BERITA BAIK!!!

Khamis, 6 Mac 2014

KEJOHANAN GOLF MSSD KOTA SETAR

TEMPAT: DARULAMAN GOLF & COUNTRY CLUB
TARIKH : 12 FEBRUARI 2014



TEE OFF

CUBA SEDAYA UPAYA

TAMAT KITA MAKAN DULU

ALHAMDULILLAH BERJAYA 


Rabu, 5 Mac 2014

POKOK KESIDANG


POKOK KESIDANG
BUNGA KESIDANG


Hari ni teringat nak cari pokok untuk halaman rumah.... Bila tanya orang-orang berpengalaman.... Ramai yang kata POKOK KESIDANG ada isi tersirat kalau tanam di halaman rumah... Salah satunya adalah untuk keharmonian rumah tangga... So apa salahnya kita berbakti dengan tanah.. Ok ni, mamamia story sket pasai pokok kesidang ni.....

Pokok ni sejenis tumbuhan dari keluarga Apocynaceae. Kat negara barat nama dia bread flower dan dipercayai berasal dari kepulauan jawa. Pokok ni tumbuh memanjang dengan batangnya yang kecil tapi berkayu serta mudah lentur. Sifat batangnya yang mengembang pada bahagian hujungnya menyebabkan ia menjadi pilihan sebagai tanaman untuk menghias junjung atau pergola di taman. Walaupun ia juga boleh sentiasa dipangkas untuk membentuk pohon renek yang merimbun. Kulit batang dan daun kesidang mempunyai getah yang berwarna putih. Ia mempunyai perdu setinggi ± 3 meter. Tumbuh tegak dengan daun majmuk, berbentuk payung berpasangan.


Bunganya yang berwarna putih dan saiznya kecil boleh menerbitkan bau wangi yang seakan-akan bau daun pandan. Ia juga dipanggil bunga kerak nasi bukan hanya kerana warnanya yang putih dan bentuk jambak bunganya yang seakan-akan kerak nasi, tetapi kerana baunya juga. Baunya jika diamati seolah-olah menyerupai bau nasi. Baunya yang harum semerbak ini menyebabkan ia juga digunakan sebagai ramuan untuk membuat bunga rampai setelah dicampur dengan bahan-bahan lain seperti daun pandan dan bunga-bunga wangi yang lain.