BERITA BAIK!!!

Ahad, 27 Mei 2012

PERCUTIAN 9 HARI 8 MALAM DI SABAH

Well......Cuti datang lagi.....


Siapa yang tak suka cuti kan???


Sesekali-sekala kita perlu cuti panjang juga. Tak kira la cuti kat luar negeri, luar negara, dalam negeri, dalam negara atau cuti kat rumah sahaja. Mungkin sesetengah orang boleh get along dengan harian punya kerja. Ia bergantung kepada bebanan dan juga jenis kerja yang korang buat. Setiap kerja ada stressnya dan bila ada kerja dah tentu ada bebanannya. Orang yang sapu sampah pun ada stressnya yang tersendiri tapi kita rasa kerja sapu sampah tu tak stress. Lain orang lain rasa ok!!!


Well Mama Mia bila cuti jer mula lah gatal tapak kaki nak jalan hahaha..Why not??? Time kita cuti, kita blelah  rehatkan minda dan enjoy bersama keluarga. Sekali-sekala, kita bagi masa kita dengan keluarga dan pasangan. Takkan nak bagi masa dekat pejabat kita bekerja sahaja kan???. Bukankah ikatan kekeluargaan itu lebih penting. Ia membawa sampai ke alam kubur. Mengerti?


Ok la, ape ape pun, kali nie Mama Mia planning bercuti dan relax di depan pantai. Kali nie percutian Mama MIa dengan kawan-kawan pejabat bukan dengan family macam selalu-selalu yang Mama Mia entrykan dalam blog.  Planning Mama Mia ini dihidu oleh beberapa rakan ofis yang serta merta terus nak join.  Reason Mama Mia nak bercuti di depan laut nie sebab dah tentu suasana nyaman dan tiada orang. Tahun 2009 yang lalu dah Mama Mia pernah ke tempat ini memang freedom habis la..bayangkan line telefon pun susah nak dapat.


Cakap pasal Kota Kinabalu...ini adalah kali keenam ok Mama Mia ke sana..kenapa taknye sampai masuk kali keenam sebab dari Miri, Sarawak nie Mama Mia travel guna kereta jer lebih kurang 6 jam perjalanan sampai la Kota Kinabalu tapi last time our journey sampai hot spring RANAU jer..


Oleh kerana ini merupakan cuti 2 minggu dan kebetulan Mama Mia dan keluarga tak pulang ke kampung, maka kami telah memanjangkan langkah terus ke SEMPORNA...kalau dulu ke sana menggunakan perkhidmatan Malaysia Airlines tapi kali nie hajat di hati nak jelajah terus Sabah dengan menggunakan jalan darat.  "Semoga perjalanan kami nanti selamat pergi dan selamat pulang" AMINNNNNNNN.....


Untuk cerita tentang 'my journey' ke sana nanti, pembaca-pembaca blog Mama Mia kena lah tunggu NEXT ENTRY Mama Mia..  Apapun, ini adalah tentatif program perjalanan yang Mama Mia dan kawan2 planning..



Date
Day Of Trip
Masa
Activity
29/5/12
Selasa
6.00 pg
·        Perjalanan Miri ke KK
·        Check in TUNE HOTEL
·        Bowling 1 BORNEO
30/5/12
Rabu
8.00 pg
·        Breakfast
·        Meet Up dengan Pn. Ivy
·        Check out TUNE HOTEL
·        Tour sekitar Bandar KK
·        Check in Courtyard Hotel
·        Pasar Philippines
31/5/12
Khamis
6.30 pg
7.00 pg
·        Breakfast
·        Perjalanan KK ke Semporna
·        Check in Dragon Inn
·        Dinner Kg. Tampi-tampi (Filem Duyung)
1/6/12
Jumaat
7.00 pg
8.00 pg
·        Breakfast
·        Perjalanan Semporna ke Pulau Mabul
·        Check in Scuba Junkie
2/6/12
Sabtu
7.00 pg
8.00 pg
·        Breakfast
·        Snorkeling Mabul Island dan Kapalai
3/6/12
Ahad
4.00 ptg
·        Check out
·        Check in City Inn
4/6/12
Isnin
6.00 pg
7.00 pg
·        Check out
·        Perjalanan Semporna ke Kundasang
·        Check in Seri Kinabalu
5/6/12
Selasa
8.00 pg
3.30 ptg
·        Breakfast
·        Mandi-manda di Hot Spring Ranau
·        Check Out
·        Berjalan di sekitar kaki Gunung Kinabalu
·        Perjalanan Kundasang ke KK
·        Check in Courtyard Hotel
6/6/12
Rabu
9.00 pg
·        Perjalanan KK ke Miri
·        Dinner di Brunei


Ahad, 13 Mei 2012

Gambar Keatif - Ayah Dengan Perangai Anaknya Yang Gila-Gila



Cantik kan!!.Kebanyakan idea-idea gambar ni datang dari anak-anak perempuannya yang berusia lapan tahun Kristin dan Kayla berusia lima tahun. Jason berkata  mereka tidak pernah kering idea untuk beraksi photoshoot.

Jason merupakan jurufoto perkahwinan dan mula mengambil gambar anak-anaknya pada tahun 2006 dimana ketika itu ibu Jason mneghidap penyakit non-Hodgkins Lymphoma. Jadi Jason ni pun buat satu blog dan tangkap gambar anak-anaknye ni supaya ibunya yang sakit tu dapat tengok.