BERITA BAIK!!!

Selasa, 31 Mei 2011

31 Mei 2011......

I'm back! hihihi.Today my hubby got golf class...so boring :-( :-( :-(. Nak swimming kat Easwood kesian pulak kat Qistina takut penat /keletihan b'coz petang ni 1st day dia join swimming class kat club.   Then, aku minta my hubby tinggalkan aku n my daughter kat Parkson, Bintang Plaza jer.  Itu pun sebab request from Qistina too much kalau nak join class tu. She asked for new swimming wear, cap, googles......ext.  Oh anak ....nasib baik your daddy dapat extra money bulan nie. :-). However aku ajak Auntie Yaya dia join jugak...hehehenak selamatkan Auntie dia drp tido :-P.




Bikini baru

swim cap baru

google baru

(tiada dalam senarai 'request' tapi dia nak juga)

Baru nak belajar tapi semua nak baru...kalah atlit sukma nie heheh..Dah selesai anak.......my hubby sampai dia pulak sibuk nak shopping jugak.....daddy shopping mummy yang kena bayar :-(.

left hand gloves

Everything settle then we are ready mesti mau balik anak mesti paksa tidor kalau tak dah tentu bad mood n swimming class dia pasti hancur nanti tapi....................'mummy, Qistina lapar la'. Oh dear... nak makan apa????? She asked for Marry brown konon nak makan porridge..ehm yer la tu.  Pagi tadi bibik buat porridge x nak makan berperang request nasi n telur rebus. Actually nak main kat play house Marry brown ler tu *grrrrrrrrrrrrrr* (geram). Suddenly ternampak sign board One Station.   Dear....why not kita sangap (makan) lamb chop..."Hoorey" Qistina nak chop...chop.....kikikikik (ketawa we all semua).  What ever, I suggest semua yang baca blog nie terutama yang berada di Miri nie why not u all try makan kat situ sungguh tidak rugi n nice taste.

Tunggu order sampai

(Qistina dah mengantuk....tapi ada hati mau makan lagi)

(Request aiskrim n ice chocolate)



Jam menunjukkan angka 2.00 we must hurry...Qistina must hv enough sleep ready for 1st swimming class this evening..Gotcha....cau cin cau



Ahad, 29 Mei 2011

Entertainer For My Princess

Opening Cuti Sekolah Semester 1 


27 Mei 2011.....


Nie la best friend qistina kat Miri nie... well aku n my hubby entetained 2 twin x seiras nie kat Merdeka Mall Miri. Pecah panggung 2 orang nie ketawa yang best friend anak aku nie x pernah masuk wayang lagi....hehehe jahat nye Auntie...sorry Hairul  & Gie lepas nie kalau anak kau ajak pergi tengok wayang jangan marah...hahaha. Ala bukannya tengok 18 SX pun we all just entertained diorang dengan Kungfu Panda 2 jer.  Memang best la cerita tu mula2 ingat hubby aku nak tidor dah tapi dia pulak yang lebih2 ketawa sama naik ler dengan budak kecik ni (seperti gambar di atas).


28 Mei 2011..........
Pagi lagi...Auntie IRA dah datang rumah, hubby aku pulak pergi sekolah rajin sesangat la buat kelas tambahan kat anak murid dia tu ( :-) :-)ketawa dalam hati.. )what ever???? memang mahu mencapai visi n misi sekolah dia kut....Up! Up! Chung Hua (Hubby....jangan marah nanti x dapat..hahaha). 


Kononnya rajin sesangat hari ni nak masak memasak...apa pun niat tu penting...so, aku ajak Auntie IRA cari ikan kat Jalan Baram.  Well, may be terlalu awal sangat sampai di sana sampai duit aku x laku nak beli ikan..huhuhu :-( duit aku cuma laku beli udang jer).  Kami meneruskan destinasi  yang sememangnya jalannya terus dan lurus sehingga sampai ke crocodille farm..




