BERITA BAIK!!!

Isnin, 21 November 2011

CHAKRI XPRESS(Authentic Thai Cuisine)



Saya memang excited sangat bila adik saya "Wanie" offer diri nak belanja dekat CHAKRI XPRESS(Authentic Thai Cuisine).  Since balik raya hari tu lagi teringin nak makan opppsssss!!!!Bukan mengidam pasal nak mengandung yer. Pls don't miss understanding ok???? Tapi x berkesempatan maklumlah cuti raya bukannya lama sangat kan.Ini antara tempat favourite aku coz ada special menu yang aku suka if aku berada di Thailand for sure aku cari Appertizers nie call  "TRADITIONAL KADOK LEAVES ROLL".  Memang best lah...setahu aku memang nak jumpa appertizers nie kat Malaysia susahlah if kalau sesape yang ada jumpa ble la roger2 saya yer coz klu kita menikmatinya di Chakri Xpress dah tentu la price dia boleh tahan.  Kalau beli di Hatyai, Patani, Yala Sadou 1 set baru RM 3 tapi di Chakri........paham2 jer lah.  Apa pun makan di sini memang sangat2 berbaloi semua sedap.  Kiranya memenuhi taste aku la.


Lupa plak...kalau U all nak tau apa itu "TRADITIONAL KADOK LEAVES ROLL"-Mieang Kam, sila lihat gambar di bawah...
Menu nie merupakan campuran peanut, baked grated coconut, chili padi, diced onion, diced lime, diced ginger, sun dried shrimp, and piper sarmentosum leaves served with shrimp based sauce.


Antara menu-menu lain yang menjadi favourite aku............
1.  Spicy & Sour Lemongrass Soup (Tom Yam) King Prawn-Gung Mae Num


2.  Traditional Mango Salad (Yam Ma Moung)


3.  Crispy Floured Prawn (Gung Chud Peng Tod)


4.  Fish-Seabass Pla Krap fried with 'Tiga Rasa'Sauce (Samrod)


5.  Dessert-Strawberry Milk Shake


Actually, banyak lagi menu-menu menarik yang lain tapi time is running up la.  Lagipun daripada saya upload banyak2 better u all pergi sendiri dan menikmatinya baru surprise kan.  Memang saya bagi kredit la kat outlet nie..  Saya dah cuba....U ALL bila lagi?????? Bagi sesiapa yang planning nak ke Chakri Xpress jangan lupa untuk mencuba appertizer "TRADITIONAL KADOK LEAVES ROLL".  Anda pasti menyesal kalau tidak mencubanya.....

Khamis, 17 November 2011

SK Saujana Impian 2-UPSR Result

Entry nie khas buat my beloved Nuraiman Nazmi (anak sedara saya).  Today, dia kena pegi sekolah ambil result UPSR.  Cool jer dia tapi tak sabar2 jugak tu nak tau result.  Biasalah semua yang ada pengalaman tentang nie dah tentu faham kan.


However, Congratulation from me "Your Mak Tam" kerana telah berjaya meraih 5A...ohh yeay....Thats good for you boleh jadi roll model kepada adik-adik yang lain. 


Wajah kerisauan sebelum dapat result!

Mama dia pun sama2 risau takut anak over confident

Wajah kerisauan ibubapa pelajar yang lain

Yes!!!Finally, got the result 5A beb



The actual RESULT

Kawan baik Aiman yang juga mendapat 5A.  
Tahniah Haziq...memang tak percaya dan tidak menyangkapun dengan keputusan yang diperolehi



Best friend forever...semua dapat 5A

36 student from SKSaujana Impian 2 yang dapat 5A

"Tahniah Hero sekolah", kata Guru Besar cemerlang


teman sekelas Aiman yang turut meraih 5A

Sekolah SK Saujana Impian 2

Kawan baik Aiman...meraikannya kejayaannya bersama datuk dan nenek kerana kedua orang tua berada di Kota Makkah 

Bersama Mama sahaja kerana Ayah Aiman sibuk dengan urusan perniagaannya

Yang comel nie...kena tanya Aiman sendiri siapa???
Juga mendapat 5A

Adik Aiman, Aina turut mengucapkan tahniah kepada abangnya

2 soldier n 1 chicken little yang turut happy dengan result yang diperolehi Aiman

Kepada pelajar-pelajar lain yang tidak mendapat 5A, jangan putus asa dan teruskan usaha untuk keputusan-keputusan yang akan datang.

