusry dan Lisa sekadar berkawan rapat saja sesama rakan artis tapi insiden yang berlaku ketika dalam panggung memberikan persepsi sebaliknya. Depan mata rakan SS sendiri, Yusry dilihat memegang erat tangan Lisa yang mungkin ketakutan bila menonton salah satu babak yang meremangkan bulu roma dalam filem seram itu. Reaksi Yusry itu seperti seorang kekasih yang menenangkan pasangannya yang ketakutan seperti senario biasa yang dilihat membabitkan pasangan yang hangat bercinta. Apapun, SS tumpang gembira jika benar Yusry dan Lisa bercinta seperti yang disampaikan rakan SS itu. Pada pandangan SS, mereka memang sepadan kerana masing -masing masih solo dan tidak terikat dengan sesiapa pun. Namun, jika gosip mereka bercinta ini tidak betul, SS minta maaflah lebih awal dan anggaplah ia sekadar gosip semata-mata, sekali gus asam garam dalam industri seni tanah air.’   
Apapun mereka berdua dah declare dalam rancangan MELODI kan????**so, betul lah tu ok???**

sumber : http://www.artis.my/2011/04/yusry-kru-bercinta-dengan-lisa-surihani.html