Memang enjoy betul anak aku. TQ Auntie Yaya coz make Qistina day colorful today.  Anak aku kalau datang sini 2 jam pun tak cukup kalau boleh tak nak balik seronok sangat bagi monyet pisang, bagi burung merpati dedak...di sini selain buaya, lembu, kambing, arnab, kuda, burung unta, itik nila, ayam, ular sawa, ular tedung, monyet, kelawar, beruang, landak dan macam-macam binatang lagi ada di sini.  Selain kita tengok jer binatang-binatang tu kita juga boleh make it as a lesson for our kid..contohnya, "Qistina, next time when u look type of this snake pls......jangan sentuh n lari.  Ular ni so dangerous. It can make u never see mummy again..."..n Qistina answered me " Ok mummy...I understand".  Paling best semua binatang di sini 'EAT BANANA'  Wa....patut la harga pisang di Emart dah mahal...


29 Mei 2011.....
Hari nie hari ke-2 cuti sekolah bemula..anak aku just imagine???? baru 4 tahun dah pandai membebel..mummy asyik2 Qistina nie swimming kat rumah jer..bila kita nak pergi hotel nie.  Kata nak hantar Qistina swimming class x ada pun....huhuhu oh anak..."Ur Swimming class every tuesday n thursday la.."Then..both of us (aku n my hubby) make a decision...entertained our princess n her best friend kat swimming pool kat Eastwood jer.  Nak pegi club, wondering juga swimming class dia selasa nie baru on.  Nanti kalau dia dah biasa ngan kita kat pool club tu takut dia x nak join swimming class tu pulak so biarlah this coming tuesday is her 1st day swim kat club with Madam Look. (Swimmer Coach)
Betul2 happy...

best friend dia nie baru 2nd time join dah berani terjun pool sendiri

Dah 2 jam berkubang nie




Akhirnya.......pancit sudah....tapi sebelum dia tidur...mummy tomorrow kita pegi lagi boleh??????

Sabtu, 28 Mei 2011

Cuti Sekolah Mei 2011

HOOREY!!!!Cuti sekolah datang lagi.....tapi percutian kali nie aku tak dapat balik kampung. Baru 3 minggu yang lepas aku balik.  Kesian MAMA tapi maafkan anak mu yang cuma kerja "GOMEN' ini. Apapun  Insya Allah..raya nanti kami akan pulang demi menunaikan permintaan MAMA....Bukan tak boleh balik tapi siapa yang sudah membeli rumah pasti sudah merasai kemanisan dan kepahitannya yang banyak mengeluarkan perbelanjaan untuk memiliki hanya sebuah "RUMAH' ditambah pula dengan sambutan 'Birthday' QML6336 semalam 27 Mei 2011. Kalau nak balik juga...duit tiket RM 3+++, belanja di sana ??????

So, untuk percutian kali ini aku 'n' my Hubby decided beli membership club jer kat miri ni  cari swimming class for our princess, wonder art class,belley dancing class, karate class...supaya dia tak 'boring' cuti sekolah nanti. Sorry princess, kita tak boleh balik kampung kali ini. What ever Mummy will makesure U my dear realy2 enjoy cuti sekolah ini.

Siapa kata Miri membosankan?????I don't think so, banyak aktiviti-aktiviti yang kita tak tahu dan ambil tahu that why kita selalu kata Miri tidak ada apa-apa. Kalau pasal shopping complex cuba kita renung-renungkan tak kan kita hari-hari nak shopping. "KOPAK" la kalau hari-hari shoppng.

Apapun sebagai 'opening' cuti sekolah kali ini ...aku 'n' my hubby dah bawa our princess n her 'boy friend' (kawan jer :-P) pergi tengok wayang Kungfu Panda 2 di Merdeka Mall semalam. Best!!!!..bagi yang ada anak makesure bawa anak-anak anda pergi tengok cerita tu...aku bagi 5 bintang for that movie..

Ok lah lain kali sambung lagi.....for yang bekerja GURU dan my beloved student...."HAPPY HOLIDAY n Selamat Hari Gawai........





Isnin, 23 Mei 2011

Tangani SIFAT BENCI

'Benci' adalah salah satu daripada unsur perasaan negatif yang tidak akan memimpin diri kita dan rakan-rakan lain untuk lebih berjaya dan lebih cemerlang.  Benci mempunyai hubungkait dengan perasaan cemburu, marah dan dendam.  Apabila perasaan benci mula tercetus dalam diri, kita akan belajar menyembunyikan sesuatu perkara.  Perkara yang disembunyikan lebih banyak yang buruk daripada baik.