Ice-cream the best I vote after Baskin Robbins

Baskin Robbins in my listing setiap kali bercuti di Kuala Lumpur.  Biasanye on the way balik Kedah kalau travel dengan kereta dah menjadi suatu kewajipan singgah di hentian Tapah untuk menikmati Ice-Cream Baskin Robbins.  Tapi untuk kali ini, saya di introduce oleh my sister dengan "The Cream & Fudge Factory"..Wala wehhhhh!!!!Sedap siooooooooooot!  Sesiapa yang belum cuba better la singgah n try tengok..pasti termimpi2 nak lagi.




Well, saya menikmatinya di Outlet Alamanda.



Flavour yang saya cuba nie call "What's up berry???".  Memang best la :) Sebelum saya balik Miri nie kalau boleh nak pergi lagi n cuba flavour2 yang lain pulak.  So, if you all yang nampak outlet nie di mana-mana sahaja 'rugi wooooo kalau tak singgah'.  Dah penat2 shopping tu relax jap la menikmati kelazatan ice-cream nie. Marvelous!!!!Adios...

Isnin, 14 November 2011

Hooray ....cuti!!!

First day,we're entertain by my brother in law n her lovely wife...we all relax2 kat "Red Box Karouke Ria" dah tentu untuk bersuka ria la menghiburkan hati, hilangkan stress n surely realise tension of coz. This our first time my hubby and me bawa our daughter ke tempat2 mcm nie and in my mind if kalau ada la tempat2 cam ni kat Miri pun ok juga. Qistina really2 enjoy it sambil makan2 all in pakej.

 Sepanjang 2 jam kat tempat tu qistina pegang mic n x nak lepass hinggakan we all ajak dia keluar sekejap untuk beli kasut pun dia x nak.




 Hubby saya....lepas gian agaknye...


Then, we all ke Tutti Frutti..tempat bersantai makan yogurt yang tengah popular kat Kuala Lumpur Sekarang ni...Wah memang bestla. Dalam hati....kalau la outlet nie berkembang sampai Miri kan best??? ambil jer berapa banyak yang anda suka, timbang dan lepas tu bayar la kat counter. Kepada sesiapa yang baru nak try saya suggest cubalah perisa strawberry and campur 1/3 perisa coklat..memang best lah.







Petangnye we all ada invitation birthday party kat 'Kampung Warisan, Setiawangsa'...Party nie diadakan di sebelah swimming pool. Memang enjoy lah anak saya.






Sorry yer x upload gambar birthday party coz terlupa nak candid.


Malamnya we all jalan2 cuci mata sambil shopping apa jer yang mampu di Pavillion.




Permulaan cuti sekolah yang sungguh menyeronokkan lah....Hopefully, u all yang bercuti macam saya juga enjoy your holiday...tak Kira lah apa2 aktiviti yang U all buat yang penting happy dan menyeronokkan..manfaatkan lah masa-masa yang ada untuk keseronokkan bersama keluarga.  So, have fun!!!

Isnin, 7 November 2011

Swimming good for everyone

Petang raya ke-2, orang lain sibuk dengan open house pelbagai saya pulak setia menemani puteri kesayangan menghadiri 'swimming class' untuk minggu terakhir tahun ini.  Ini kerana cuti sekolah untuk saya akan bermula next week and as usual we all satu family dah tentu akan pulang ke semenanjung.  Oleh kerana coach dia risau anak saya akan bercuti hampir 2 bulan, dia minta anak saya training every day for this week.  Apa pun, saya sangat berpuas hati dengan coach 'Look Moon Moon' ini kerana sabar dan setia melatih anak saya yang sememangnya banyak karenah ini.  



Kelebihan berenang dibanding olahraga lain:
  1. Berenang tidak melelahkan dibandingkan dengan olahraga yang lain,
  2. tidak membebani sendi,
  3. tidak berpeluh,
  4. risiko kecederaan yang minimum (kecuali kram kalau kurang pemanasan),
  5. targetnya kita yang tentukan sendiri,
  6. modal baju renang dan motivasi saja
Banyak kelebihan lain dengan berenang. Antaranya khusus untuk mereka yang;
  • ingin meningkatkan stamina,
  • kurus yang ingin menggemukkan badan,
  • gemuk yang ingin menguruskan badan,
  • mempunyai masalah sakit-sakit bahagian leher, punggung dan lutut.
  • mempunyai masalah Osteoporosis dan osteoarthritis
Saya rasa sangat berpuas hati kerana setelah anak saya menceburi olahraga ini, masalah hiperaktifnya semakin berkurangan...saya juga sarankan kepada ibubapa yang lain yang mempunyai masalah anak yang hiperaktif, bolehlah cuba mengatasinya dengan olahraga ini.




sALaM AidiLaDHa!!!