Sifat kebencian ini menyebabkan diri kita tidak menyukai, tidak menyenangi dan tidak menghormati individu lain termasuklah ibu bapa, guru-guru dan adik beradik lain. Apabila sifat ini dimiliki, ia mempengaruhi kaedah komunikasi dan bentuk penampilan.


Perasaan Benci;

  • bertenangan dengan ajaran agama
  • memupuk budaya negatif dalam pemikiran
  • membina pemusuhan sesama sendiri
Sifat ini tidak membimbing diri kita untuk meningkatkan prestasi diri di dalam dan diluar tempat kerja.  Kita akan menjadi semakin keliru kerana kita tidak lagi memikirkan peranan dan tanggungjawab sebenar.  Kekeliruan ini lebih condong kepada keburukan seperti kaedah melarikan diri, kaedah menjauhkan diri dan kaedah memutuskan hubungan dengan individu yang dibenci.  Kesemua ini tidak mendidik dan mengasuh diri kita untuk meningkatkan komitmen dan prestasi.

 Kebencian

  • meningkatkan lagi perasaan syak wasangka
  • menyebabkan timbulnya alasan yang tidak berasas
  • menampakkan keidakpuashatian yang begitu tinggi 
Orang yang tidak suka terhadap kejayaan dan kecemerlangan orang lain selalu memiliki perasaan ini.  Perasaan ini akan bercambah dari semasa ke semasa terutama apabila ketua memuji orang bawahan tertentu di hadapan umum.  Kebencian ini akan berterusan selagi individu berkenaan tidak sedar tentang keburukannya.  Terdapat tanda-tanda buruk akibat daripada sifat ini.  Antaranya ialah diri kita atau rakan-rakan....................

  • tidak memupuk semangat bekerjasama dalam kerja berkumpulan
  • tidak berusaha merealisasikan tujuan an malamat
  • tidak membenarkan diri sendiri mempercayai individu lain
Diri kita harus bangkit untuk memastikan kebencian di dalam diri masing-masing tidak berterusan dalam kehidupan seharian.  Kepastian ini hanya akan tercapai jika diri kita mampu melihat, meneliti, dan menilai kesan keburukannya ke atas diri sendiri.  Umpamanya, jika tidak ditangani kebencian ini menyebabkan diri kita berdepan dengan masalah tekanan perasaan sehingga mengganggu waktu tidur, waktu bermain dan waktu berkomunikasi.  Kita mesti bijak menyelesaikannya supaya pergerakan kita menjadi lebih mudah di dalam dan luar tempat kerja.

Belajar mengurangkan sifat ini:

  • bermakna belajar membina nilai murni
  • bermakna ada keinginan untuk memantapkan hubungan
  • bermakna ada usaha mengukuhkan diri dalam memahami kehidupan
  • bermakna ada kesungguhan mengawasi diri sendiri


 Renung-renungkanlah.......

Sabtu, 21 Mei 2011

Simtom Penyakit Buah Pinggang

TANDA-TANDA SAKIT
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1.MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2.HIDUNG

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3.BATUK
a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4.KERONGKONG
i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku
di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5.BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6.MULUT DAN LIDAH : 
Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7.TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang. 
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8.KULIT Berpeluh :
a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
B) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9.RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10.KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11.KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

12.RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13.SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
a. Sakit Sendi
i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .
iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
B) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14TANDA-TANDA DALAMAN
A. KEPALA.
Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA
i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.
E. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
F. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/ LIDAH
a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
b. MUNTAH DARAH
i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
a) KERAP KENCING
Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
B) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR 
a) CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.
B) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.
c) NAJIS BERDARAH
i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN 
a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
B) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
d) BADAN TERASA RINGAN :
Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.
 

Jumaat, 20 Mei 2011

Selamat Hari Ibu...& Selamat Hari Guru



Mempunyai anak yang lasak dan pelbagai karenah menyukarkan aku melatih anak bersikap positif.  Begitu juga dalam melatih si kecil bercakap benar, sopan santun dan mengucapkan perkataan yang baik-baik.  Ketika ini kanak-kanak muda terpengaruh dengan persekiarannya.  Mereka mudah terikut dengan apa yang didengarnya.