Selamat Hari Raya Haji/ Hari Raya Korban/ Hari Raya Aidil Adha
Saya mengucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung blog Mama Mia. Semoga kita semua boleh mengunjungi rumah Allah di Haram al-Makki pada tahun-tahun mendatang, insya Allah.
  • LabbaiKa Allahhumma LabbaiK
  • LabbaiKa la syarika laKa LabbaiK
  • Inna al-Hamda wa al-Ni’mata
  • laKa wa al-Mulk la syarika laK
يسرني أن أتقدم لكم بأطيب التهاني والتبريكات بمناسبة حلول عيد الأضحى المبارك ،
سائلاً الله تعالى أن يعيده على الجميع بالخير والصحة والعافية والسلامة
وأن يتقبل منا ومنكم صالح الأعمال ، وأن يديم علينا نعمة الأمن والأمان .
متمنياً لكم ولعوائلكم السعادة والفرح والسرور ..
Asal-Usul Aidiladha
Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.
Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”
Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”
Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T.
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111

Rindu melihat suasana di atas, tapi apakan daya dah tahun kedua saya sekeluarga tidak dapat menikmati Hari Raya Haji di kampung.  Namun, kami tetap meraikannya bersama sahabat haidai, rakan taulan di Sarawak.  Dah menjadi kewajipan di pagi hari raya makan ketupat dan rendang.  Kalau di kampung sudah semestinya Mak Mertua...Mama yang menyediakannya.  Walaupun tanpa mereka....saya tetap berusaha membuat ketupat digulung dalam daun pisang seperti kebiasaan Mak Mertua lakukan kalau tiada daun PALAS dan menyediakan rendang.  

Hahahaha.....Mak Mertua, menantumu sudah mewarisi resepi 'ketupat balut daun pisang'...Lihatlah hasilnya ;))))))


Ini pula rendang yang dibuat untuk dimakan bersama ketupat.


Alhamdulillah.....saya dapat juga menikmati Hari Raya Aidil Adha tahun ini dengan meriah walaupun tanpa kaum keluarga dan saudara-mara yang lain.  Meriah tak meriah, 2kg ketupat pulut yang dimasak bersama 2 ekor ayam bagi membuat rendang habis dinikmati tetamu yang hadir berhari raya di rumah saya tahun ini.  Semoga rakan-rakan lain yang turut meraikan Hari Raya Aidil Adha tahun ini juga dapat meraikannya dengan meriah dan penuh kegembiraan.....Terima kasih buat semua yang hadir meraikan Hari Raya Haji tahun ini di rumah saya.  Semoga kita dapat bersama-sama lagi meraikannya ditahun-tahun akan datang.

'SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA'


Sabtu, 5 November 2011

Qistina 'End Assessment' 2011 Result

"if Qistina get 100%, teacher Julia nak belikan hadiah princess", janji salah seorang cikgu kindergarten tempat dia belajar.  Penangan dari itu, saya and my hubby terkena ayat power dari qistina "Mummy ngan daddy kena bagi nia tuition nie, nia kena study coz teacher Julia nak bagi nia princess kalau nia dapat 100%"


Penangan daripada itu, 3 malam berturut-turut she ask us to tutor her from 7.30p.m until 9.00p.m. Terkezut jugak saya sebab during that time memang dia berhabis-habisan belajar. And the result, memang boleh dibanggakan oleh saya sebagai seorang ibu.


Mathematik (Her favorite subject)




Science




English




Bahasa Melayu




Saya juga rasa bangga kerana 'One and Only' her yang dapat 3 subject 100%.  Berbaloi-baloi lah usaha dia and our time yang we all spent dengan dia.  Hope, biarlah ianya berterusan.  Ada my friends yang memberi pendapat, "anak you masih kecil, better don't force her".  As a teacher, dah tentu saya dapat mendalami makna dari ayat kawan saya itu.  Please don't miss understanding, saya tidak memaksa anak saya, request by herself yang nak buat revision tersebut and I really proud of that situation.


However,  disebabkan subjek Bahasa Cina....anak saya dapat no 3 dalam kelas dia.  Dia cuma dapat 68% for that paper.  Apapun memang ada improvement dari last assessment hanya 50%.  




Saya tanya anak saya, what she want from me???  Jawapan yang sangat menyentuh hati saya, " I just want LOVE from U mummy..so many many and ayat terakhir yang saya tak tahan tu...kalau mummy beli kat nia WATER GUN pun boleh jugak. hehehe..


Inilah hadiah istimewa yang saya dapat tahun ini 'THANK YOU QISTINA DAMIA'.