Aku memang GURU tetapi mungkin hanya terbaik untuk pelajar disekolah sahaja...benarlah kata orang sukar mengajar anak sendiri kerana memerlukan kesabaran yang sangat tinggi...Setiap ibu semestinya mahukan yang terbaik untuk anaknya...begitu juga dengan aku...Seboleh-bolehnya aku mahukan KESEMPURNAAN untuk anak aku tetapi aku mesti menerima hakikat bahawa tidak ada yang sempurna di muka bumi ini melainkan Tuhan Yang Satu sekurang-kurangnya aku mencuba untuk melakukan yang terbaik sehingga 99.99% kepada anak aku..Kerisauan selalu timbul dihati apabila melihat anak yang semakin membesar apatah lagi bila memandang dengan mata kepala sendiri sikap anak didik di sekolah...


Cabaran sebagai seorang GURU juga tiada tanding hebatnya....guru memang penyuluh hidup pelajar tetapi tidak diri sendiri...menerangi alam orang lain tetapi menyurami diri sendiri..sanggup membakar diri sendiri demi menyelamatkan orang lain..menghiasi orang lain tanpa mempedulikan pengorbanan jiwa sendiri......



Khamis, 19 Mei 2011

Panduan Bersama.......................

Jika tidak berhati-hati...................

  • timbul pergaduhan atau perkelahian di dalam dan di luar tempat kerja
  • timbul perasaan benci dan dendam sepanjang masa
  • diri kita akan dianggap sebagai penyibuk semasa berinteraksi dan berkomunikasi
Jika berhati-hati..................
  • diri kita akan tahu sama ada rakan mengambil kesempatan atau tidak
  • diri kita akan mengenali keikhlasan dan kejujuran rakan dalam memberi kerjasama
  • diri kita sentiasa dalam keadaan tenang dan bersabar
Persoalan yang perlu ada dalam diri..................
  • Adakah rakan yang membantu kita mengharapkan balasan?
  • Adakah rakan kita mengambil kesempatan terhadap kemampuan dan kebolehan kita?
  • Adakah rakan kita seorang pelajar yang tidak kedekut dari segi berkongsi ilmu pengetahuan?
Kesimpulan.......
Berhati-hati tidak bermakna diri kita perlu was-was sepanjang masa.  Berhati-hati ini lebih kepada menilai sesuatu perkara yang berlaku terutama dari segi sikap dan perlakuan.  Berpegang pada aspek ini diri kita dapat mempelajari perubahan hati budi secara berperingkat-peringkat dan bukannya membuat tafsiran secara gelojoh atau jangka masa pendek.

*Tips berhemat........
Sekiranya langsung tidak bersangkutan dengan kita.....usah hiraukan tetapi adalah KEMESTIAN dihiraukan sekiranya menyangkut soal KITA...dan tidak perlu menghukum mereka yang tiada masalah dengan kita kerana biarkan mereka dengan masalah mereka sendiri kerana adalah lebih penting memikirkan masalah diri kita sendiri

Rabu, 11 Mei 2011

Cucur Badak

Resepi Mama Mia Hari Ini...






Bahan-bahan:

1 kg ubi keledek
50 g tepung beras
200 g tepung gandum
20 g cili kering
100 g kelapa
1 batang serai
1 ulas bawang merah
50 g udang kering
1 ulas bawang putih
2 camca besar minyak
Garam
1 helai daun kunyit


Cara membuatnya;
1.  Kisar bawang merah, bawang putih, cili dan udang kering
2. Tumis dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan gula, garam dan daun kunyit
3. Masukkan kelapa dan gaul sehingga sebati
4. Masak 10 minit
5. Rebus ubi keledek dengan sedikit garam sehingga empuk
Toskan ubi dan hancur kan sehingga lumat ketika masih panas
Setelah ubi tadi sejuk gaulkan dengan tepung gandum dan tepung beras
6. Doh di bulat-bulat kan menjadi kecil dan letak kan inti di tengah-tengah
7. Goreng sehingga kuih keemasan


Di atas adalah resepi saya santai dengan keluarga sebagai minum petang hari ini...Anda boleh mencuba kerana 100% dijamin ada umphhhhhh!!!! Anda juga boleh 'request' resepi 2 lain dari saya....jika saya ada kita akan kongsi bersama....


SELAMAT MENCUBA!!!!